Apabila sebut word "REZEKI", biasanya tak lari dari kotak pemikiran kita tentang wang ringgit. Dengan wang ringgit datanglah kereta mewah dan rumah besar. Tetapi... rezeki bukan hanya wang semata2. Ia juga boleh dilihat sebagai kepuasan kita memiliki sesuatu. Contohnya : Hari ini saya berpuas hati sebab berjaya menyiapkan satu proposal kertas kerja. Ya! itu juga rezeki dari yang Allah berikan pada kita. Contoh lain : Hari ini anak saya mendapat no 1 disekolah... Ya!, itu juga rezeki buat kita. Maka, orang yang miskin... memiliki rumah yang hampir roboh bukanlah mereka yang tidak mendapat rezeki. Mungkin rezeki yang Allah bagi dalam bentuk yang berlainan seperti anak2 yang soleh, keluarga yang bahagia dan sebagainya.
Rezeki?... apa kaitannya dengan aku?... he he he hehee.... Puas sudah memikirkan kereta apa yang perlu kami tambah setelah anak2 membesar di depan mata. Alhamdulillah, syukur pada yang Esa kerana memberikan aku zuriat yang aku inginkan. Dulu masa ada 2 hero teringin dan sentiasa berdoa untuk memiliki anak perempuan. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Gembiranya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu!. Cukuplah kouta ada lelaki dan ada perempuan. Asalnya berdua kini berlima. Alhamdulillah, kereta comel aku banyak membantu membawa kami kemana jua yang kami nak pergi tanpa bebanan. Tak de nak fikir soal minyak yang banyak.... relaks... cuma sekarang terdapat sedikit keperluan kehendak yang mendesak supaya menambah kereta yang lebih besar..... Apa taknya.... Kadang-kadang Selalu juga terasa malu dengan diri sendiri. Aik??... Pensyarah pakai kereta kecik jer?... mmmm.... student lebih hebat dari pensyarah. Bukan kereta aje... kasut, baju, handset... apa2 jer lah... memang menimbulkan rasa malu bila berdepan dengan mereka yang berada. Namun tidak semua antara pelajar2ku orang berada.... boleh di kira may be statistik rawak dari aku rasanya 1/5 tu ada kot dikalangan mereka yang lebih mampu dari pensyarah2 mereka.... he he hee... itu rezeki mereka.....
Cerita tentang student, aku ingin berkongsi cerita tentang pelajar suamiku... cik hubby nie agak aktif membuat aktiviti, agak peramah dan agak rajin dalam melaksanakan tanggungjawab. Dia amat disenangi oleh pelajar2nya. Sampaikan ada pelajar yang tak dikenali merayu2 minta mengajar untuk kelasnya. Aku memang berbangga dengan bakat kepimpinan yang beliau miliki sejak dibangku sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti (zaman bercinta dulu2). Beliau biasa dengan jawatan ketua pengawas, kapten asrama, yang di pertua, pengerusi dan sebagainya. Alhamdulillah. Itu bakat yang ada padanya. Yang aku nak share cerita adalah tentang pelajar2 beliau. Beliau rajin bercerita didalam kelas, rajin membuat aktiviti dan sebagainya. Suatu hari, beliau berbincang dengan pelajar2 semester akhir untuk mengadakan aktiviti. Maka, ramailah berminat untuk melancong ke Luar Negara. Pelajar dibawah beliau tu tak ramai adalah dalam 15 orang. Maka, bincang punya bincang, plan punya plan nak ke negara mana, tetiba ada seorang student nie memberikan telefon pada beliau untuk bercakap. Rupa2nya bapa student tersebut call dan berbuallah cik hubby dan bapa pelajar tersebut. Kenapa?.. Rupa2nya pelajar tadi adalah anak Dato' yang mana beliau ingin sponsor tiket pnerbangan 1 kelas + cik hubby.... cakap je nak pergi mana. Dia minta untuk cik hubby dapat bawa anaknya dan rakan kelasnya ke Luar Negara......&;*(&;;%^!*%%@$....... Cik hubby tak terkata apa2... tak mahu menjanjikan apa2 dahulu melainkan berfikir lebih panjang tentang risiko dan tanggungjawab lebih utama. Lusanya, call lagi seorang lelaki berlainan memperkenalkan diri juga sebagai Dato' dan abang kepada pelajar dibawahan cik hubby juga. Kali ini beliau call atas tujuan yang sama supaya dapat membawa adiknya ke Luar Negara. Beliau pula ingin sponsor penginapan sepanjang diLuar Negara untuk 1 kelas termasuk cik hubby... Peerrggggh..... banyak betul duit dia orang nie ek?..... Oklah... itu saje nak share experience tentang student2 disini.... So, jangan pandang rendah pada pelajar2 kita BUT jangan pula kita dipandang rendah oleh pelajar2 kita!... Itu lagi penting!!!...
Alang2 dah cerita pasal rezeki nie... aku nak share kehebatan beberapa orang 'yang dekat denganku' yang amat aku kagumi!!!..... Perrrghhh... aku tak mampu dan tak sehebat dia.... Dulu lain sekarang dah lain... dulu bujang sekarang dah kawin..... Dulu biasa sekarang dah kaya!!.... Tapi itu sekadar pendapat peribadi aku jer lah.. apapun aku kagum dan respect kat mereka nie.... Pertama: Aku ambil yang paling dekat dululah.... Adik Ipar aku iaitu adik cik hubbyku.... "Ejai". Dulu?... dia nie student aku dulu2 but masa tu aku still single... ambil sijil PJB then sambung degree UTEM.... Amat berbangga dengan beliau sebab dari insan biasa yang ku kenali... akhirnya beliau dapat bekerja dengan gaji yang besar. Habis belajar rezeki beliau di tempat kerja. Mudah mendapat kerja dengan gaji yang lumayan.... Rezeki..... dari Offshore hingga darat pun gaji semakin meningkat... Aku betul2 respect kat dia.... gaji sebulan mencecah RM40K... giler tak... itu gaji setahun aku pun tak sampai lagi beb!..... aduh!... Kalaulah aku ditempatnya... mau pengsan dibuatnya..... So, itu rezeki namanya.
Kedua dan Ketiga : Merupakan sahabat baik aku semasa disekolah dulu. Sekolah aku nie adalah sekolah kampung je... dah nama anak Felda kan... faham2 jerlah keadaaan Felda 30 tahun yang lalu... Felda sekarang dah banyak berubah... nak mintak bantuan BR1M pun rasanya tak layak sebab gaji semuanya kini melebihi RM3K.... Alhamdulillah. Itu juga rezeki namanya buat bapaku... Syukurlah. Kalaulah Felda seperti dulu, bagaimanakah Mak dan Abah nak survive hidup... kudrat semakin kurang. Anak2 dah banyak tangungan masing2. Nak lepas diri sendiri pun cukup2 makan je. Keluargaku bukanlah dari keluarga yang senang. Bukan yang hidup mewah. Anak2 pula bukanlah semua berjaya. Hanya aku seorang yang memiliki Ijazah. Diploma pun tiada. 'Kadang2' terasa berbeza dengan keluarga cik hubby yang adik beradiknya hidup mewah, berpelajaran tinggi, mampu belanja mak makan2, belikan mak televisyen, menghantar mak pergi umrah, hadiahkan mak baju dan pakaian yang cantik2, belikan mak rak dan almari hiasan, membawa mak jalan2.... Kadang2 hati ini ingin menangis..... (nie pun rasa nak meleleh air mata bila buat perbandingan)... Aku tak mampu.... Aku pensyarah cabuk... gaji ijazah pun masih belum dapat lagi.... 12 tahun kerja masih bergaji diploma yang mana hampir 4 tahun setelah berkonvokesyen!.... Bukan senang golongan aku nie nak naik gred. Macam2 syarat dan macam2 kerenah. Peluang pulak dibuka setahun sekali... Setahun terlepas kenalah tunggu tahun depan... hu huuuu huuu..... Tapi aku juga berasa bangga dan bersyukur, bila ada rezeki aku bawa juga mak aku jalan2 walaupun hanya didalam negeri. Bawa mak makan2 walaupun jarak yang dekat. Lagi pulak mak dan abah aku jenis yang susah nak menerima sumbangan dari anak2.... susah nak bawak berjalan... bila bagi dia akan kata "Simpanlah As, mak tahu ko lagi banyak tangungan... banyak lagi hutang yang nak dibereskan... " macam2lah nasihat dari mak.... Mak aku nie jenis paling susah nak berhutang... bila dengar aku nak beli kereta mulalah dia nasihat... beli biar muka besar... jangan bayar bulan besar... hutang jangan lama2.... nanti susah... Itulah mak yang aku sayang!... Sayang sangat kat Mak!... Malahan kadang2 bukan aku yang bagi duit kat mak.... Mak pulak bagi aku duit... 2 bulan sekali mak akan masukkan duit ke Akaun Tabung Haji aku.... atau Agro Bank aku... kenapa?.. sebab mak nak sangat aku simpan duit ke Tanah Suci.... dan selalu surat Agro Bank sampai suruh aku aktifkan akaun. Maka. mak risau kalau aku tak aktifkan. Mulalah dia masukkan duit dia kat akaun Agrobank aku...... Ya Allah... bila ingat jasa2 mak dan abah pada anak2 air mata ini tumpah juga....... uwaaaaaahhhhhh.... (nangis jap). Semoga mak abah sentiasa sihat dan semakin dilimpahruahkan rezeki buatnya selalu.... Amin. Oklah berbalik pada idola aku yang kedua dan ketiga nie meruapakan sahabat baik aku iaitu Yana dan Kicek. Seperti yang aku cakap kami anak felda hanya orang kampung yang hidup tidak semewah mana. TAPI, itu dulu... sekarang aku betul2 respect kat mereka nie. Kicek telah berjaya dengan Agen insurannya.... dan Yana berjaya bergelar pendidik anak bangsa!... Suami mereka AMAT hebat. Dari pandangan mata kasarku, aku rasa mereka nie Mungkin lebih hebat dari adik iparku Ejai..... aku rasa pendapatan kasar bulananya mau mencecah hampir RM100K sebulan... entah2 lebih... sebab apa.... Mereka memiliki rumah besar yang nilainya hampir setengah juta termasuk hiasan decoration rumahnya yang amat cantik. Selain itu mereka bukan hanya memiliki dua tetapi 3 biji kereta mewah.... Merz nya lain... BMW nya lain.... Wish nya lain.... Kelisa nya lain... baru2 nie Yana belikan ayahnya MYVI... seronoknya dapat memberi sumbangan buat mak ayah. Aku nie entah bila mampu memberikan semua tu....itu yang sejak menjak nie makin terasa diri nie.... makin sensitif bila orang memberi sumbangan kat mak ayah... tapi aku..... aduuh... sedih lagi... nak nangislah pulak lagi..... Tak per2.... Allah maha mengetahui... Aku juga sayang kat mak ayah aku... sama seperti mereka..... apapun hadiah yang paling berharga dari seorang anak adalah kasih sayang dan doa yang tak pernah putus.... Mudah2an kita semua menjadi manusia yang sentiasa ingat jasa mak dan ayah kita.... hayat kita tak tahu panjang mana... entahkan kita atau dia yang pergi dulu... Maka, berbaktilah sebaik mungkin apa yang termampu buat mereka. Buat keluarga belah mertua, aku amat terasa duduk dibawah. Aku bukanlah insan yang hebat... apa yang kami buat itu yang termampu. Rumah aku disana aku bagi mak mertuaku duduk juga aku rasa berbangga... sekurang2nya itu salah satu sumbangan berharga buat mereka yang amat berjasa dalam hidup kami.... Semoga anak2 kita akan ingat pada kita juga suatu masa nanti... bukan sekadar wang ringgit yang boleh membahagiakan mak dan ayah kita.... Kasih sayang dan doa juga dapat membantu membahagiakan mereka..... Moga2 kita semua tergolong dari anak2 yang soleh... Amin......
4 comments:
MasyaAllah..... Speechless.... Nanti ar aku komen panjang.... Kena kumpul ayat....
he he heeeee..... tetiba teringat kat korang yang banyak berjasa kat mak bapak....
alhamdulillah rezeki dari allah.. kita kene selalu meminta dariNYA dan redha dgn ketentuanNYA.. thanks k.as jadikan ejai sbg idola.. ejai doakan k.as sekeluarga dimurahkn rezeki.amin
Alhamdulillah..... Semoga doa2 kita semua dimakbulkan yang maha esa..... Mahu tak jadi idola... dari ejai sekolah, sampai masuk Poli.. jadi student kak As... sampailah sekarang berjaya.... berjaya 'didepan mata' tak sama dengan Dato' Siti yang glamour dimata dunia yang Kak As tak nampak dan kenali dengan lebih dekat..... Semoga kita semua berjaya hendaknya... AMIN.
Post a Comment