Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, March 26, 2013

Umrah hari ke 6

Ja'ranah

Sumber dari blog tajudinms
Hari ke 6 kami ini akan membuat umrah yang ke dua di mana kami akan bermiqat di Ja'ranah. Sebelum bermiqat kami berjalan2 dahulu. Perjalanan hari ini dumulakan seawal jam 7 pagi... seperti biasa.... Alhamdulillah, setakat ini ahli kumpulan 1 semua memang sporting, happy dan tiada masalah. On time.... semangat..... ceria...... Kami dicadangkan supaya terus memakai pakaian ihram dari hotel. Sampai di masjid Ja'ranah kami hanya solat dan berniat......

Jabal Thur
Destinasi pertama kami adalah Jabal Thur. Ianya adalah sebuah bukit yang tinggi, kalau nak tahu sejarah sila klik sini okey!..... Setelah bergambar, kami pun menaiki bas... kami singgah kejap jer adalah dalam 15 minit sahaja. Masa nie, hubungan kami dari kumpulan 1 dah semakin erat... dah macam ahli keluarga sendiri. Seronok sangat2 sampai rasa 'terlupa' seketika dengan kampung halaman. Rasa seronok dan kalau boleh nak tinggal lebih lama disini. 
Jabal Thur
Kumpulan Kami yang happening dan ceria....
Mak cik dari Taman Mawar...  peramah dan murah senyuman....
Kami lagi....
Mutawif yang bawa kami.... Terima kasih banyak2...
 Jabal Rahmah
Setelah melawat Jabal Thur, kami bergerak ke Jabal Rahmah. Yup... aku tahu semua orang pasti tahu dengan Jabal Rahmah dan peristiwa Adam dan Hawa dipertemukan semula setelah terpisah dari syurga beratus-ratus tahun lamanya. Setelah pertemuan itu, lahirlah zuriat dan keturunan yang ada dimuka  bumi ini. Aku pasti bila melihat monumen atau tugu yang ada semua dah kenal atau tahu.... ini pasti Jabal Rahmah seperti dalam drama 80 episode Adam Hawa..... he he heeee.....

Actually, sebelum sampai ke sini Ustaz banyak menerangkan dan menasihati kami. Bagi kaum suami isteri doalah yang betul.... Bagi yang bujang doalah yang baik2.... macam2lah sebab tak mahulah kita tersilap doa ke apa ke..... Sebab ada juga yang balik dari sini, ada yang menambah cawangan lain.... dan macam2lah.... tersilap doa atau apa... wallahualam. Yang pasti, disini juga merupakan salah satu tempat doa yang mustajab. Selain itu, tugu yang ada hanya sekadar simbolik. Janganlah sesekali berniat lain sehingga ada yang menulis nama dan sebagainya. Semoga niat kita tidak terpesong dari mencari keredhaan Allah Taala. Aku dan cik suami tak naik atas.... malas.... cik suami nak aje, aku yang kurang setuju bukan apa.... sebab dia dah berpakaian ihram... naik atas pun bukan ada tangga. Perlu memanjat batu yang ada.... lepas tu ada yang naik ada yang turun. Maka, umrah kami lebih penting.... lepas nie kami nak ke baitullah membuat umrah ke dua. Maka, akhirnya kami hanya bergambar dan jalan2 sekitar kaki bukit Jabal Rahmah. Takut juga tersilap doa... mudah2an doa kami adalah doa yang baik2 untuk kebahagiaan kami sekeluarga.... dan tak lupa walaupun anak masih kecil tetap didoakan jodoh apabila mereka besar kelak. Kita tak tahu umur kita panjang ke tidak.. dapat sampai ke sini lagi atau tidak... maka, walaupun anak2 kami kecil adalah lebih baik kami doakan juga untuk mereka..... Amin.
Sabar jer dengan kualiti gambar nie...
see.... hasil keras tangan aku....
Jabal Nur
Setelah 1 jam lebih berlalu... dan jemaah semua cukup, kami pun berangkat ke Jabal Nur. Sampai di Jabal Nur agak tengahari juga. Maka, kami tidak berhenti lama dalam 15 minit untuk mengambil gambar dan membeli sedikit cendera mata. Jabal Nur adalah sebuah bukit dimana terdapat sebuah gua kecil diatas puncaknya yang dinamakan Gua Hira'. Gua Hira' adalah tempat dimana Nabi Muhammad menerima wahyu dari Allah Taala dan turunnya ayat "Bacalah wahai Muhammad dengan nama TuhanMu...". Setelah mengambil beberapa keping gambar kami pun beredar untuk bermiqat.
Sumber dari google
dari google juga

Mina dan Arafah
Sepanjang perjalanan, kami diterangkan oleh mutawwif dengan setiap tempat yang kami lalui termasuk Mina dan Padang Arafah tempat terminal haji dan lontar jamrah ketika melaksanakan ibadah haji. Kami hanya mengambil gambar dari bas sahaja..... Oooo disinilah mereka tinggal ketika musim haji, disinilah mereka melontar.... disinilah khemah mereka siap ada air-cond lagi setiap khemah.... macam2lah ilmu yang kami dapat. Seronoknya kalau dapat ibadah haji. Mudah2an suatu masa nanti.... ketika aku masih sihat dan kuat dapatlah aku menunaikan ibadah haji pula... Mudah2an.....Amin.

Tangkapan dari bas
dan lagi....

Ja'ranah
Setelah abes semua trip untuk perjalanan hari ini, kami pun ke destinasi Masjid Ja'ranah untuk berniat umrah. Kawasan masjid nie agak banyak menjual gantung2 yang kat kereta tu... kalau kat sini RM10 satu tetapi kat sana dapatlah 3 RM10.... Murah tue... macam2 ada..... Cik suami beli juga sedikit buat kenang2an.... Sampai di Masjid Ja'ranah.... urrmmmm betul2 ramai orang di bilik air. Oleh kerana kami dah berpakaian ihram... tak mahu ler masuk toilet. Akhirnya kami menyorok sedikit dari orang, kami berwuduk menggunakan 'botol spray wuduk' sahaja..... Nak masuk pun penuh sesak kat pintu masuk wanita sebab pintunya agak kecil. Aku masuk terus ke ruang kosong tiba2 mak tak ikut aku dibelakang. Dia bersolat hanya dihadapan pintu.... urmmm... tak per lah... mak ada situ.... aku pun menunaikan solat sumat dan berniat ihram umrah.... Bila aku siap, aku tengok mak dah tiada... "mana mak nie..." punyalah gabra masa nie... terus pusing2 cari mak tak jumpa... terus keluar cari lagi tak juga jumpa... Mak dah ke bas ke?... Mak tahu jalan ke bas ke?... macam2 yang difikirkan. Akhirnya aku tawakal berjalan ke bas dan hampir sampai ke bas aku nampak mak berjalan dengan abah... fuuuhhh... lega... "Aku tanya, napa mak tak ikut aku masuk solat ke dalam sikit... depan pintu ramai orang?... dan lagi kenapa mak tak tunggu As..". Mak kata mak cari aku tak jumpa... ada sedikit nada kekesalan dihatinya seolah2 aku meninggalkan beliau.... ya Allah, jika aku yang bersalah meninggalkan mak... maafkanlah aku.... Aku tak terniat nak tinggalkan mak...  Apapun alhamdulillah, mak tak apa2 dan tahu jalan ke bas.... 

Umrah ke 2
Sampai di Hotel lebih kurang pukul 11.30. Kami masuk untuk bersihkan diri.... kemudian berwuduk dan kononnya nak terus buat tawaf. Oleh kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengahari kami tak sempat untuk tawaf. Maka, kami ambil keputusan untuk melaksanakan rukun ke 2 itu selepas solat zuhur. Maka, dikesempatan yang ada kami makan tengahari dulu..... Kemudian solat zuhur dan kami melakukan tawaf, sa'ie dan bercukur. Umrah ke 2 aku kali nie agak mencabar juga kerana air wuduk aku 2 kali terbatal sementara nak tawaf. Lepas solat zuhur sekali... lepas tu dah sampai depan kaabah pun terbatal dek makan tengahari banyak sangat ke?... So, aku ambil wuduk siap2 sebelum buat tawaf dan sentiasa aku berdoa "Ya, Allah dapatlah aku menjaga wuduk sekurang2nya hingga selesai tawaf". Kesian kat suami asyik menunggu aku amik wuduk je...  Namun, aku bersyukur sepanjang melaksanakan tawaf, wuduk dapat dijaga cuma ada tersentuh cik suami. Tapi, dalam tawaf jika ter'sentuh tak apa.... Maka, hanya doa kupanjatkan semoga setiap ibadahku diterima Allah Taala.... Umrah ke2 ini aku lakukan bersama suami... mak pula dengan abah dan kami berjanji menunggu di bukit mar'wah seperti sebelum ini. Kali pertama kami lakukan ditengah malam, dan kali ini kami lakukan diwaktu zuhur. Agak panas tetapi lantai yang dipijak memang tidak panas... alhamdulillah... (samalah waktu semalam yang kami lakukan tawaf sunat). Ada sumber menyatakan sebegitu disebabkan dibawahnya terdapat banyak sumber air... wallahu'alam.... ini semua kehendaknya.... Dan bagi aku, semalam aku tawaf x pakai sunglass berbeza dengan jika pakai sunglass.... lebih baik pakai jika ada.... wallahuallam... terpulang pada masing2... itu pendapat aku jer.....

Umrah kali kedua kami siap lebih kurang pukul 3 petang. Lebih cepat sebab kami dah tahu laluan dan kami tidak ler berdoa panjang sangat seperti mana baru sampai kelmarin. Masa baru sampai tu kami banyak menunggu  pun ye sebab nak bersaing.... Kali nie kami hanya berjanji ditempat tamat sahaja. Oleh kerana dah pukul 3 maka, lebih baik aku menunggu mak dan abah je di Mar'wah dan dapatlah kami rehat sahaja disini sehingga waktu Asar...... Alhamdulillah... selesai sudah umrah ke 2 kami.....
Tempat perjumpaan @ titik pertemuan kami berempat ( Bukit Mar'wah )
Apapun sekali lagi aku nak ingatkan buat aku dan semua.... Segala cerita aku ini bukanlah untuk menunjuk atau riak atau berbangga atau menakutkan atau apa jualah... Semuanya sekadar berkongsi cerita, ilmu dan panduan bagi mereka yang ingin ke sana... Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jika ada salah dan silap dalam tutur kata, maafkanlah aku. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri.  Dan lagi, harap2nya kita semua tidak lupa..... Sekiranya seseorang individu itu diuji dengan derita, sakit, kesusahan dan sebagainya bukanlah bermakna mereka itu banyak melakukan dosa. Subhanallah.... Allah sahaja yang tahu dosa pahala seseorang manusia itu. Ingatlah.... Allah memberikan ujian buat hambanya kerana (1) Menghapuskan segala dosa2nya yang lalu   (2) Allah ingin menguji iman kita    (3) Allah ingin menggandakan pahala bagi mereka yang beriman.... Kita tidak tahu dimana letaknya kita. Oleh yang demikian mohon dijauhkan daripada berprasangka negatif.... Wallahu'alam....

4 comments:

Winnie said...

Masha Allah. Untung Asmida dapat ke sana. Banyak info yang kite dapat dari post2 ni.

Asmida said...

Alhamdulillah... semoga awak juga akan dapat beribadah disana.... Amin...

ummu aina said...

Puan Asmida..terima kasih berkongsi pengalaman...InsyAllah saya akan ke sana Disember ni...banyak yg saya dapat dari blog ini..terima kasih

Asmida said...

Umairar... Semoga perjalanan dan urusanmu dipermudahkanNya... Amin...

Jom tengok gambo2.........