Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Friday, March 22, 2013

Masjid Nabawi @ Umrah hari ke 2









Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah

 Assalammualaikum.... bertemu kembali kita masih lagi di Madinah... Actually, program kami di Madinah adalah 3 hari dan di mekah 7 hari. Jumlah 10 hari dan perjalanan mengambil masa pergi dan balik jumlah hari adalah 12. Disambung pada hari kedua daripada 10 hari trip kami di Madinah.... Hari ini hari pertama kami di Madinah. Sampai seawal azan subuh pagi tadi di lobi hotel. Siap urusan check in hotel kami sempat membersihkan diri dan bersarapan. Kemudian pada pukul 9 pagi sempat kami ziarah Masjid Nabawi bersama Ustazah Zai yang banyak membantu. Satu yang aku sangat2 suka dengan ustazah Zai nie... suara atau ucapan atau tazkirah dia sangat2 bagus... suara jelas dan aku rasa dia nie boleh cari penceramah terkenal. Memang bagus sangat2. Bukan kata2 kosong tetapi ikhlas dari lubuk hati yang sangat dalam. Bak kata para pendidik... "Komunikasi sangat2 berkesan!!..". Dalam entri yang lepas telah diceritakan tentang ziarah yang kami lakukan.... tetapi kali ini saya nak detailkan sedikit apa yang ada di Masjid Nabawi, Madinah.

***** Semua gambar adalah ehsan dari google dan blog yang di cari ************

Makam Nabi Muhammad S.A.W
Seperti yang sedia maklum, makam nabi kita terletak di Masjid Nabawi. Masjid yang sangat2 cantik dan bersih. Sangat2 dijaga dan teratur. Tetapi, bagi kaum hawa tidak dibenarkan masuk ke dalam. Maka gambaran bagi kaum lelaki makam adalah seperti diatas. Kanan sekali adalah Makam Nabi Muhammad dan 2 lagi disebelahnya adalah Makam sahabat nabi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Al-Fatihah.

Makam nabi dan sahabat baginda.
Bagi kaum hawa, saya hanya mendoakan dari luar cari ruang yang paling hampir dengan kubah hijau kerana di situlah nabi kita bersemadi. Kami pertama kami sampai disini, kami berselawat keatas nabi sebanyaknya dan tiba di sini kami mendoakan bersama2 untuk baginda. Tetiba terasa ada air mata jatuh dipipi bila mengenangkan perjuangan nabi demi menegakkan agama islam.... Saya ini bukan manusia yang mudah menitikkan air mata, apalagi ada bonda tersayang disebelah. Malu mengatasi segalanya. Tetapi, sebak didalam hati tiada kawalan lagi sehingga tanpa disedari air jernih jatuh ke pipi. Nasib baik pakai sunglass tak ler ada orang nampak sangat..... tapi bukan aku seorang merasakan begitu, aku pasti ramai lagi merasai perkara yang sama cuma masing2 tak nak ler nampak kita menangis!.... Setelah menyampaikan salam buat baginda saya menyampaikan pesanan bagi rakan2 yang berkirim salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kubah Hijau itu makam nabi.
Setelah itu kami beredar ketempat lain. Bersebelahannya pula adalah perkuburan baqi' di mana perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw (kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Di sini kaun hawa memang tidak dibenarkan masuk termasuk di Tanah Haram. Untuk maklumat lanjut bacalah disini..... rugi kalau tak klik.

Perkuburan Baqi'
Beginilah katanya jika kaum Hawa hanya tinggal diluar pagar

Raudhah

Selain Makam Nabi Muhammad dan sahabat baginda, di Masjid Nabawi terdapat satu tempat yang istimewa dimana terdapatnya Taman Syurga yang dinamakan dengan Raudhah. Raudhah adalah salah satu bahagian daripada rumah nabi dan tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Maklumat lanjut sila klik disini.

Sebelum ke sana lagi hajat dihati ingin sampai di sini walau hanya sekali. Pada hari ke dua tersebut, selepas solat isyak aku memang berhajat untuk ke Raudhah. Mak nak ikut? aku tanya. Mak angguk kepala.... tapi mak macam tak yakin dengan aku sebab sebelum kesana kami terdengar pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi untuk kesana. Cabaran tu bukan apa, cuma masa menunggu dan asakan dari orang ramai. Ada yang jatuh ditolak dan sebagainya membuatkan mak merasa takut mungkin dengan usianya. Tapi aku berkeras nak juga walau hanya sekali. Masa bersolat kami bersama 7 jemaah lain. Ada juga yang tak mahu kesana mungkin sebab ada yang dah sampai kesana. Tapi, buat aku yang pertama kali hati ini mendesak nak juga kesana walau sebentar. Maka, aku ajak rakan sebaya bagi memberi keyakinan pada mak. Kami pakat bertiga, yang kawan tu mak dan nenek dia tak dapat ikut. Maka, lepas solat isyak kami bersama2 menunggu giliran. Kami mengikut jemaah dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Itu kumpulan kami jika nak ke Raudhah. Tak lama menunggu, papan tanda "Melayu" dibenarkan masuk. Masyaallah.... sungguh aku kata berderu2 kami berlari2 masuk dan jelas kedengaran tapak kaki berlaer mengejar tempat untuk masuk ke Raudhah. Aku pimpin dan pegang erat tangan mak agar tidak terlepas dan tidak dilanggar insan lain. Aku meluru masuk mengambil tempat dan ruang yang kosong. Alhamdulillah terasa selesa untuk aku berdoa sebab dapat berdiri dibalik tiang. Aku memang ada ruang untuk solat tapi demi menjaga mak aku tak mahu perkara lain berlaku. Biarlah tangan mak aku pegang erat tak mahu lepas... cukuplah aku dapat masuk dan berdoa bersama mak.... itupun aku cukup bersyukur..... Tangungjawab menjaga mak lebih penting dari mementingkan ibadah untuk diri sendiri. Ada rezeki memang hajat ditanam dihati untuk ke sini lagi. Mudah2an...... Amin. Selepas selesai berdoa mengikut buku yang dibawa, aku toleh kiri kanan memang dah penuh. Aku dan mak tiada ruang untuk keluar. Sebenarnya aku ada masa lagi untuk berdoa lebih lama tapi kenapa dalam hati aku terdetik.... "Kesian orang yang kat belakang nak juga sama2 beribadah... sama2 nak berdoa... hati ini sangat2 ingin memberi ruang pada mereka sebab keadaan dalam masa tu amat sesak". Maka, akhirnya aku dan mak ambil keputusan untuk pulang apalagi kami belum makan malam... takut pihak hotel tak benarkan kami makan lagi sebab time out kan.... So, kami pun balik dengan hati yang penuh rasa syukur sebab dapat masuk ke Raudhah. Syukur padaMu yang kerana memberi keizinan padaKu.... Alhamdulillah..... Ada masa ingin lagi kesini..... InshaAllah....

Keadaan luar Masjid Nabawi
Kemudian, esoknya selesai solat Subuh aku berhajat sekali lagi untuk ke Raudhah. Tetapi tunggu sehingga pukul 7 aku masih tidak masuk lagi sedangkan jadual ziarah luar kami pada hari ke 3 seawal jam 7.... Mak sebenarnya dah cakap... "Dahlah As, semalam kan dah masuk... jomlah balik... nanti bas tunggu kita... kita menyusahkan orang lain nnti...". Tapi aku nie berkeras nak juga.... Tetapi, akhirnya jam 7 cik suami cal tanya mana...... Bas dah tunggu. Tanpa sarapan kami terus naik bas... kesian mak... mesti lapar.... semua salah aku.... (memang rasa bersalah sangat2 kat mak). Destinasi pertama Masjid Quba ( Aku terus peluk mak minta maaf banyak2 sebab aku mak tak sempat sarapan.... ). Aku pujuk mak dan aku belikan teh panas dan kebab disini sementara menunggu jemaah lain naik bas. 

** Kurma kat masjid Quba nie nampak lebih segar dari tempat lain... tapi sayang aku beli sikit jer pulak... tapi memang sedap... sesapa yang ke sana dicadangkan beli kurma kat sini..... 

Berbalik pada cerita Raudhah.... Bagaimana nak ke Raudhah bagi kaum Hawa?.... Carilah pintu masuk no 8 women..... melalui pintu tersebut, jemaah akan dipanggil mengikut negara untuk ziarah raudhah. Pintu Raudhah wanita hanya dibuka selepas solat Subuh, Zuhur dan Isyak sahaja.... selebihnya hanya untuk jemaah lelaki.

Cari pintu no8 women
Melalui ruang solat biasa karpet merah..... depan ada pintu akan dibuka....
Disinilah Raudhah... Karpet hijau putih.
Okey... Cerita untuk hari ke 3 perjalanan kami adalah ziarah luar... Masjid Quba, ladang kurma, kilang kurma dan sebagainya akan bersambung di next entri.... Sekian..... Jumpa lagi....

No comments:

Jom tengok gambo2.........