Hari ke 5 kami di Mekah Al Mukaramah. Semalaman kami di Masjidil Haram dari pukul 12 malam hingga selesai subuh menunaikan ibadah Umrah pertama kami. Syukur Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan yang maha esa. Mak dan Abah pun sihat.... mereka juga dapat menunaikan ibadah umrah dengan mudah. Waktu tawaf aku pimpin mak dan cik suami jaga abah. Kami berjanji menunggu di lampu hijau jika telah seselai urusan tawaf.
|
Bersiap untuk ke Baitullah |
Tawaf
Cerita mengenai tawaf???..... Memang ramai manusia semua mengejar untuk beribadah sebanyak yang mungkin atas kesempatan yang diberikan. Tak kira waktu siang atau malam sama sahaja. Tetapi, bagi kami kumpulan dari Malaysia nampak sedikit bezanya dengan warga Indonesia yang mengerjakan tawaf. Mereka datang dalam kumpulan yang ramai, bersama2 membaca doa dan jika kami dihadapan pasti akan ke tepi bila mendengar kumpulan mereka dari belakang. Bukan apa, kumpulan mereka tidak boleh berpisah... jadi seboleh2nya mereka akan seiring dengan kumpulan mereka. Mereka akan tetap berpaut antara satu sama lain. Jadi, biarlah bagi laluan pada mereka. Aku dan mak boleh ke tepi sedikit sebab kami berdua.... dan waktu tawaf kita kena ingat bukan tujuan mencari kawan... mencari apa2lah... sebab tu aku berdua dengan mak tidak berempat. Kalau dalam kumpulan yang ramai rasanya agak sukar dan dikhuatiri akan tertukar 'fikiran' nanti. Lagi satu, tawaf nie kena jaga bahu kiri.... bila berdua senang sikit... dan rasanya kalau individu sebenarnya lebih senang sebab kita seorang sahaja. Tapi setakat ini, aku tak pernah tawaf seorang... pasti dengan mak atau suami. Setelah habis tawaf kami solat di belakang Makam Ibrahim..... Waktu ini, aku tak melepaskan peluang untuk solat & berdoa sepuasnya2 dihadapan kaabah..... memohon keampunan dan keredhaan dariNya.... Sujud Syukur atas keizinan dariNya memberi peluang pada aku untuk beribadah disini.... Syukur Alhamdulillah.
|
Setelah selesai Umrah pertama kami... Alhamdulillah.... |
|
Ayah bonda tersayang.... |
Sa'ie
Setelah siap semua urusan disini, kami berkumpul semua berempat untuk mengerjakan sa'ie. Tetapi di bahagian sa'ie aku bersama cik suami manakala mak dan abah.... bukan niat nak meninggalkan mereka tetapi faktor usia dan pergerakkan menyebabkan kami terpaksa berjalan dahulu. Sebab sunat untuk berterusan, manakala mak dan abah lebih banyak berehat dan minum air zam zam ditepi. Tapi bila aku siap bercukur, dalam 20 minit kemudian mak dan abah pun sampai. Kami berjanji tunggu di Mar'wah. Kiranya laju jugak mak dan abah berjalan nie.... Alhamdulillah..... Mereka dipermudahkan.
|
Keadaan ketika di Bukit Saffa.... tempat untuk memulakan sa'ie rukun umrah ke 3 |
|
Tempat sa'ie dari Bukit Saffa ke Marwah sebanyak 7 kali..... |
Bercukur
Setelah siap mengerjakan sa'ie kami pun bercukur untuk bertahlul. Sampai jer di bukit mar'wah, tanpa berlengah kami berdoa dan bercukur.... kerana lebih cepat kami siap mengerjakan umrah lebih mudah sebab terlepas dari larangan dalam ihram. Pantang larang dalam ihram kena ingat dan kena jaga ye... kalau silap, kena dam. Setelah bercukur, maka dapatlah Umrah pertama kami pada malam ini. Kami siap mengerjakan umrah pertama pada pukul 4 pagi. Maksudnya hampir 3 jam jugalah... tapi kami tak paksa2 atau tergesa... kami buat dengan relaks dan enjoy... Alhamdulillah. Mudah2an Allah terima ibadah kami ini... Amin ya rabbal alamin.....
|
Menunggu Mak dan Abah setelah bertahlul..... |
|
Menunggu Bonda tersayang bercukur.... |
|
Alhamdulillah.... |
|
Tempat penamat sa'ie - Bukit Mar'wah @ Tempat bercukur @ Bertahlul |
Pada esok harinya aku dan suami membuat tawaf sunat selepas zuhur. Mak
dan abah balik di hotel. Pada waktu ini aku dan suami mengambil
kesempatan untuk masuk ke ruang hijir ismail setelah siap tawaf. Setiap
selepas tawaf, adalah disunatkan solat sunat. Maka, aku ambil peluang
menyusuri Hijir Ismail untuk solat sunat didalamnya. Bagiku, sekiranya
kita berdoa dan berhajat sesuatu inshaAllah Allah makbulkan permintaan
hambanya. Walaupun dalam kesesakan, aku cuba masuk keruangan tersebut.
Alhamdulillah, aku ambil dibahagian belakang (bukan dilaluan masuk).
Dapatlah aku masuk dan terus dapat ruangan yang kecil aku dirikan solat
sunat. Daripada ruang yang kecil, dapatlah aku solat dengan selesa
disitu sebab mereka akan menghormati kita yang sedang solat. Syukur
Alhamdulillah hajat kedua selepas memasuki Raudhah terlaksana. Selesai
berdoa, aku segera bangun dan memberi ruang pada yang lain pula. Masa
nie aku menghimpit ke sisi kaabah dan memegang kain kaabah yang ada.
Dengan rasa rendah diri, aku cium dan sujud bersyukur padaMu Allah atas
anugerah dan doa & hajat yang dimakbulkan. Alhamdulillah. Aku pusing
lagi mengelilingi kaabah, aku cakap pada suami... "Nak ke Hajarul
Aswad?". Suami hanya berdiam dan tanya aku semula soalan tersebut. Aku
lihat keadaan di situ masih belum reda dan ramai sangat2 yang terpusu
ingin mencium batu syurga tersebut. Akhirnya, aku pasrah sebab aku
sendiri belum bersedia dengan keadaan yang begitu..... Syukurlah apa
yang aku dapat ini sudah tercapai hajat dihati. Alhamdulillah.....
Cerita tentang mengerjakan umrah ini, satu lagi cerita di Bukit Mar'wah. Ada anak2 Pak Arab dari bangsa yang berkulit gelap dan rambut kerinting.... Pada Umrah ke-3 kami tiba2 dia datang dan gunting rambut cik suami. Juga rambut aku... tapi aku tak izinkan sebab dia anak lelaki. Cik suami macam ye tak ye.... Bila tanya dia kata "halal".... yang kami faham halal tu maksudnya dia rela melakukan secara percuma. Bila dia dah gunting rambut cik suami.... zass... zasss... zasss... 3 kali gunting, dia pun minta duit... Aik??.. tadi kata 'halal'.... Mulalah budak tu bebel dengan bahasa dia. Akhirnya cik suami keluarkan 5 rial dengan niat sedekah... dibalas balik... 20 rial!.. 20 rial!... uik?... mengalahkan botak kat kedai Pak Arab pun baru 10 Rial.... urrmmm.... oleh kerana ini ibadah umrah kerana Allah, tak mahulah ibadah ini tak diberkati yang maha esa. Maka, cik suami bagi 20 rial pada budak tu. Actullay, sebelum pergi ramai dah pesan tentang cerita ini. Tetapi, perkara ini berlaku terlalu pantas... tak sempat berfikir dah kena gunting dengan budak tue.... urmmm... apapun bagi yang nak ke sana... jadikanlah ia sebagai panduan.... Apapun yang penting semoga ibadah kita diterima yang maha esa.... Amin....
Kadang2 terasa sedih juga, kita mahu beribadah pada Allah... dikawasan Tanah Haram.... ada segelintir insan yang bersikap "kurang baik". Macam yang berlaku nie ler..... kira kerja mereka secara paksa bukan jual beli. Main paksa2 kita untuk terima 'bergunting' dengan dia. Kalau bisness gunting cakap jerlah berapa rial awal2... ini tidak..... keduanya berlaku di hadapan Masjidil Haram sewaktu kami balik ke Hotel. Aku dengan telekung besar memimpin bersama tangan suami. Ada beberapa wanita berpurdah hitam menghampiri kami minta sedekah. Aku dan cik suami mengabaikan sebab dia masih kuat dan muda. Tiba-tiba ada seorang wanita nie ikut kami dibelakang. Berjalan dengan sangat rapat macam orang berpimpin 3 orang!!... Aku dah tak sedap hati dah.... teringat beg galas... terus aku alihkan beg galas dibahu dan diletakkan dihadapan.... dan cik suami juga.... Dengan terkejutnya aku dan cik suami melihat gelagat wanita tersebut tangan dia berada 'didalam' beg galas suami!!!..... Lepas tu suami tarik beg dia ke depan maka tangan beliau ditarik.... dan ada beberapa keping duit... Siap tunjuk kat kami duit tue.... tak pasti apa maksud dia...
1) "Saya ambil duit nie ye kak" atau
2) "Saya nak duit.... sedekah duitlah pada saya"
Aku dan suami dah malas nak layan terus jalan laju2 balik hotel. Tak tahulah duit tu duit siapa... wallauhalam.... Jika itu rezekinya... biarlah.... cuma aku kurang rasa senang hati dalam keadaan yang tidak elok sebegitu. Rasa sedih pun ada jika niat mereka kurang baik.... kita pun tak tahu niat mereka... Jika aku tersalah anggap maafkanlah aku......
Apapun sekali lagi aku nak ingatkan
buat aku dan semua.... Segala cerita aku ini bukanlah untuk menunjuk
atau riak atau berbangga atau menakutkan atau apa jualah... Semuanya
sekadar berkongsi cerita, ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin ke
sana... Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jika ada salah dan silap dalam tutur kata, maafkanlah aku. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri. Dan
lagi, harap2nya kita semua tidak lupa..... Sekiranya seseorang individu
itu diuji dengan derita, sakit, kesusahan dan sebagainya bukanlah
bermakna mereka itu banyak melakukan dosa. Subhanallah.... Allah sahaja
yang tahu dosa pahala seseorang manusia itu. Ingatlah.... Allah
memberikan ujian buat hambanya kerana (1) Menghapuskan segala dosa2nya
yang lalu (2) Allah ingin menguji iman kita (3) Allah ingin
menggandakan pahala bagi mereka yang beriman.... Kita tidak tahu dimana
letaknya kita. Oleh yang demikian mohon dijauhkan daripada berprasangka
negatif.... Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment