Tempat yang kami ingin Lawati.... Semarang, Indonesia |
Gambar diatas aku ambil dari Sini. Aku pun tak tahu tempat apa yang menarik di Semarang... Cik Hubby yang beria-ia nak jugak kesini. So, oleh kerana tiket disponsor cik hubby, maka aku 'On' jerlah walau kemana juga nak dibawa. Alang2 dah ke Semarang, maka aku perlu mencari sebanyak mungkin info terutama Makan2 dan tempat2 menarik untuk dilawati.
Pertama :
Gambar DiAtas adalah Candi Gedong Songo yang terletak di Semarang. Nampaknya tempat nie manarik dan cantik. Ditambah pula suhu disini katanya amat sejuk dan nyaman. Maka, aku rasa tempat ini Wajib dilawati selain Candi Borobudur yang terkenal dan ingin juga dilawati oleh Cik Hubby. Harga tiket masuk pun kira berkemampuan, maka destinasi pertama aku pilih adalah candi Gedung Songo.
Kedua : Oleh kerana Cik Hubby yang sememangnya insan yang amat meminati Sejarah, Maka dia beria-ia nak ke sini iaitu Candi Borobudur. Agak jauh juga dari Semarang tapi boleh difikirkan untuk kesana kerana perjalanan memakan masa 2 jam. So, percutian 4 hari rasanya tiada masalah untuk ke sana. InsyaAllah.
Ketiga : Semarang merupakan Capital Of Central Java in Indonesia. So, Semarang sendiri mempunyai keunikannya yang tersendiri terutama dari segi Sejarah. Salah satu tempat lagi yang ingin kami lawati adalah Masjid Agung disana.
Mount Merapi |
Yogyajarta City |
Lain-lain tempat aku tak pasti mana lagi tempat menarik. ini sekadar kajian ringkas aku melalui internet. Actually, perjalanan kami ke Semarang insyaAllah akan disambut oleh Keluarga rakan Kak Long yang berada di New Zealand... ( Maksudnya : Keluarga rakan Kak Long yang juga sedang belajar di NZ dan berasal dari Semarang ). Tentang Hotel dan Pengangkutan insyaAllah tiada masalah sebab banyak di internet. Nampaknya MPV sewa taklah mahal sangat.... cuma, may be kami minta bantuan darinya untuk membawa kami berjalan2... senang sikit nak minta bantuan apa2. Tengoklah macam mana nanti. Itu sekadar perancangan aje......
No comments:
Post a Comment