Alhamdulillah bersua kita kembali diruangan ini untuk hari ke 4 umrah kami. Syukur tak terhingga kerana masih diberi nafas, kesihatan dan kekuatan untuk beribadah ditanah suci ini. Anak2 memang dirindui tetapi atas dasar kepercayaan sepenuhnya aku yakin bahawa kakak dan adik ipar boleh menjaga anak2ku sebaik2nya.... InshaAllah. Afiq dan Azim memang wajib cal setiap hari.... setiap hari mereka menunggu cal dari kami...... Aku memang roaming cal takut2 ada emergency ke apa.... tapi suami beli sim card sana adalah lebih murah. Untuk hari ke 4 ini, selepas solat subuh aku balik ke hotel untuk breakfast. Kemudian, kami balik bilik sebab nak kemas beg. Buat masa ini beg dah beranak 1 lagi beg!!!... Memang kami plan shopping di Madinah. Tu yang barang memang dah banyak dibeli... rasanya untuk 'mereka' telah habis siap kami shoppingkan awal2 disini... senang.... lagipun di Madinah lebih banyak pilihan...... tak payah fikir2 lagi bila dah sampai Mekah nanti.... hanya fikirkan ibadah umrah sahaja.... InshaAllah.
Selepas menunaikan solat zuhur, kami akan bergerak ke tanah haram tepat selesai makan. Kami mesti siap sedia dengan persediaan menunaikan Umrah pertama kami. Perjalanan ke Tanah Haram mengambil masa lebih dari 6 jam. Oleh yang demikian, kami perlu terus mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram. Seterusnya, tepat masa yang dijanjikan bas bergerak menuju Bir Ali tempat miqat umrah pertama kami. Perjalanan dari hotel ke Bir Ali mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Sampai di masjid Bir Ali kami menunaikan solat tahyatul masjid dan seterusnya solat sunat ihram. Dan yang penting melaksanakan rukun umrah yang pertama..... Niat. Maka, termaktublah bahawa kami dalam ihram dan wajib meninggalkan segala larangan dalam ihram. Perlu ingat dan perlu dijaga sebab perjalanan masih jauh.
|
Perjalanan dari Madinah ke Mekah |
|
Berhentti di rnr untuk solat jamak dan makan |
Sampai di Kota Mekah.... kami tak putus mengucap syukur dan berzikir pada yang maha esa.... Syukur sangat kerana dipermudahkan segala urusan. Dari jauh aku nampak jam besar..... "Mesti kat situ Masjidil Haram". Tak lama kemudian, bas pun berhenti dihadapan hotel. Beg-beg kami dari Madinah hingga Mekah telah siap2 diuruskan oleh pihak Mutawif... Alhamdulillah. Beg pun memang dah sarat..... Urusan check in beg selesai hampir jam 12 malam. Kami diarahkan untuk bersihkan diri berwuduk dan akan terus ke Baitullah untuk melaksanakan rukun umrah ke2..... Kemudian, kami dari kumpulan 1 bersama2 ke Baitullah dan banyak yang diajar oleh Mutawif tentang perjalanan ke hotel, pintu masuk, air zam-zam, ibadah umrah dsb. Sampai di Masjidil Haram kami melalui pintu King Abdul Aziz. Kami masuk dan simpat kasut diruangan yang kami kumpulkan bersama. Subhanallah, aku beryukur padaMu ya Allah kerana dapat masuk ke Masjidil Haram ini dan dapat melihat dengan jelas tersergam indah kaabah dihadapan mata!!.... Air mata dan hati teramat2 sebak bersyukur atas anugerah ini diterima menjadi tetamuMu Ya Allah.... Syukur Alhamdulillah...... Kemudian, atas ibadah yang sempurna kami menunaikan ibadah umrah seperti yang diketahui. Aku menjaga mak dan suami menjaga abah.... ku pimpin tangan emak agar dipermudahkan segala urusan. Walaupun jauh ditengah malam....Memang ramai manusia yang tak putus2 ingin beribadah pada yang maha esa.... Alhamdulillah....... Siap Tawaf kami ke sa'ie dan terus bercukur. Alhamdulillah, siap umrah pertama kami pada pukul 4 pagi. Kami tidak balik ke Hotel tetapi kami stay disini hingga solat subuh pada jam 5.40 pagi lebih kurang...... Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan yang maha esa...... Selesai solat subuh aku balik ke hotel.... bersiap2 sarapan dan berehat dibilik sehingga solat zuhur.
|
Bermulanya sa'ie di Bukit Safa |
|
Menuju Bukit Safa |
|
Selesai di Bukit Mar'wah |
|
Selesai sebelum jam 4 pagi.... masa nie kembali semula ke rak kasut dan mencari ruang solat untuk subuh... |
|
Alhamdulillah, selesai sudah Umrah wajib kami.... |
No comments:
Post a Comment