Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, March 27, 2013

Umrah hari ke 9

Alhamdulillah... Penghulu segala hari.... bertemu Jumaat di Mekah Al Mukaramah.... Syukur atas nikmat dan anugerahnya diberikan kesihatan dan kekuatan lagi.... Alhamdulillah. Hari ini telah diberitahu oleh pihak mutawif banyak program yang perlu dilaksanakan. Program apa tu?.

Bagi kaum lelaki, mutawif kami membawa mereka jalan-jalan di sekitar Kota Mekah. Mereka ke Makam Siti Khadijah ( Isteri Nabi Muhammad S.A.W ) di Maala. Kenapa tak bawak kaum wanita??.... Sebab kaum wanita memang tidak dibenarkan masuk dikawasan perkuburan di sini. Samalah juga di Madinah.... Lagi pulak, mutawif kami hanya bawa kaum lelaki menaiki van yang disewa oleh beliau sendiri. Urmmmm... nak ikut........... nak ikut......... Apakan dayaku.... takkan nak ikut sorang2 perempuan dari 13 orang kaum lelaki?.... hi hi hiiiii..... Mereka dah pergi seawal 7.30 pagi lagi... dan lebih kurang pukul 10 dah sampai hotel semula... dan lagi pihak mutawif dah pesan, sila ke Masjid sebelum pukul 11 sebab Jumaat akan penuh!.... Jom tengok gambar2 mereka....

Sekitar Perkuburan Di Maala
Sekitar Perkuburan Maala
Hah... ini aku kenal baju siapa tu... hi hi hiiiii.... Mutawif kami yang baik hati....
Yang berpagar ini Makam Siti Khadijah
Hanya ditandai dengan batu... tiada nama seperti di Malaysia...
Dan lagi....
Insan yang sentiasa bertakhta dihati.... love u all....
zoom dari dekat Makam Siti Khadijah
berlatarbelakangkan Makam Siti Khadijah
Ahli2 kumpulan 1 yang sangat2 best.....
Mana suamiku?...
Untungnya korang semua...... Alhamdulillah....
Yang ni aku diberitahu lubang yang telah siap2 digali... tunggu untuk di 'isi'...
Takutlah pulak aku.... Semoga amalan2ku diterima Allah... Amin
Tengok lagi dekat...
Eh... 15 oranglah pulak?.. dengar semalam kata 13 orang jerk.. hi hi hiiii...
hai... nak kemana pulak tu?...

Abah nak bawak bas semula ke?...
Siapa2 tak faham baca sila tanya ustazah ye... Aku pun tak faham daaa......


Dalam masa mereka menziarahi perkuburan, aku dan mak bertungkus lumus gigih mempacking barang2 yang tak tahu nak sumbat kat mana lagi.... proses melabel.. menanda beg dsb sibuk dilaksanakan..... Hanya tinggalkan untuk pakaian esok sahaja.... urrmmm.... sedihnya rasa... dah nak balik dah...... :(

Suami dan abah ke Masjid untuk solat zuhur pukul 11 dari hotel. Sekali balik mereka cerita yang mereka tidak dapat masuk sebab dah di halang dengan polis2.... ciannya... ada tak der terpaksa solat dibahagian bumbung. Kalau malam mungkin agak selesa..... tapi dah ini rezekinya terimalah.... Oleh yang demikian, sesapa yang berada disini pada hari Jumaat dicadangkan supaya datanglah lebih awal ye..... Kalau solat di bumbung memang agak kurang selesa di waktu tengahari.... Kesian mereka, dan mungkin dengan sebab suhu maka esoknya abah mulai batuk dan selesema.... Nasib baik dah perjalanan balik....

pemandangan dari atas  pada waktu malam
Aku tak pernah pulak sampai sini sebab setiap kali aku nak naik bahagian atas polis wanita dah tunjuk suruh masuk bahagian tengah... Aku terlupa pulak ada ke perempuan naik atas tu yek?... Suami dan abah ada juga beberapa kali solat dibahagian atas dan banyak juga bahagian lain mereka cuba pergi. Tapi, aku dan mak agak penakut sikit.... Ada 2~3 tempat je diulang2 tempat yang sama.... takut nak explore tempat lain... apa jer kan aku nie... hi hi hiiii....

Selepas solat Asar, kami ada program yassin dan tahlil untuk jemaah Tiram Travel kumpulan 1,3 dan 5. (Hotel yang sama). Ada juga yang membuat akikah sebanyak 6 ekor kambing dari ahli jemaah kami. Alhamdulillah... inilah yang seronoknya jika ke sana dalam kumpulan yang ramai. banyak faedahnya juga.... dapatlah kami makan kambing sepuasnya masa nie... banyak betul..... Selepas solat Isyak pulak selepas makan kami diberi taklimat tentang packing barang, berat lugage, tawaf wida' dan macam2lah yang diterangkan oleh pihak Mutawif kami. Setelah abes penerangan dan taklimat kami pun kembali ke kedai2 beli lagi barang2 untuk kali terakhir... Takut menyesal pulak tak beli lebih2.... Esok, dah tawaf widak kami dah tak boleh beli lagi. Nanti batal tawaf yang kami lakukan..... Okey.... Jumpa untuk hari ke 9 kami... dimana hari terakhir kami di Tanah Haram, Mekah untuk trip kali ini.... sob sob sob......


No comments:

Jom tengok gambo2.........