Urrmmmmm.... diam tak diam rupa-rupanya dah masuk hari ke 8 Umrah kami..... Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Bila mengingatkan yang hari ini adalah Umrah terakhir kami untuk trip kali ini aku berasa sangat2 sedih. Bilalah masanya akan aku dapat kesini semula.... Dapatkah aku ke sini semula....... panjangkah umur aku.... diterimakah segala amal ibadahku sepanjang disini..... semuanya dibenak fikiranku... Ikutkan rasa hati ingin aku lanjutkan masa trip Umrahku ini... belum puas aku duduk di sini... terasa baru semalam kami sampai disini... sedih sangat2.....
Seriusly aku cakap.... ibu mana yang tidak sayangkan anak.... Semua @ ketiga-tiga anak kesayanganku ditinggalkan. Sudah 8 hari aku langsung tidak pernah bersuara @ menelefon Aleesya. bermesej @ telefon akak aku yang jaga Aleesya ada lah.... Bukan aku tak mahu cakap, tapi aku khuatir tetiba dia sebak dan menangis mahukan kami.... Tetapi bujang dua orang tu pulak berlainan, wajib telefon setiap hari......kalau tak telefon mulalah merajuk.... Namun, alhamdulillah ketiga2 anak2 aku dikhabarkan sihat.... tidak menangis dan mereka seperti biasa.... tidak ada mengigau atau apa jugalah..... Dan aku disana, rindu tu memang tidak dinafikan. Tetapi tidak sama dengan keadaanku ketika ke NZ dulu.... 10 hari ke NZ memang tak sabar2 nak balik teringat2 kat Afiq yang ditinggalkan. Tetapi, berbeza kali ini..... aku tenang tanah suci.... sehinggakan aku memang rasakan aku ingin sahaja tinggal disini.... dan sebenar2nya aku rasakan aku ingin sahaja mati disini.... ( Tetapi, aku masih ingin menunaikan tanggungjawabku... masih ingin dipanjangkan usia untuk beribadah.... masih belum cukup amalanku.... belum puas mengasihi anak2ku....Ya Allah panjangkanlah umurku dan semua ahli keluargaku ). Betul, agaknya kalau aku nie dah berusia ingin sahaja aku berdoa begitu...... wallahualam...
Okeylah... panjang beno intro aku
nie... berbalik pada program hari ke 8. Seperti biasa, program dimulakan
seawal jam 7 dan kami juga disarankan terus memakai pakaian ihram.
Tapi, kali ini suami tidak terus memakai pakaian ihram sebab difikirnya
akan ke ladang unta. Maka, harap ada kesempatan di Masjid Hudaibiyah
untuk menukar pakaian ihram....
|
keadaan di Masjid Hudaibiyah. Sumber dari gugel... |
Setelah melawat ladang unta, kami terus ke Masjid Hudaibiyah. Masa nie tangan, kaki dan muka aku rasa macam dah kotor dengan pasir dan unta. Walaupun ada wuduk lagi tapi aku tak puas sebab kami macam berpasir. Maka, aku masuk toilet dan berwuduk semula.... walaupun ramai orang tapi boleh pulak time aku nak masuk toilet tup tup pintu toilet terbuka. Maka, aku ambil kesempatan masuk terus ler... Mak tunggu aku diluar... Mak tak masuk sebab ramai sangat orang.... bila keluar dan berwuduk aku dah rasa agak selesa untuk solat.... tapi sayangnya semua orang dari kumpulan kami sorang pun tak lepas masuk masjid lagi. Pintu memang agak kecil dengan wanita yang sangat2 ramai dari segenap negara semua ada..... Sekali mereka semua rupanya dah pakat tak jadi masuk dan balik semula ke bas... sebab solat sunat tu 'sunat je kan..'. Maka, mak pun kata dah jom ler balik.... Kita niat je kat sini. Maka, kami berniat Umrah disini dan terus naik bas. Sampai di bas, aku nampak akak2 tadi duduk dibas dan solat sambil duduk. Maka, terus aku pun buat perkara yang sama hanya bersolat didalam bas sebab keadaan memang sangat2 tidak mengizinkan.... Masjid agak kecil tetapi jemaah memang sangat2 ramai. Apapun alhamdulillah, yang penting kami dapat berniat Umrah disini. Sampai dihotel lebih kurang pukul 10 pagi... Masih awal. Kami balik bilik, suami hantar beg baju... kami membersihkan diri sedikit dan berwuduk terus ke Baitullah untuk Umrah kami. Sampai di Baitullah, aku dan makabah berpisah sementara dan janji ditempat biasa iaitu Bukit Mar'wah. Maka, kami laksanakanlah Tawaf dan sa'ie kami. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Tetapi Umrah kali ini aku buat dengan semangat.... kerana aku berasa sangat2 sedih kerana inilah Umrah terakhir kami untuk trip kali ini. Aku berdoa supaya segala ibadahku diterima yang maha esa..... Aku puaskan berdoa.... aku puaskan dengan solat sunat dengan khusyuk.... Semoga Allah mengampuni dosa2ku.... Semoga Allah menerima amalanku.... Semoga Allah mengizinkan aku ke sini kembali untuk beribadah.... Amin... Mudah2an.....
Setelah siap tawaf dan solat, aku dan suami agak lama duduk didepan kaabah kali ini.... berdoa.... kami pun terus melakukan sa'ie.... Rupa2nya kami saing mak dan abah masuk ke ruangan sa'ie.... he heee hee.... Maka, kami mulakan dengan niat dan berjalanlah kami perlahan2 dari bukit saffa ke bukit mar'wah sebanyak 7 kali. Apabila pusingan yang ke 3 aku tengok jam dah menunjukkan pukul 12.... alamak sempat ke nie nak habiskan sebelum zuhur?..... Maka, kami tukar gear dan terpaksa lajukan sikit tahap kami. Harap2 sempatlah kami siapkan Umrah kami sebelum zuhur... senang.... Setiap pusingan tengok jam... 12.05... 12.10...12.15...12.20 sebab Azan zuhur lebih kurang pukul 12.30.... Akhirnya, tepat waktu Azan aku dan suami terus mencari tempat untuk ruang rehat @ solat dan untuk bercukur @ tahlul.... Masa nie ler ada anak orang arab tu gunting rambut cik suami dengan cas 20 rial.... selepas siap semua.... Aku dan suami cari tempat untuk solat. Ada yang solat atas batu dsb... tapi aku solat atas mozek sebelah batu... sebab orang dah mulai penuh. Telefon abah... rupanya mereka baru 5 pusingan terpaksa berhenti untuk solat zuhur. Maka, aku janji dengan mereka untuk tunggu di hotel sahaja.
Selepas solat zuhur, aku dan suami terus balik hotel dan makan tengahari. Tunggu mak dan abah tak sampai2... Lama jugalah tunggu. Risau dah nie.... baru nak telefon mereka pun sampai.... tapi masa nie mak tak makan banyak sebab penat sangat katanya.... Iyelah... kesian sangat2.... Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan pada mereka... Amin. aku rasa jemaah paling berusia mak dan abah kot.... tapi nampaknya merekalah yang sihat.... ada yang sebaya mereka sudah berkerusi roda... ada yang hampir lupa... macam2lah... syukurlah Allah bagi mereka kesihatan dan kekuatan.... Alhamdulillah.... Sedih sangat tengok mereka yang telah berusia ke sana.... oleh itu, kita yang masih muda nie jika mampu dan mudah... pergilah..... jangan tunggu berumur baru nak kesana.... sebab, aku tak sangka juga... balik dari umrah tempohari aku berbuallah dengan sorang kakak nie... Umur dia 40an....excited bercerita disana aku tak sangka pulak pandangan dia berbeza.... dia kata... "Kita eloknya pergi umur 60 keatas tu okeylah kan... lepas pencen ke.... bla bla bla...". Uik??.... begitukah?.... terkejut aku dia buat penyataan begitu.... terus aku tutup cerita... Seriusly aku tak sokong langsung pandangan itu... panjang umur... merasalah kita... kalau tak?... wallahualam.....
Lepas makan tu aku banyak berehat... tak keluar pun sedangkan waktu balik hampir tiba. Esook ada taklimat tawaf wida' dan majlis akikah @ tahlil.... jadual esok memang padat.... maka, lepas solat isyak aku kembali tawaf kedai untuk cari barangan2 terakhir kami disini.... Esok kami akan bungkus beg dan jemaah lelaki akan ada lawatan @ ziarah terakhir dibumi Mekah ini.....
No comments:
Post a Comment