|
Masjid Quba |
Sabda Nabi
lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke
masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan
pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya:
1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi
bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari
Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.
( Sumber )
Hari ke 3 kami dimulakan dengan lawatan ke Masjid Quba seawal jam 7 pagi. Sambungan dari cerita semalam aku dan mak tak sempat sarapan sebab ingat sempat nak ke Raudhah. Kami siap2 mengambil wuduk untuk mengambil pahala ibadat umrah. Sampai sana kami diberi masa lebih kurang hanya 15 minit untuk solat2 sunat. Disebabkan padatnya umat islam disana, masa teranjak juga sehingga setengah jam lebih ditambah dengan ada jemaah veteren wanita "yang dicari". Ingat lagi pesan ustaz Anuwar... kalau ada yang hilang antara jemaah tolong jangan cakap hilang..."Sila cakap yang dicari"... InsyaAllah pesanan tu aku akan ingat sampai bila2.... memang Ustaz Anwar hanya berkata yang baik2 sahaja pada kami jemaahnya. Alhamdulillah. Oleh kerana bas banyak yang nak keluar masuk, maka kami terpaksa meninggalkan jemaah tersebut bersama kumpulannya. Tetapi tak lama kemudian dikhabarkan jemaah tersebut telah ditemui. Mutawif yang bawa kami juga tak putus2 mengucap syukur memberitahu bahawa kami antara jemaah yang bernasib baik kerana medapat 2 kali Jumaat sepanjang ibadah Umrah. Jumaat pertama adalah semalam di Masjid Nabawi manakala Jumaat kedua di Masjidil Haram, Mekah. Jarang sekali jemaah dapat bertemu solat Jumaat 2x.... Aku bersyukur pada yang maha esa... hanya dia yang menentukan dan mengatur perjalanan kami. Syukur Alhamdulillah...... Owh ye.... tetiba teringat Kurma kat Masjid Quba.... Sayangnya kami beli 2 paket sahaja. Konon2 nak beli kat kilang @ pasar kurma nanti. Tetapi hasil pandangan mata aku.... walaupun harga agak mahal tetapi kualiti kurma jauh lebih baik.... Sangat2 sedap dan masih teringat2 tak puas makan kurma fresh dari sini cik suami beli... sejuk2 lagi sedap rasa macam buah ciku... tak manis sangat memang terbaek kurma yang pernah aku makan......
Sepanjang perjalanan aku tatap segenap Kota Madinah yang kami lalui. Pemandangan yang sangat cantik. Termasuk ada pokok bunga dibawah pohon-pohon kurma... subhanallah... cantik sangat. Tapi, aku snap pakai phone... dalam bas bergerak lagi maka hasil kualiti gambar adalah seperti yang dilihatlah... urmmmm.... Selain pokok, satu perkara menarik minat aku adalah air terjun. Memang kat Malaysia banyak air terjun tetapi dibumi Arab ini ditengah2 padang pasir.... bukan senang nak dapat bekalan air. Air kat sini dah macam minyak kat Malaysia dan Minyak di Malaysia pulak dah macam air kat Arab.... Air Terjun itu adalah air terjun buatan khas untuk burung2 mendapatkan bekalan air. Air tersebut adalah air laut yang ditapis... subhanallah........
|
Pohon kurma dan pokok bunga |
|
Air Terjun daripada air laut yang ditapis.... |
Destinasi kedua kami pada hari ketiga ini adalah Jabal Uhud dimana disinilah berlakunya perang antara tentera Quraisy dan tentera Islam. Pada waktu ini tentera Islam hanya 1000 orang manakala Quraisy 3000 orang. Ramai yang terbunuh. Nabi terselamat pada waktu itu disebabkan adanya kumpulan pemanah yang handal tetapi Bapa Saudaranya Hamzah telah terbunuh. Maklumat lanjut boleh baca
sini.
|
Jabal Uhud yang kelihatan jelas... |
|
Berdoa bersama2 untuk bapa saudara nabi dan para syuhada yang mati syahid |
|
Yang berblok segi empat itu makam bapa saudara nabi kita |
|
Mendengar cerita dan taklimat |
|
Kami di Bukit Pemanah.... Hadapan Jabal Uhud |
|
Pakai hset jer untuk bergambar... Alhamdulillah... |
|
Bukit Pemanah |
|
Cik Suami naik ke atas.... aku tak ikut tunggu kat bawah je.... |
|
Antara jualan di Bukit Pemanah |
|
dan lagi... yang berpayung2 tue.... |
Selepas itu, kami teruskan lagi lawatan kami ke Ladang Kurma.... Sebelahnya pula adalah kilang kurma... masa nie aku ambil kesempatan shopping kurma banyak2.... Macam2 ada... yang berkualiti, sederhana atau rendah semua ada.... Aku takut tak singgah mana2 lagi maka aku pun borong kat sini hampir RM500 gak. Sebab kurma nabi sekilo RM100++ ikut gred. Takkan cukup sekilo jer kan.... sekilo tidak akan dapat banyak mana sebab kurma agak berat juga buahnya.....
|
Ladang Kurma |
|
Kilang kurma |
|
Halal untuk merasa setiap jenis kurma.... |
Kemudian, kami bertolak pulang ke hotel sebab hampir waktu Zuhur. Lawatan kami tidak pernah melepasi waktu solat Zuhur. Alhamdulillah...... dalam perjalanan pulang bas kami singgah di pasar kurma. Pasar kurma rupa2nya jauuuuh lebih murah sekali ganda dari kilang kurma. Bas kami hanya singgah dalam 15 minit jer sebab yang turun adalah dalam 6 - 7 orang jer termasuk aku dan cik suami saje2 nak meninjau dan membandingkan harga. Geram sebab murah, belilah jugak lagi kami disini sedikit... puaskan hati..... Patutnya Mutawif bawa kami ke pasar kurma dulu baru ke kilang... urrmmmm... apakan daya... Apapun syukurlah semuanya dipermudahkan... rezeki kilang itu mungkin.... atau mungkin ada rezeki kami juga yang Allah akan gantikan nanti... Amin......
Balik hotel kami simpan barang dan solat zuhur.... Makan tengahari balik bilik rehat sekejap dalam pukul 3 kami dah keluar ke Masjid untuk Asar. Kalau lambat susah nak masuk atau susah dapat tempat didalam Masjid. Asar di sana dalam pukul 3.50 petang..... Sempatlah kami solat sunat... mengaji sedikit2 dan berzikir pada yang maha esa.... Alhamdulillah. Biasanya, bermula Asar hingga Isyak kami akan stay diMasjid.... jika penat kami berehat dimasjid sahaja... bilik air pun mudah.... Adalah lebih baik tinggal disana dari balik hotel.... perjalanan juga mengambil masa 7-10 minit ke masjid.
|
Masjid Nabawi waktu malam... payung akan ditutup.... sangat2 cantik... |
|
Disekeliling masjid hanyalah bangunan hotel dan kedai2.... |
|
Ada juga yang dijual diluar kedai... jauh lebih murah... tapi rezeki aku juga dikedai2... |
Okeylah.... Cukup entri untuk hari ke 3.... aku pun dah penat sebab hari ini aku dah start kerja... Alhamdulillah kami semua sihat sehingga hari ini... cuma mak dan abah sedikit batuk dan selesema.... Mudah2an mereka cepat2 sihat hendakNya.....
Apapun sekali lagi aku nak ingatkan buat aku dan semua.... Segala cerita aku ini bukanlah untuk menunjuk atau riak atau berbangga atau menakutkan atau apa jualah... Semuanya sekadar berkongsi cerita, ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin ke sana... Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan panduan. Dan lagi, harap2nya kita semua tidak lupa..... Sekiranya seseorang individu itu diuji dengan derita, sakit, kesusahan dan sebagainya bukanlah bermakna mereka itu banyak melakukan dosa. Subhanallah.... Allah sahaja yang tahu dosa pahala seseorang manusia itu. Ingatlah.... Allah memberikan ujian buat hambanya kerana (1) Menghapuskan segala dosa2nya yang lalu (2) Allah ingin menguji iman kita (3) Allah ingin menggandakan pahala bagi mereka yang beriman.... Kita tidak tahu dimana letaknya kita. Oleh yang demikian mohon dijauhkan daripada berprasangka negatif.... Wallahu'alam....
Jumpa lagi di hari ke 4 kami hari terakhir trip kali ini di Madinah Al Munawarah....
No comments:
Post a Comment