Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, April 25, 2012

Resepi Oreo Cheese cake

Oreo Cheese Cake.... first time wat masa birthday cik hubby ari tue..... Actually cake nie memang feberet kami anak beranak... cumanya, kalaulah cake nie boleh diet kompom aku boleh buat selalu..... Oleh kerana kek nie menjadi masa buat hari tu, maka aku nak abadikan biar aku ingat dengan resepi2 dan cara2 dia.... he heheee heee.......... jom tengok resepi dia....

OREO CHEESECAKE - RESEPI  ( Klik sini untuk lihat sumber asal )
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*akak guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*anak dara akak rajin nak drizzle atas ciskek tuh..hehe, suka2 dia jek)


Kisar halus biskut oreo yang telah dibuang cream
Putar cream cheese dengan gula
ini versi yang dah siap putar....  Len kali aku nak tambah biskut oreo kisar dalam adunan....
Masukkan dalam loyang dan sedia untuk di bakar....
Bakar guna steam bath.......
versi yang dah siap bakar.... merekah... nape yerk?
Kek aku :
** Kurang biskut oreo kisar dalam adunan. Maka, rasanya dah jadi macam plain cheese cake jerk...
** Merekah... aku rasa sebab aku guna api atas bawah kuat!!.. Memula aku dah masak guna api bawah... then suhu ikut kat resepi tu. Sekali jerk dah 1 jam pun tak masak2... Masak lagi... tambah 1 jam lagi.... masih sama... (Oven aku kot problem???). Last2 aku kuatkan api atas bawah malas nak set time lama... tu yang macam kena paksa masak kot?.. haha hahaaa haa......
** Yang Pasti... Kek nie menjadi... dan sedap.....hi hii hiiiii..............

deco tak cantik sebab masih tak reti buat cream cake!... uwaaah......
deco lagi cantik... tapi still sama....
view dari tepi..... masih seksi nampak body cake... ha hahaa haaa.....

5 comments:

Anonymous said...

as.. kek ko merekah sbb suhu panas sgt.. lenkali ko guna api atas bawah jer.. jd masaknya jd sekata..

Asmida said...

Ooo ye ke?.. tu ler.. aku pun agak macam tue... Ok TQ bagi info.... InsyaAllah akan diperbaiki utk akan datang... TQVM...

zura aini said...
This comment has been removed by the author.
zura aini said...

merekah mungkin sebab suhu, saya selalu masak slow dengan suhu tak berapa tinggi, less than 170C. pernah baca petua, telur dan cheese jangan pukul lama sangat.

Asmida said...

o ye ke... tQ give info to me... :)

Jom tengok gambo2.........