Assalammualaikum wbt.....
Jengah kembali dengan banyak yang nak dicerita tetapi idea dan ingatan yang menentukan sebab kadang2 masa menaip nie ter'lupa.... nanti dah baca semula cerita urrmmm banyak pulak yang tertinggal. hi hi hiiiii....... Actually, entri kali ini banyak yang berkaitan dengan ibadah umrah yang baru kami jalani. Syukur alhamdulillah segala urusan dari A hingga Z berkaitan ibadah umrah yang dirancang terlaksana. Syukur sangat2...... Kenapa tidak bercerita di blog atau facebook tentang perancangan ini?... Bukan tak mahu bercerita, tetapi almaklumlah... kadang2 terdapat beberapa kekangan yang mungkin berlaku untuk kesana. Alhamdulillah aku dijemput untuk menjadi tetamunya buat pertama kali pada 7 Mac 2013 yang lalu. Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah.......
Keduanya aku tak mahu cerita atas sebab TIDAK mahu sedikit pun ada rasa riak atau bangga. Sekalipun aku sudah kembali ke tanah air dan ingin bercerita di blog ini, Subhanallah..... jauhilah aku dari rasa riak dan yang tidak baik.... Sesungguhnya niat aku bercerita di blog ini hanya sekadar panduan kepada mereka yang ingin kesana dan untuk peringatan buat diriKu sendiri. JAUH sekali untuk menghebah2kan atau menjaja cerita sesukan hati..... Maaf banyak2 jika ada yang terguris, tersentuh mahupun terasa atas segala penulisan yang bakal aku coretkan disini.... Mohon jutaan ampun dan maaf sekali lagi. Harap sesiapa yang membaca blog ini dapat baca dengan ikhlas jauh sekali dengan rasa sombong, takbur dan sebagainya...... Mohon dijauhkan..... Amin.
Bermula cerita dengan perancangan kami seawal akhir tahun lepas...... Kami memang berhajat untuk ke Tanah Suci ini tahun 2013. Setelah di kira cuti dari segenap cuti..... termasuklah cuti rehat, cuti poly dan yang penting cuti untuk kaum hawa semoga dapat beribadah disana. Maka, kata putus telah dibuat yang kami akan ke sana pada bulan Mac. Masa yang cantik memang cuti sekolah tetapi ia tidak cantik untuk aku..... takkanlah aku nak tinggal di hotel pulak??... Kalau cuti sekolah anak2 senang.... Tapi apakan daya, walaupun bukan cuti sekolah Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak2 sihat dan mereka gembira disini ditinggalkan. Mereka happy mak saudara yang jaga mereka sentiasa bawa jalan2... gembirakan mereka... Alhamdulillah... Syukur sangat2.... Sampaikan Afiq kata "Afiq suka tinggal dengan cik su lah mama...". Sejuk hati aku dengar kata2 dan cerita dari anak2... Alhamdulillah...... Aku pulak menyakat kata "Kalau macam nie mama nak keluar lagilah.... boleh?". Mereka dah x kisah dah.... jawapan mereka "okey je mama".... Alhamdulillah.....
Akhirnya, misi menyoal, menanya, mengugel dan sebagainya pun bermula pada Disember lepas. Cuba mencari pengalaman mereka yang telah ke sana dengan agen2 tertentu. Sebab itulah aku nak cerita kat sini sebab nak bagi ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin kesana..... Pada asalnya kami memilih agen Andalusia. Tetapi bila tengok pakej tiada dari Senai Airport. Maka, abah yang telah berusia tidak mahu ke KL. Abah kata belum sampai lagi takut dah penat. Aku akur dan bersetuju dengan idea beliau. Apatah lagi jika adik beradik nak hantar nanti... Siapa?.. jauh sangat ke sana..... Akhirnya kami pilih Tiram Travel. Melalui gugel kami mencari maklumat Tiram Travel. Akhirnya kami call ada satu Ustaz yang ada blog di Utara sana. Beliau meminta kami buat bayaran deposit melalui bank in sahaja. Atas rasa tidak sedap hati, kami tak jadi ikut group beliau kerana aku lebih mudah bila berurusan dengan tunai, direct terus opis, dapat resit dan yang penting senang nak berurusan termasuklah hal kursus umrah. Akhirnya, kami terus ke HQ Tiram Travel dan terus membuat booking disana. Kelemahannya adalah kamiu tidak tahu siapa mutawif yang akan bawa kami disana nanti. Tak perlah, kalau melalui orang lain pun aku tak kenal pun mutawif tersebut. Hanya doa supaya dapat mutawif yang dapat bimbing kami sepanjang disana.
Setelah urusan bayaran selesai.... dokumen2 telah diserahkan 40 hari sebelum tarikh berangkat kami dah siapkan awal2 lagi. Semuanya berjalan lancar. Staf Tiram Travel memberitahu yang beliau akan contact kami jika ada masalah atau panggilan kursus atau pelepasan visa. Sepanjang tempoh ini memang aku tiap2 hari menunggu telefon dari Tiram Travel. Namun tiada calling dari beliau. Akhirnya tinggal 1 minggu kami akan berangkat. Kerisauan semakin memuncak.... bagaimana visa?. bagaimana jadual? semua penuh difikiran apalagi bila dengar2 cerita Visa tahun ini ketat.... ramai yang x lepas..... flight banyak yang delay.... ada juga flight delay disenai pada bulan Feb lepas.... yang kes mogok juga pada bulan Feb jemaah terkandas di Mekah seminggu lebih.... Memang penuh dengan tanda tanya dalam hati ini..... memang sangat2 risau.... Seminggu sebelum kami suami isteri bergilir2 tiap2 hari call agen.... bertanyakan Visa... Bila Visa lepas barulah kami boleh tanya tentang jadual... urmmm.... Akhirnya, genap 4 hari sebelum berangkat, cik suami call agen dan beliau memberitahu Visa dah lepas dan kompom pada 7 Mac kami berangkat.... Oleh kerana bukan aku yang call, hati aku masih tidak tenang lagi... betul ke Visa lepas... betul ke flight khamis nie.... jadual mana..... inilah sedikit kelemahan agen kami. Tidak call kami.... dan jadual tidak diberi sebab ada terbaca dalam blog yang ada flight terus ke Mekah.... Apa cerita jika lelaki tidak memakai ihram dari Senai????..... Alhamdulillah, seperti yang di rancang kami terus ke Jeddah dan ke Madinah dulu. Bagi penambahbaikan pihak agen bolehlah call @ beri jadual lebih awal pada jemaah agar kami tidak tertunggu2.... Kami tidak menyalahkan pihak Tiram Travel cuma cadangan untuk mengatasi kelemahan yang ada. Mungkin.... bila berfikiran positif... berapa banyak jemaah yang ingin dia call...wallahualam.....
Apa2 yang berlaku semua ketentuan dariNya. Jika kita tidak dapat kesana pada waktunya kita kena ingat bahawa Allah belum menentukan jika menjadi tetamunya waktu itu. Kita kena redha dan sabar atas ujian dan dugaan dariNya. Satu lagi tentang dugaan ini kita kena ingat bahawa bukan mereka yang 'tidak baik' Allah bagi dugaan. Bila Allah bagi dugaan pada setiap insan, kita kena sabar.... atas segala dugaan yang Allah bagi pada kita. Mungkin, Allah bagi ujian ini sebab (1) Allah nak menghapuskan segala dosa2 yang telah kita lakukan...... ATAU (2) Allah nak menguji kesabaran dan Iman kita ATAU (3) Mungkin juga Allah nak menambah pahala bagi seseorang itu dengan ujian yang Allah berikan, biasanya ini kepada mereka yang beriman. Maka, kita kena ingat ada 3 keadaan kenapa Allah bagi ujian pada kita. Jangan sesekali kita hanya pandang pada perkara (1) je.... Mintak dijauhkan......
***********************************************************************************************************************
7 Mac 2013
Akhirnya masa yang ditunggu2 sampai ketikanya... segala persiapan telah aku siapkan sedikit demi sedikit. Pada Rabu tu aku masih bekerja sebab aku mohon cuti lama 11 hari dan cuti rehat aku bukanlah banyak mana.... spend untuk cuti sekolah lagi... raya lagi..... cukuplah tu..... Akhirnya pada pukul 11.30 pagi aku dah berangkat ke Senai Airport. Sampai sana pukul 1 tengahari. Ambil passport, tag nama dsb kami pun check in lugage barang2.... Lepas tu kami makan tengahari dan pukul 2 dia dah panggil masuk yang asalnya kata pukul 3. Tak sempat solat kami bersalaman dan berpisah disini buat sementara. Sebaknya hati meninggalkan anak2..... tentu sekali mama akan merindui anak2 mama semua..... Hanya doa aku titipkan buat semua insan2 tersayang..... i love u......
Ahli keluarga yang menghantar kami |
Setelah check in semua settle, kami bergerak ke tingkat atas menunggu kapal terbang. Masa nie kami ambil untuk solat... lebih kurang pukul 3++ taklimat dari agen kami. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami dapat kumpulan 1...... urmmm.... mudah2an mendapat barakahnya dengan kumpulan pertama ini.... Amin. Mutawif kami adalah Ustaz Hj Anwar..... hensem.... muda..... baik hati..... muka sentiasa senyum.....dan yang penting sentiasa bercakap perkara yang baik2.... Langsung x pernah marah walaupun ayat menegur.... teguran beliau sangat2 menyejukkan hati jemaah.... Langsung tidak pernah terasa malahan sangat2 memuji dengan sikap baik dan sabarnya... Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Anwar.... Semoga Allah membalas jasa baik beliau kerana menjaga jemaah kumpulannya dengan 100% terbaik.
Menunggu flight dan mendengar taklimat |
Dalam flight |
Flight kami adalah charter dari Tiram Travel. Banyak kebaikan mengambil charter berbanding group yang kecil.... Jemaah pada kali ini adalah seramai 350 orang tidak termasuk beberapa jemaah dari agen lain yang menumpang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8jam ++. Kami sampai di Airport Jeddah pada pukul 12++ malam waktu Arab Saudi. Flight kami ok.... makan 2x..... sedap.... puas hati cuma agak sempit dan tiada langsung seat kosong yang boleh ditumpang... hu huuuu huuuu.... penuh.... kami naik NAS Air.... memang puas hati.....
*****************************************************************************************************
Malas nak masuk gambar di Airport Jeddah dengan muka penat..... apalagi nak save ruang kat sini..... maka aku tidak ler masukkan ketika di Jeddah. Sampai Jeddah, bas sedia menanti kami untuk ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 5jam++. Kami sampai di hotel Madinah pada pukul 5.40 pagi dimana bas kami berhenti Azan dari Masjid Nabawi kedengaran. Alhamdulillah. Namun, keadaan masa dan urusan check in hotel, kami belum berkesempatan untuk ke Masjid pada waktu Subuh ini. Bayangkan nak uruskan 350 jemaah, maka mengambil sedikit masa disini. Aku sebilik berempat bersama mak, abah dan tentunya cik suami tersayang. Dapatlah tegangkan badan nie sekejap dalam sejam..... kemudian, kami bersiap2 mandi untuk bersarapan. Pada pukul 9 pagi lawatan @ ziarah dalaman Masjid Nabawi dimulakan. Suhu di sini memang sejuk.... nasib ler baik bawak baju sejuk..... memang sejuk... Alhamdulillah.....
Bergambar sebelum memulakan lawatan dihari kedua trip kami... |
bersama bonda tersayang..... |
Bismillah.... kami mulakan perjalanan pertama kami ke Masjid Nabawi... |
Bersama jemaah-jemaah lain |
Sampai di Masjid Nabawi kami berpisah lelaki dan perempuan. Tempat masuk tidak sama. Maka Mutawif yang bawa kami adalah Ustazah Zai dari kumpulan 3.... Memang juga sangat2 baik.... banyak memberi tunjuk ajar dan panduan.... Terima kasih banyak2 buat Ustazah Zai..... banyak ilmu yang tidak lokek beliau kongsikan terutama pada aku yang pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi. Alhamdulillah. Masuk Masjid kami mulakan dengan solat2 sunat. Sebab pukul 9 kan.... selesai solat ustazah memang nak ajak kami ke Raudhah tetapi waktu itu tidak mengizinkan... masa lawatan untuk kaum wanita telah tamat dan pintu masuk ke Raudhah telah ditutup.... Memang sedih, tapi tetap bersyukur dengan doa semoga akan sampai juga ke Raudhah trip kali nie... Amin. Ustazah telah menunjuk ajar dan memberikan panduan kepada kami bagaimana untuk ke Raudhah. Setelah itu kami ziarah luar Masjid Nabawi. Kami dibawa ke perkuburan baqi'. Bukan masuk ke kawasan kubur tetapi melalui pagar sebab bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Setelah membaca doa kami terus ke Makam Rasulullah s.a.w. Masa nie terasa sangat2 sedih hingga menitis air mata mengingatkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Sedih juga sebab wanita tidak dibenarkan masuk dimana hanya dapat melihat dari luar sahaja. Bila nampak kubah hijau disitulah Nabi kita bersemadi..... sebaknya hati ini..... hanya Allah yang tahu.... Kami bacakan doa bersama.... sampaikan salam dari rakan2 yang pesan dari Malaysia....... sedih sangat2 bila teringatkan Makam Nabi. Nanti ada masa aku share sedikit info yang ada tentang Masjid Nabawi.... Nak buat dalam entri yang lain sebab dah panjang sangat untuk cerita 2 hari ni...... Gambar aku tiada sebab masa nie hset tengah cas.... ini naseb baik cik suami punya bawak bateri spare..... ok... see u next entri banyak gambar boleh aku masukkan....
See you again 4 next entri....wassalam.....
1 comment:
Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.
Anway, bagi jemaah wanita saya suka sarankan untuk menggunakan Tudung Werda SOLAT-READY . Tudung ni sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.
Semoga ibadah kita dapat dilakukan sebaik--baiknya...Insya Allah
Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?
Post a Comment