Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini
Friday, March 27, 2009
FAMILY
Buat anak-anakku....
Tuesday, March 24, 2009
Monday, March 23, 2009
Cuti Sekolah
Berangkat ke New Zealand
(gambar sebelum bertolak ke airport senai)
Bukan aku yang berangkat ke New Zealand... tapi, kakak iparku... Hasnidar dan suaminya..Hanafiah..serta 3 anaknya Mizah, Azie dan Anis... Tahniah buat abang anep coz dapat melanjutkan pengajiannya ke peringkat Phd (yang mana aku rasa x mampu) di Auckland, New Zealand.... Mudah2an Allah mempermudahkan urusannya disana...Actually, aku kenal blog nie pun pasal akak ipar aku lah nie... rajin menulis blog dan last2.. aku pun terikut2.. (tapi, x serajin dia)... Aku buat yang mana aku sempat lah... baca tu sempatlah.. nak buat belum tentu lagi.. Anyway, tahniah buat 'keluarga' kak long kerana berjaya ke sana... (coz kami belom berjaya lagi..). Jaga diri kalian dirantauan, kami disini sentiasa mendoakan kalian sentiasa dibawah lindunganNya dan dipermudahkan segala urusan disana serta beroleh kejayaan dengan segera disana.... AMIN......
(KatAirport Senai)
cahaya mata bonda...
Selepas setahun berkahwin, kami dikurniakan seorang putera yang comel yang kami namakan Mohd Asrul Afiq. Afiq dilahirkan pada Oktober 2003... Afiq seorang anak yang baik... dia sangat menyayangi adiknya.. Afiq juga merupakan anak yang manja...(maklumlah, anak sulung)..dia juga seorang yang penyabar, tekun, dan suka membantu... (Bila aku suruh, insyaAllah dia buat)...rajin, dan tak banyak membantah...
Namun, berbeza dengan cahayamataku yang kedua... Dilahirkan pada Januari 2007. Nama anak keduaku..Mohd Asrul Azim...(Asrul nie tetap ada coz gabungan nama aku dan suami..As+rul).. Azim juga comel seperti abangnye... tapi dia nie agak ligat sikit.. aku pun kadang2 x terhandle dibuat olehnya.... Azim nie suka explorer apa jer yang dia suka... berani, tegas, cepat dan bijak.... emm, nak kata garang pun boleh jugak...tapi, dia sangat manja.. (maklumlah.. bongsu setakat nie).. nak kena layan selalu.... menjadi2.. kalau dilayan.... Dia lah yang selalu mem'buli' abangnye... yang abangnye baik.. x melawan.. tapi nangis.. aduh pening gak kalau mereka nie buat hal berdua... tapi merekalah penyeri hidupku... tanpa mereka, sunyi seketika rumah kami... tapi, bila berdua, jiran2 pun dah tahu.. tu suara mak dia melayan kerenah hero berdua nie.....
Apa pun alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberikanku zuriat yang comel dan bijak... Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh yang sentiasa beriman padaNya... Amin...
Friday, March 20, 2009
maafkan isterimu wahai suami
Assalamu'alaikum wr wb .. Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa '. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut: " Assalamu'alaikum , wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "A! pakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami." Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 1. Banyak beristighfar 2. Banyak bersedekah. Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah: Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, " Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah. ! Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Mas a ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). [Dalam masyarakat kita! kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. Fadhilat beristighfar: a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beri! stighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk: 1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulul! lah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" . 2. Memberi salam . 3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulu! llah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
(*Buat kak long, sorri as copy gambo.. x de gambo ah.. nanti gaji as beli camera eh... )
Friday, March 13, 2009
Kuala Lumpur Ibu Kota Malaysia
Friday, March 6, 2009
SAAT TERAKHIR RASULULLAH S.A.W
Saat terakhir Rasulullah S.A.W
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayang. Pagi itu, Rasulullah S.a.w dengan suara terbatas memberikan khutbah. "Wahai umatku, kita semua ada dlm kekuasaan Allah dan cinta kasihnya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pd kalian, Al-Quran dan SunnahKu. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak org2 yg mencintaiku akan masuk syurga bersama2ku". Khutbah ini diakhiri dgn pandangan mata Rasulullah S.A.W yg tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca2, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam2. Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua", keluh hati semua sahabat kala itu. manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda2 itu semakin kuat tatkala Ali dan fadhal dgn cergas menangkap Rasulullah yg berkeadaaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu seluruh sahabat yg hadir disana pasti akan menahan detik2 berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya Rasullullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yg berkeringat dan membasahi pelepah kurma yg menjadi alas tidurnya. Tiba2 diluar pintu terdengar seorg yg berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi fatimah tidak mengizinkannya masuk.."Maaflah, ayahku sedang demam"... Kemudian ia kembali menemani ayahnya dan bertanya pd Fatimah.."Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, org sptnya bari kali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap anaknya dan berkata "Ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yg memisahkan pertemuan dunia.. dialah malakul maut". fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Rasulullah bertanya mengapa Jibril tidak menyertainya.. Maka, dipanggillah Jibril bersedia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?'..Jibril menjawab "Pintu2 langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu dan semua pintu syurga telah terbuka luas menantumu".
Tapi ternyata itu tidak membuatkan rasul lega.. masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan padaku bgm nasib umatku kelak?". Jgn khuatir, Allah berfirman "Kuharamkan syurga bagi siapa saja kecuali umat Muhammad didalamnya" kata Jibril.
Detik2 semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. perlahan roh rasul ditarik, nampak seluruh tubuh bersimbah peluh, urat2 leher menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini'.. perlahan rasulullah mengaduh. fatimah terpejam, Ali yg disampingnya menunduk dan Jibril memalingkan muka. :Jijik kah kau melihatku hingga kau memalingkan mukamu Jibril?'.. tanya rasul. "Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,"kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yg tak tertahan lagi, dahyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku dan jgn pd umatKu". Badan rasul mulai dingin, kaki dan dada tak bergerak lagi. Bibirnya terketar membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinga.."Peliharalah Solat dan peliharalah org2 yg lemah diantarmu". Diluar pintu tangis mulai terdengar, sahabat berpelukan. Fatimah menutup wajahnya.. Ali mendekatkan lagi telinga ke bibir Rasul yg mulai kebiruan.. "Ummati, ummati, ummati..." dan berakhirlah hidup manusi mulia yg memberi sinaran itu.KINI.. mampukah kita mencintai sepertinya?... Allahumma sholli ala Muhammad...
BETAPA CINTANYA RASULULLAH S.A.W KEPADA KITA... Waallualam..