Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, March 26, 2013

Umrah hari ke 6

Ja'ranah

Sumber dari blog tajudinms
Hari ke 6 kami ini akan membuat umrah yang ke dua di mana kami akan bermiqat di Ja'ranah. Sebelum bermiqat kami berjalan2 dahulu. Perjalanan hari ini dumulakan seawal jam 7 pagi... seperti biasa.... Alhamdulillah, setakat ini ahli kumpulan 1 semua memang sporting, happy dan tiada masalah. On time.... semangat..... ceria...... Kami dicadangkan supaya terus memakai pakaian ihram dari hotel. Sampai di masjid Ja'ranah kami hanya solat dan berniat......

Jabal Thur
Destinasi pertama kami adalah Jabal Thur. Ianya adalah sebuah bukit yang tinggi, kalau nak tahu sejarah sila klik sini okey!..... Setelah bergambar, kami pun menaiki bas... kami singgah kejap jer adalah dalam 15 minit sahaja. Masa nie, hubungan kami dari kumpulan 1 dah semakin erat... dah macam ahli keluarga sendiri. Seronok sangat2 sampai rasa 'terlupa' seketika dengan kampung halaman. Rasa seronok dan kalau boleh nak tinggal lebih lama disini. 
Jabal Thur
Kumpulan Kami yang happening dan ceria....
Mak cik dari Taman Mawar...  peramah dan murah senyuman....
Kami lagi....
Mutawif yang bawa kami.... Terima kasih banyak2...
 Jabal Rahmah
Setelah melawat Jabal Thur, kami bergerak ke Jabal Rahmah. Yup... aku tahu semua orang pasti tahu dengan Jabal Rahmah dan peristiwa Adam dan Hawa dipertemukan semula setelah terpisah dari syurga beratus-ratus tahun lamanya. Setelah pertemuan itu, lahirlah zuriat dan keturunan yang ada dimuka  bumi ini. Aku pasti bila melihat monumen atau tugu yang ada semua dah kenal atau tahu.... ini pasti Jabal Rahmah seperti dalam drama 80 episode Adam Hawa..... he he heeee.....

Actually, sebelum sampai ke sini Ustaz banyak menerangkan dan menasihati kami. Bagi kaum suami isteri doalah yang betul.... Bagi yang bujang doalah yang baik2.... macam2lah sebab tak mahulah kita tersilap doa ke apa ke..... Sebab ada juga yang balik dari sini, ada yang menambah cawangan lain.... dan macam2lah.... tersilap doa atau apa... wallahualam. Yang pasti, disini juga merupakan salah satu tempat doa yang mustajab. Selain itu, tugu yang ada hanya sekadar simbolik. Janganlah sesekali berniat lain sehingga ada yang menulis nama dan sebagainya. Semoga niat kita tidak terpesong dari mencari keredhaan Allah Taala. Aku dan cik suami tak naik atas.... malas.... cik suami nak aje, aku yang kurang setuju bukan apa.... sebab dia dah berpakaian ihram... naik atas pun bukan ada tangga. Perlu memanjat batu yang ada.... lepas tu ada yang naik ada yang turun. Maka, umrah kami lebih penting.... lepas nie kami nak ke baitullah membuat umrah ke dua. Maka, akhirnya kami hanya bergambar dan jalan2 sekitar kaki bukit Jabal Rahmah. Takut juga tersilap doa... mudah2an doa kami adalah doa yang baik2 untuk kebahagiaan kami sekeluarga.... dan tak lupa walaupun anak masih kecil tetap didoakan jodoh apabila mereka besar kelak. Kita tak tahu umur kita panjang ke tidak.. dapat sampai ke sini lagi atau tidak... maka, walaupun anak2 kami kecil adalah lebih baik kami doakan juga untuk mereka..... Amin.
Sabar jer dengan kualiti gambar nie...
see.... hasil keras tangan aku....
Jabal Nur
Setelah 1 jam lebih berlalu... dan jemaah semua cukup, kami pun berangkat ke Jabal Nur. Sampai di Jabal Nur agak tengahari juga. Maka, kami tidak berhenti lama dalam 15 minit untuk mengambil gambar dan membeli sedikit cendera mata. Jabal Nur adalah sebuah bukit dimana terdapat sebuah gua kecil diatas puncaknya yang dinamakan Gua Hira'. Gua Hira' adalah tempat dimana Nabi Muhammad menerima wahyu dari Allah Taala dan turunnya ayat "Bacalah wahai Muhammad dengan nama TuhanMu...". Setelah mengambil beberapa keping gambar kami pun beredar untuk bermiqat.
Sumber dari google
dari google juga

Mina dan Arafah
Sepanjang perjalanan, kami diterangkan oleh mutawwif dengan setiap tempat yang kami lalui termasuk Mina dan Padang Arafah tempat terminal haji dan lontar jamrah ketika melaksanakan ibadah haji. Kami hanya mengambil gambar dari bas sahaja..... Oooo disinilah mereka tinggal ketika musim haji, disinilah mereka melontar.... disinilah khemah mereka siap ada air-cond lagi setiap khemah.... macam2lah ilmu yang kami dapat. Seronoknya kalau dapat ibadah haji. Mudah2an suatu masa nanti.... ketika aku masih sihat dan kuat dapatlah aku menunaikan ibadah haji pula... Mudah2an.....Amin.

Tangkapan dari bas
dan lagi....

Ja'ranah
Setelah abes semua trip untuk perjalanan hari ini, kami pun ke destinasi Masjid Ja'ranah untuk berniat umrah. Kawasan masjid nie agak banyak menjual gantung2 yang kat kereta tu... kalau kat sini RM10 satu tetapi kat sana dapatlah 3 RM10.... Murah tue... macam2 ada..... Cik suami beli juga sedikit buat kenang2an.... Sampai di Masjid Ja'ranah.... urrmmmm betul2 ramai orang di bilik air. Oleh kerana kami dah berpakaian ihram... tak mahu ler masuk toilet. Akhirnya kami menyorok sedikit dari orang, kami berwuduk menggunakan 'botol spray wuduk' sahaja..... Nak masuk pun penuh sesak kat pintu masuk wanita sebab pintunya agak kecil. Aku masuk terus ke ruang kosong tiba2 mak tak ikut aku dibelakang. Dia bersolat hanya dihadapan pintu.... urmmm... tak per lah... mak ada situ.... aku pun menunaikan solat sumat dan berniat ihram umrah.... Bila aku siap, aku tengok mak dah tiada... "mana mak nie..." punyalah gabra masa nie... terus pusing2 cari mak tak jumpa... terus keluar cari lagi tak juga jumpa... Mak dah ke bas ke?... Mak tahu jalan ke bas ke?... macam2 yang difikirkan. Akhirnya aku tawakal berjalan ke bas dan hampir sampai ke bas aku nampak mak berjalan dengan abah... fuuuhhh... lega... "Aku tanya, napa mak tak ikut aku masuk solat ke dalam sikit... depan pintu ramai orang?... dan lagi kenapa mak tak tunggu As..". Mak kata mak cari aku tak jumpa... ada sedikit nada kekesalan dihatinya seolah2 aku meninggalkan beliau.... ya Allah, jika aku yang bersalah meninggalkan mak... maafkanlah aku.... Aku tak terniat nak tinggalkan mak...  Apapun alhamdulillah, mak tak apa2 dan tahu jalan ke bas.... 

Umrah ke 2
Sampai di Hotel lebih kurang pukul 11.30. Kami masuk untuk bersihkan diri.... kemudian berwuduk dan kononnya nak terus buat tawaf. Oleh kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengahari kami tak sempat untuk tawaf. Maka, kami ambil keputusan untuk melaksanakan rukun ke 2 itu selepas solat zuhur. Maka, dikesempatan yang ada kami makan tengahari dulu..... Kemudian solat zuhur dan kami melakukan tawaf, sa'ie dan bercukur. Umrah ke 2 aku kali nie agak mencabar juga kerana air wuduk aku 2 kali terbatal sementara nak tawaf. Lepas solat zuhur sekali... lepas tu dah sampai depan kaabah pun terbatal dek makan tengahari banyak sangat ke?... So, aku ambil wuduk siap2 sebelum buat tawaf dan sentiasa aku berdoa "Ya, Allah dapatlah aku menjaga wuduk sekurang2nya hingga selesai tawaf". Kesian kat suami asyik menunggu aku amik wuduk je...  Namun, aku bersyukur sepanjang melaksanakan tawaf, wuduk dapat dijaga cuma ada tersentuh cik suami. Tapi, dalam tawaf jika ter'sentuh tak apa.... Maka, hanya doa kupanjatkan semoga setiap ibadahku diterima Allah Taala.... Umrah ke2 ini aku lakukan bersama suami... mak pula dengan abah dan kami berjanji menunggu di bukit mar'wah seperti sebelum ini. Kali pertama kami lakukan ditengah malam, dan kali ini kami lakukan diwaktu zuhur. Agak panas tetapi lantai yang dipijak memang tidak panas... alhamdulillah... (samalah waktu semalam yang kami lakukan tawaf sunat). Ada sumber menyatakan sebegitu disebabkan dibawahnya terdapat banyak sumber air... wallahu'alam.... ini semua kehendaknya.... Dan bagi aku, semalam aku tawaf x pakai sunglass berbeza dengan jika pakai sunglass.... lebih baik pakai jika ada.... wallahuallam... terpulang pada masing2... itu pendapat aku jer.....

Umrah kali kedua kami siap lebih kurang pukul 3 petang. Lebih cepat sebab kami dah tahu laluan dan kami tidak ler berdoa panjang sangat seperti mana baru sampai kelmarin. Masa baru sampai tu kami banyak menunggu  pun ye sebab nak bersaing.... Kali nie kami hanya berjanji ditempat tamat sahaja. Oleh kerana dah pukul 3 maka, lebih baik aku menunggu mak dan abah je di Mar'wah dan dapatlah kami rehat sahaja disini sehingga waktu Asar...... Alhamdulillah... selesai sudah umrah ke 2 kami.....
Tempat perjumpaan @ titik pertemuan kami berempat ( Bukit Mar'wah )
Apapun sekali lagi aku nak ingatkan buat aku dan semua.... Segala cerita aku ini bukanlah untuk menunjuk atau riak atau berbangga atau menakutkan atau apa jualah... Semuanya sekadar berkongsi cerita, ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin ke sana... Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jika ada salah dan silap dalam tutur kata, maafkanlah aku. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri.  Dan lagi, harap2nya kita semua tidak lupa..... Sekiranya seseorang individu itu diuji dengan derita, sakit, kesusahan dan sebagainya bukanlah bermakna mereka itu banyak melakukan dosa. Subhanallah.... Allah sahaja yang tahu dosa pahala seseorang manusia itu. Ingatlah.... Allah memberikan ujian buat hambanya kerana (1) Menghapuskan segala dosa2nya yang lalu   (2) Allah ingin menguji iman kita    (3) Allah ingin menggandakan pahala bagi mereka yang beriman.... Kita tidak tahu dimana letaknya kita. Oleh yang demikian mohon dijauhkan daripada berprasangka negatif.... Wallahu'alam....

Umrah hari ke 5

Hari ke 5 kami di Mekah Al Mukaramah. Semalaman kami di Masjidil Haram dari pukul 12 malam hingga selesai subuh menunaikan ibadah Umrah pertama kami. Syukur Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan yang maha esa. Mak dan Abah pun sihat....  mereka juga dapat menunaikan ibadah umrah dengan mudah. Waktu tawaf aku pimpin mak dan cik suami jaga abah. Kami berjanji menunggu di lampu hijau jika telah seselai urusan tawaf.

Bersiap untuk ke Baitullah
Tawaf
Cerita mengenai tawaf???..... Memang ramai manusia semua mengejar untuk beribadah sebanyak yang mungkin atas kesempatan yang diberikan. Tak kira waktu siang atau malam sama sahaja. Tetapi, bagi kami kumpulan dari Malaysia nampak sedikit bezanya dengan warga Indonesia yang mengerjakan tawaf. Mereka datang dalam kumpulan yang ramai, bersama2 membaca doa dan jika kami dihadapan pasti akan ke tepi bila mendengar kumpulan mereka dari belakang. Bukan apa, kumpulan mereka tidak boleh berpisah... jadi seboleh2nya mereka akan seiring dengan kumpulan mereka. Mereka akan tetap berpaut antara satu sama lain. Jadi, biarlah bagi laluan pada mereka. Aku dan mak boleh ke tepi sedikit sebab kami berdua.... dan waktu tawaf kita kena ingat bukan tujuan mencari kawan... mencari apa2lah... sebab tu aku berdua dengan mak tidak berempat. Kalau dalam kumpulan yang ramai rasanya agak sukar dan dikhuatiri akan tertukar 'fikiran' nanti. Lagi satu, tawaf nie kena jaga bahu kiri.... bila berdua senang sikit... dan rasanya kalau individu sebenarnya lebih senang sebab kita seorang sahaja. Tapi setakat ini, aku tak pernah tawaf seorang... pasti dengan mak atau suami. Setelah habis tawaf kami solat di belakang Makam Ibrahim..... Waktu ini, aku tak melepaskan peluang untuk solat & berdoa sepuasnya2 dihadapan kaabah..... memohon keampunan dan keredhaan dariNya.... Sujud Syukur atas keizinan dariNya memberi peluang pada aku untuk beribadah disini.... Syukur Alhamdulillah.

Setelah selesai Umrah pertama kami... Alhamdulillah....
Ayah bonda tersayang....


Sa'ie
Setelah siap semua urusan disini, kami berkumpul semua berempat untuk mengerjakan sa'ie. Tetapi di bahagian sa'ie aku bersama cik suami manakala mak dan abah.... bukan niat nak meninggalkan mereka tetapi faktor usia dan pergerakkan menyebabkan kami terpaksa berjalan dahulu. Sebab sunat untuk berterusan, manakala mak dan abah lebih banyak berehat dan minum air zam zam ditepi. Tapi bila aku siap bercukur, dalam 20 minit kemudian mak dan abah pun sampai. Kami berjanji tunggu di Mar'wah. Kiranya laju jugak  mak dan abah berjalan nie.... Alhamdulillah..... Mereka dipermudahkan.
Keadaan ketika di Bukit Saffa.... tempat untuk memulakan sa'ie rukun umrah ke 3
Tempat sa'ie dari Bukit Saffa ke Marwah sebanyak 7 kali.....

Bercukur

Setelah siap mengerjakan sa'ie kami pun bercukur untuk bertahlul. Sampai jer di bukit mar'wah, tanpa berlengah kami berdoa dan bercukur.... kerana lebih cepat kami siap mengerjakan umrah lebih mudah sebab terlepas dari larangan dalam ihram. Pantang larang dalam ihram kena ingat dan kena jaga ye... kalau silap, kena dam. Setelah bercukur, maka dapatlah Umrah pertama kami pada malam ini.  Kami siap mengerjakan umrah pertama pada pukul 4 pagi. Maksudnya hampir 3 jam jugalah... tapi kami tak paksa2 atau tergesa... kami buat dengan relaks dan enjoy... Alhamdulillah. Mudah2an Allah terima ibadah kami ini... Amin ya rabbal alamin.....

Menunggu Mak dan Abah setelah bertahlul.....
Menunggu Bonda tersayang bercukur....
Alhamdulillah....
Tempat penamat sa'ie - Bukit Mar'wah @ Tempat bercukur @ Bertahlul
 Pada esok harinya aku dan suami membuat tawaf sunat selepas zuhur. Mak dan abah balik di hotel. Pada waktu ini aku dan suami mengambil kesempatan untuk masuk ke ruang hijir ismail setelah siap tawaf.  Setiap selepas tawaf, adalah disunatkan solat sunat. Maka, aku ambil peluang menyusuri Hijir Ismail untuk solat sunat didalamnya. Bagiku, sekiranya kita berdoa dan berhajat sesuatu inshaAllah Allah makbulkan permintaan hambanya.  Walaupun dalam kesesakan, aku cuba masuk keruangan tersebut. Alhamdulillah, aku ambil dibahagian belakang (bukan dilaluan masuk). Dapatlah aku masuk dan terus dapat ruangan yang kecil aku dirikan solat sunat. Daripada ruang yang kecil, dapatlah aku solat dengan selesa disitu sebab mereka akan menghormati kita yang sedang solat. Syukur Alhamdulillah hajat kedua selepas memasuki Raudhah terlaksana. Selesai berdoa, aku segera bangun dan memberi ruang pada yang lain pula. Masa nie aku menghimpit ke sisi kaabah dan memegang kain kaabah yang ada. Dengan rasa rendah diri, aku cium dan sujud bersyukur padaMu Allah atas anugerah dan doa & hajat yang dimakbulkan. Alhamdulillah. Aku pusing lagi mengelilingi kaabah, aku cakap pada suami... "Nak ke Hajarul Aswad?". Suami hanya berdiam dan tanya aku semula soalan tersebut. Aku lihat keadaan di situ masih belum reda dan ramai sangat2 yang terpusu ingin mencium batu syurga tersebut. Akhirnya, aku pasrah sebab aku sendiri belum bersedia dengan keadaan yang begitu..... Syukurlah apa yang aku dapat ini sudah tercapai hajat dihati. Alhamdulillah.....

Cerita tentang mengerjakan umrah ini, satu lagi cerita di Bukit Mar'wah. Ada anak2 Pak Arab dari bangsa yang berkulit gelap dan rambut kerinting.... Pada Umrah ke-3 kami tiba2 dia datang dan gunting rambut cik suami. Juga rambut aku... tapi aku tak izinkan sebab dia anak lelaki. Cik suami macam ye tak ye.... Bila tanya dia kata "halal".... yang kami faham halal tu maksudnya dia rela melakukan secara percuma. Bila dia dah gunting rambut cik suami.... zass... zasss... zasss... 3 kali gunting, dia pun minta duit... Aik??.. tadi kata 'halal'.... Mulalah budak tu bebel dengan bahasa dia. Akhirnya cik suami keluarkan 5 rial dengan niat sedekah... dibalas balik... 20 rial!.. 20 rial!... uik?... mengalahkan botak kat kedai Pak Arab pun baru 10 Rial.... urrmmm.... oleh kerana ini ibadah umrah kerana Allah, tak mahulah ibadah ini tak diberkati yang maha esa. Maka, cik suami bagi 20 rial pada budak tu. Actullay, sebelum pergi ramai dah pesan tentang cerita ini. Tetapi, perkara ini berlaku terlalu pantas... tak sempat berfikir dah kena gunting dengan budak tue.... urmmm... apapun bagi yang nak ke sana... jadikanlah ia sebagai panduan.... Apapun yang penting semoga ibadah kita diterima yang maha esa.... Amin....

Kadang2 terasa sedih juga, kita mahu beribadah pada Allah... dikawasan Tanah Haram.... ada segelintir insan yang bersikap "kurang baik". Macam yang berlaku nie ler..... kira kerja mereka secara paksa bukan jual beli. Main paksa2 kita untuk terima 'bergunting' dengan dia. Kalau bisness gunting cakap jerlah berapa rial awal2... ini tidak..... keduanya berlaku di hadapan Masjidil Haram sewaktu kami balik ke Hotel. Aku dengan telekung besar memimpin bersama tangan suami. Ada beberapa wanita berpurdah hitam menghampiri kami minta sedekah. Aku dan cik suami mengabaikan sebab dia masih kuat dan muda. Tiba-tiba ada seorang wanita nie ikut kami dibelakang. Berjalan dengan sangat rapat macam orang berpimpin 3 orang!!... Aku dah tak sedap hati dah.... teringat beg galas... terus aku alihkan beg galas dibahu dan diletakkan dihadapan.... dan cik suami juga.... Dengan terkejutnya aku dan cik suami melihat gelagat wanita tersebut tangan dia berada 'didalam' beg galas suami!!!..... Lepas tu suami tarik beg dia ke depan maka tangan beliau ditarik.... dan ada beberapa keping duit... Siap tunjuk kat kami duit tue.... tak pasti apa maksud dia...
1) "Saya ambil duit nie ye kak" atau
2) "Saya nak duit.... sedekah duitlah pada saya"
Aku dan suami dah malas nak layan terus jalan laju2 balik hotel. Tak tahulah duit tu duit siapa... wallauhalam.... Jika itu rezekinya... biarlah.... cuma aku kurang rasa senang hati dalam keadaan yang tidak elok sebegitu. Rasa sedih pun ada jika niat mereka kurang baik.... kita pun tak tahu niat mereka... Jika aku tersalah anggap maafkanlah aku......


Apapun sekali lagi aku nak ingatkan buat aku dan semua.... Segala cerita aku ini bukanlah untuk menunjuk atau riak atau berbangga atau menakutkan atau apa jualah... Semuanya sekadar berkongsi cerita, ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin ke sana... Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jika ada salah dan silap dalam tutur kata, maafkanlah aku. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri.  Dan lagi, harap2nya kita semua tidak lupa..... Sekiranya seseorang individu itu diuji dengan derita, sakit, kesusahan dan sebagainya bukanlah bermakna mereka itu banyak melakukan dosa. Subhanallah.... Allah sahaja yang tahu dosa pahala seseorang manusia itu. Ingatlah.... Allah memberikan ujian buat hambanya kerana (1) Menghapuskan segala dosa2nya yang lalu   (2) Allah ingin menguji iman kita    (3) Allah ingin menggandakan pahala bagi mereka yang beriman.... Kita tidak tahu dimana letaknya kita. Oleh yang demikian mohon dijauhkan daripada berprasangka negatif.... Wallahu'alam....

Saturday, March 23, 2013

Umrah hari ke 4

Alhamdulillah bersua kita kembali diruangan ini untuk hari ke 4 umrah kami. Syukur tak terhingga kerana masih diberi nafas, kesihatan dan kekuatan untuk beribadah ditanah suci ini. Anak2 memang dirindui tetapi atas dasar kepercayaan sepenuhnya aku yakin bahawa kakak dan adik ipar boleh menjaga anak2ku sebaik2nya.... InshaAllah. Afiq dan Azim memang wajib cal setiap hari.... setiap hari mereka menunggu cal dari kami...... Aku memang roaming cal takut2 ada emergency ke apa.... tapi suami beli sim card sana adalah lebih murah. Untuk hari ke 4 ini, selepas solat subuh aku balik ke hotel untuk breakfast. Kemudian, kami balik bilik sebab nak kemas beg. Buat masa ini beg dah beranak 1 lagi beg!!!... Memang kami plan shopping di Madinah. Tu yang barang memang dah banyak dibeli... rasanya untuk 'mereka' telah habis siap kami shoppingkan awal2 disini... senang.... lagipun di Madinah lebih banyak pilihan...... tak payah fikir2 lagi bila dah sampai Mekah nanti.... hanya fikirkan ibadah umrah sahaja.... InshaAllah.

Selepas menunaikan solat zuhur, kami akan bergerak ke tanah haram tepat selesai makan. Kami mesti siap sedia dengan persediaan menunaikan Umrah pertama kami. Perjalanan ke Tanah Haram mengambil masa lebih dari 6 jam. Oleh yang demikian, kami perlu terus mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram. Seterusnya, tepat masa yang dijanjikan bas bergerak menuju Bir Ali tempat miqat umrah pertama kami. Perjalanan dari hotel ke Bir Ali mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Sampai di masjid Bir Ali kami menunaikan solat tahyatul masjid dan seterusnya solat sunat ihram. Dan yang penting melaksanakan rukun umrah yang pertama..... Niat. Maka, termaktublah bahawa kami dalam ihram dan wajib meninggalkan segala larangan dalam ihram. Perlu ingat dan perlu dijaga sebab perjalanan masih jauh.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah
Berhentti di rnr untuk solat jamak dan makan
Kami berhenti di Masjid Bir Ali dalam setengah jam sahaja kemudian bas bergerak menuju ke Tanah Haram. Amalan bertalbiah bersama2 kami amalkan didalam bas..... sayu rasa dihati semoga Allah menerima kami sebagai tetamunya dan dipermudahkan segala urusan kami.... Mudah2an..... Amin. Dalam perjalanan kami berhenti di r&r untuk solat margrib (jamak) dan makan. Subhanallah.... ramainya orang tidak terkata. Air wuduk aku dah terbatal.... bilik air penuh sesak.... air pulak kecil yang amat.... Aku berdoa semoga dipermudahkan dan janganlah terkena pada pakaianku di tandas yang penuh sesak ini. Bau pun usah dicakap.... bagi sesiapa yang singgah di R&R nie tak payahlah ke toilet... kalau boleh tahan... tahan jelah itu lebih baik dan ambil wuduk guna botol spray jer.... itu lebih mudah dan yakin dengan kebersihan pakaian kita untuk menunaikan umrah..... Selepas solat kami makan sedikit disini.... Kami beli teh panas dan kebab.... Alhamdulillah, hilang sedikit lapar perjalanan kami.....

Bersiap di Hotel Menuju Masjidil Haram
Bersama-sama jemaah lain dari kumpulan 1

Mercu tanda Kota mekah @ Di Hadapan Masjidil Haram
Dataran Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz
Sampai di Kota Mekah.... kami tak putus mengucap syukur dan berzikir pada yang maha esa.... Syukur sangat kerana dipermudahkan segala urusan. Dari jauh aku nampak jam besar..... "Mesti kat situ Masjidil Haram". Tak lama kemudian, bas pun berhenti dihadapan hotel. Beg-beg kami dari Madinah hingga Mekah telah siap2 diuruskan oleh pihak Mutawif... Alhamdulillah. Beg pun memang dah sarat..... Urusan check in beg selesai hampir jam 12 malam. Kami diarahkan untuk bersihkan diri berwuduk dan akan terus ke Baitullah untuk melaksanakan rukun umrah ke2..... Kemudian, kami dari kumpulan 1 bersama2 ke Baitullah dan banyak yang diajar oleh Mutawif tentang perjalanan ke hotel, pintu masuk, air zam-zam, ibadah umrah dsb. Sampai di Masjidil Haram kami melalui pintu King Abdul Aziz. Kami masuk dan simpat kasut diruangan yang kami kumpulkan bersama. Subhanallah, aku beryukur padaMu ya Allah kerana dapat masuk ke Masjidil Haram ini dan dapat melihat dengan jelas tersergam indah kaabah dihadapan mata!!.... Air mata dan hati teramat2 sebak bersyukur atas anugerah ini diterima menjadi tetamuMu Ya Allah.... Syukur Alhamdulillah...... Kemudian, atas ibadah yang sempurna kami menunaikan ibadah umrah seperti yang diketahui. Aku menjaga mak dan suami menjaga abah.... ku pimpin tangan emak agar dipermudahkan segala urusan. Walaupun jauh ditengah malam....Memang ramai manusia yang tak putus2 ingin beribadah pada yang maha esa.... Alhamdulillah....... Siap Tawaf kami ke sa'ie dan terus bercukur. Alhamdulillah, siap umrah pertama kami pada pukul 4 pagi. Kami tidak balik ke Hotel tetapi kami stay disini hingga solat subuh pada jam 5.40 pagi lebih kurang...... Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan yang maha esa...... Selesai solat subuh aku balik ke hotel.... bersiap2 sarapan dan berehat dibilik sehingga solat zuhur.
Bermulanya sa'ie di Bukit Safa

Menuju Bukit Safa
Selesai di Bukit Mar'wah
Selesai sebelum  jam 4 pagi.... masa nie kembali semula ke rak kasut dan mencari ruang solat untuk subuh...
Alhamdulillah, selesai sudah Umrah wajib kami....

Friday, March 22, 2013

Umrah hari ke 3

Masjid Quba
 
Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.


Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah Saws.jpg. Rasulullah Saws.jpg menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t. Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi MuhammadSaws.jpg akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.

Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi Saws.jpg bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. 

( Sumber )

Hari ke 3 kami dimulakan dengan lawatan ke Masjid Quba seawal jam 7 pagi. Sambungan dari cerita semalam aku dan mak tak sempat sarapan sebab ingat sempat nak ke Raudhah. Kami siap2 mengambil wuduk untuk mengambil pahala ibadat umrah. Sampai sana kami diberi masa lebih kurang hanya 15 minit untuk solat2 sunat. Disebabkan padatnya umat islam disana, masa teranjak juga sehingga setengah jam lebih ditambah dengan ada jemaah veteren wanita "yang dicari". Ingat lagi pesan ustaz Anuwar... kalau ada yang hilang antara jemaah tolong jangan cakap hilang..."Sila cakap yang dicari"... InsyaAllah pesanan tu aku akan ingat sampai bila2.... memang Ustaz Anwar hanya berkata yang baik2 sahaja pada kami jemaahnya. Alhamdulillah. Oleh kerana bas banyak yang nak keluar masuk, maka kami terpaksa meninggalkan jemaah tersebut bersama kumpulannya. Tetapi tak lama kemudian dikhabarkan jemaah tersebut telah ditemui. Mutawif yang bawa kami juga tak putus2 mengucap syukur memberitahu bahawa kami antara jemaah yang bernasib baik kerana medapat 2 kali Jumaat sepanjang ibadah Umrah. Jumaat pertama adalah semalam di Masjid Nabawi manakala Jumaat kedua di Masjidil Haram, Mekah. Jarang sekali jemaah dapat bertemu solat Jumaat 2x....  Aku bersyukur pada yang maha esa... hanya dia yang menentukan dan mengatur perjalanan kami. Syukur Alhamdulillah...... Owh ye.... tetiba teringat Kurma kat Masjid Quba.... Sayangnya kami beli 2 paket sahaja. Konon2 nak beli kat kilang @ pasar kurma nanti. Tetapi hasil pandangan mata aku.... walaupun harga agak mahal tetapi kualiti kurma jauh lebih baik.... Sangat2 sedap dan masih teringat2 tak puas makan kurma fresh dari sini cik suami beli... sejuk2 lagi sedap rasa macam buah ciku... tak manis sangat memang terbaek kurma yang pernah aku makan......

Sepanjang perjalanan aku tatap segenap Kota Madinah yang kami lalui. Pemandangan yang sangat cantik. Termasuk ada pokok bunga dibawah pohon-pohon kurma... subhanallah... cantik sangat. Tapi, aku snap pakai phone... dalam bas bergerak lagi maka hasil kualiti gambar adalah seperti yang dilihatlah... urmmmm.... Selain pokok, satu perkara menarik minat aku adalah air terjun. Memang kat Malaysia banyak air terjun tetapi dibumi Arab ini ditengah2 padang pasir.... bukan senang nak dapat bekalan air. Air kat sini dah macam minyak kat Malaysia dan Minyak di Malaysia pulak dah macam air kat Arab.... Air Terjun itu adalah air terjun buatan khas untuk burung2 mendapatkan bekalan air. Air tersebut adalah air laut yang ditapis... subhanallah........
Pohon kurma dan pokok bunga
Air Terjun daripada air laut yang ditapis....
Destinasi kedua kami pada hari ketiga ini adalah Jabal Uhud dimana disinilah berlakunya perang antara tentera Quraisy dan tentera Islam. Pada waktu ini tentera Islam hanya 1000 orang manakala Quraisy 3000 orang. Ramai yang terbunuh. Nabi terselamat pada waktu itu disebabkan adanya kumpulan pemanah yang handal tetapi Bapa Saudaranya Hamzah telah terbunuh. Maklumat lanjut boleh baca sini.

Jabal Uhud yang kelihatan jelas...
Berdoa bersama2 untuk bapa saudara nabi dan para syuhada yang mati syahid
Yang berblok segi empat itu makam bapa saudara nabi kita
Mendengar cerita dan taklimat
Kami di Bukit Pemanah.... Hadapan Jabal Uhud
Pakai hset jer untuk bergambar... Alhamdulillah...
Bukit Pemanah
Cik Suami naik ke atas.... aku tak ikut tunggu kat bawah je....
Antara jualan di Bukit Pemanah
dan lagi... yang berpayung2 tue....
Selepas itu, kami teruskan lagi lawatan kami ke Ladang Kurma.... Sebelahnya pula adalah kilang kurma... masa nie aku ambil kesempatan shopping kurma banyak2.... Macam2 ada... yang berkualiti, sederhana atau rendah semua ada.... Aku takut tak singgah mana2 lagi maka aku pun borong kat sini hampir RM500 gak. Sebab kurma nabi sekilo RM100++ ikut gred. Takkan cukup sekilo jer kan.... sekilo tidak akan dapat banyak mana sebab kurma agak berat juga buahnya.....

Ladang Kurma
Kilang kurma
Halal untuk merasa setiap jenis kurma....
Kemudian, kami bertolak pulang ke hotel sebab hampir waktu Zuhur. Lawatan kami tidak pernah melepasi waktu solat Zuhur. Alhamdulillah...... dalam perjalanan pulang bas kami singgah di pasar kurma. Pasar kurma rupa2nya jauuuuh lebih murah sekali ganda dari kilang kurma. Bas kami hanya singgah dalam 15 minit jer sebab yang turun adalah dalam 6 - 7 orang jer termasuk aku dan cik suami saje2 nak meninjau dan membandingkan harga. Geram sebab murah, belilah jugak lagi kami disini sedikit... puaskan hati..... Patutnya Mutawif bawa kami ke pasar kurma dulu baru ke kilang... urrmmmm... apakan daya... Apapun syukurlah semuanya dipermudahkan... rezeki kilang itu mungkin.... atau mungkin ada rezeki kami juga yang Allah akan gantikan nanti... Amin......

Balik hotel kami simpan barang dan solat zuhur.... Makan tengahari balik bilik rehat sekejap dalam pukul 3 kami dah keluar ke Masjid untuk Asar. Kalau lambat susah nak masuk atau susah dapat tempat didalam Masjid. Asar di sana dalam pukul 3.50 petang..... Sempatlah kami solat sunat... mengaji sedikit2 dan berzikir pada yang maha esa.... Alhamdulillah. Biasanya, bermula Asar hingga Isyak kami akan stay diMasjid.... jika penat kami berehat dimasjid sahaja... bilik air pun mudah.... Adalah lebih baik tinggal disana dari balik hotel.... perjalanan juga mengambil masa 7-10 minit ke masjid.

Masjid Nabawi waktu malam... payung akan ditutup.... sangat2 cantik...
Disekeliling masjid hanyalah bangunan hotel dan kedai2....
Ada juga yang dijual diluar kedai... jauh lebih murah... tapi rezeki aku juga dikedai2...
Okeylah.... Cukup entri untuk hari ke 3.... aku pun dah penat sebab hari ini aku dah start kerja... Alhamdulillah kami semua sihat sehingga hari ini... cuma mak dan abah sedikit batuk dan selesema.... Mudah2an mereka cepat2 sihat hendakNya.....

Apapun sekali lagi aku nak ingatkan buat aku dan semua.... Segala cerita aku ini bukanlah untuk menunjuk atau riak atau berbangga atau menakutkan atau apa jualah... Semuanya sekadar berkongsi cerita, ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin ke sana... Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan panduan. Dan lagi, harap2nya kita semua tidak lupa..... Sekiranya seseorang individu itu diuji dengan derita, sakit, kesusahan dan sebagainya bukanlah bermakna mereka itu banyak melakukan dosa. Subhanallah.... Allah sahaja yang tahu dosa pahala seseorang manusia itu. Ingatlah.... Allah memberikan ujian buat hambanya kerana (1) Menghapuskan segala dosa2nya yang lalu   (2) Allah ingin menguji iman kita    (3) Allah ingin menggandakan pahala bagi mereka yang beriman.... Kita tidak tahu dimana letaknya kita. Oleh yang demikian mohon dijauhkan daripada berprasangka negatif.... Wallahu'alam....

Jumpa lagi di hari ke 4 kami hari terakhir trip kali ini di Madinah Al Munawarah....

Jom tengok gambo2.........