Assalammualaikum dan salam sejahtera.... rasanya inilah buat kali pertama aku nak menulis surat blog dimalam hari.... ha ha hahaaaa... sebab biasanya aku akan mengadap tenet nie di siang hari... sebab bagiku malam hanya untuk waktu rehat dan tidooooo...... kenapa hari nie aku buat blog waktu malam? apa? buang tebiat ke? subhananallah.... harap2 tak delah yang fikir macam tue ye..... Actually tadi Cik hubby menjalankan tanggungjawabnya membawa pelajar2 ke Batu Maloi, N9. Tulah hobi dia.... tak boleh duduk diam... nak juga buat aktiviti paling kurang 3 kali dalam 1 semester. urrmmmm... tinggallah aku bersama anak2 yang mana esok juga bersekolah ganti..... harap2 aku tak sentap ditinggalkan cik hubby tersayang.... he heheeee.... tapi itu bukan tujuan utama penulisan entri ini yer..... dan sebab aku menulis malam sebab x der keje malas buat keje lain, maka aku ngadap ler laptop nie.... urrmmm, rehat tengahari Jumaat yang panjang tadi aku telah ke HSA melawat student semester 1 aku excident di Kulai. Keadaan yang kritikal dan koma di wad ICU. Sebak melihat keadaannya yang aku rasakan amat berbeza dengan yang aku kenali. Semoga dia selamat semuanya... dan buat keluarganya semoga tabah menghadapi ujian dariNya....
Hah? bukan SENTAP sebab tu ke??.... ini adalah berkaitan entri lepas....
As : Harap2 cerita tentang REZEKI itu tidak menyentap mana2 pihak.... Saya sekadar meluah rasa bangga dan happy dapat mengenali si dia yang telah berjaya.
Media : Kenapa tak cerita tentang kejayaan Dato' Yusuf Haslam ke... Dato' Siti Nurhaliza ke?......
As : Ini adalah kerana ... KERANA saya telah mengenali mereka sejak dulu lagi.. sejak zaman tadika lagi.... sejak zaman hingusan lagi dengan Yana....sejak zaman remaja dengan Kicek.... dan sejak zaman Ejai PMR lagi saya mengenali mereka.... mereka bukanlah lahir dari golongan yang berada... mereka juga anak kampung seperti saya.... Tapi sekarang mereka sudah berubah!...Mereka telah berjaya mengejar impian dan cita-cita.
Media : Abis tu mana awak tau ada kes sentap menyentap nie dalam entri yang lepas?
As : Owhhh.... ada 2 sebab..... pertama, sebab saya mendapat komen yang panjang. Ops! Bukan sekadar komen yer... Yana telah membuat satu entri yang panjang lagi sebagai maklum balas entri yang lepas. Selain itu, saya juga dapat private mesej darinya..... manakala sebab yang kedua adalah sebab rakan karibku juga ( Ieda atau nama glamournya Edot ) telah membuat komen di FB. Hah glamer you satu dunia dengar cerita sensasi i!.....
Media : Abis tu? Awak bergaduh ke dengan mereka?
As : Awak jangan nak besar2kan cerita ye... siapa yang gaduh?.. Jangan nak buat gosip yang tak betul ye.... Dosa tau..... Allah tu maha berkuasa... dia maha mengetahui atas segala2nya..... Kami masih berkawan, masih bermesej, masih telefon, masih berFB dan tiada perasaan SENTAP langsung antara kami!....
Media : Kenapa keluarkan statement SENTAP bagi entri kali ini?... kenapa?..
As : Tujuannya adalah untuk memberitahu sesiapa yang membaca kisah kami berdua (macam upin ipin tu)... harap2nya jangan salah faham ye... kami berkawan sejak sekolah lagi... Maka antara kami tiada sentap menyentap melainkan suka berterus terang jika ada salah faham. Lagi satu, cuma kawanku Yana nie ada maklumkan bahawa suaminya bukanlah berpendapatan RM100k sebulan!... Dia takut ada yang salah faham!... Oklah yer Yana... kalau bukan RM100k sebulan... may be RM99k kot sebulan.... he he hehee... eh eh... cop cop cop.... hello hello.... i'm sorry yer..... tiada pernyataan yang betul yer.... ingat dan baca betul2 ayat entri yang lepas... itu andaian saya sahaja.... dan diatas nie pula 'maybe'.... hehee heheeee.. apapun! yang penting saya tak tahu nilai sebenar gaji mereka yang saya respect, yang saya kagum yang ingin saya jadikan idola..... Saya ingin menjadikan mereka contoh... saya nak jadi seperti mereka.... orang pandang tinggi... tapi bukan tinggi sebab ego ye.... harap2 tiada timbul isu sentap menyentap lagi...... JIKA lah ada, saya mohon jari sepuluh mohon maaf atas keterlanjuran kata2. Tetapi jujur dan ikhlas kerana Allah saya tiada niat nak menganiaya mahupun menjatuhkan maruah sesiapa pun dalam blog kesayangan saya... saya sayang semua orang. saya tak pernah bergaduh mahupun ambil hati dengan sesiapa. Jika adapun saya berkecil hati cuma seketika. AKHIRnya saya tetap maafkan mereka..... sesiapa yang mengenali sikap saya, dia akan tahu diri saya.... kalau saya marah pun orang mana takut... ibaratnya macam tu lah... hati saya nie ibarat ais..... walaupun dia nampak keras tapi cair juga akhirnya.... TAPI, berkaitan entri yang lepas dan terkini dari saya dan Yana.......saya LANGSUNG TIADA SEKELUMIT PUN RASA KECIL HATI... Malahan saya berbangga menjadi rakannya. Prinsip yang aku pegang... dan aku terapkan untuk anak2 juga... Jika ingin pandai, berkawanlah dengan mereka yang pandai... kerana anak2 akan mudah ikut jejak mereka. Jika ingin berjaya mengejar impian dan cita2..... saya berbangga dengan mereka bertiga yang ingin aku jadikan contoh semoga aku juga dapat mengecapi kejayaan seperti mereka... mudah2an.... Akhir kata dari saya... Kalau ada jarum yang patah, jangan simpan didalam peti, jika ada silap dan salah, jangan simpan didalam hati...... AMPUN MAAF ZAHIR & BATIN.
Itu perbincangan antara penulis blog dengan media... Media mana?... teng teng teng ( Buat NADA macam Raja Lawak buat tu yer... ). He he he heheee... saje suka2 dan enjoy.......
2 comments:
hahahhaaaa.. lawak tul aku baca N3 ko ni... hehehee.. dah mcm berckp ngan dua org.. hehehee... ko tau x aku ni sapa? teka la.. hehhe
Anonymous : Aku rasa aku tahu siapa ko nie... sebab kalau cik bunga dia kenalkan diri... nie mesti tauke kek nie.... betul tak?.... TQ visit and comment my blog...
Post a Comment