Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, March 23, 2009

cahaya mata bonda...

Kali ini ingin sekali aku mencoretkan diruangan yang menjadi popular bagiku.. (kerana tiap2 hari aku belek blog.)...adalah prihal keluarga kesayanganku... Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi kerana memberiku suami yang amat baik, jujur, sabar,setia dan ikhlas iaitu Mohd Fairullah Bin Muhammadon. Kami berkahwin pada Disember 2002....




Selepas setahun berkahwin, kami dikurniakan seorang putera yang comel yang kami namakan Mohd Asrul Afiq. Afiq dilahirkan pada Oktober 2003... Afiq seorang anak yang baik... dia sangat menyayangi adiknya.. Afiq juga merupakan anak yang manja...(maklumlah, anak sulung)..dia juga seorang yang penyabar, tekun, dan suka membantu... (Bila aku suruh, insyaAllah dia buat)...rajin, dan tak banyak membantah...

Namun, berbeza dengan cahayamataku yang kedua... Dilahirkan pada Januari 2007. Nama anak keduaku..Mohd Asrul Azim...(Asrul nie tetap ada coz gabungan nama aku dan suami..As+rul).. Azim juga comel seperti abangnye... tapi dia nie agak ligat sikit.. aku pun kadang2 x terhandle dibuat olehnya.... Azim nie suka explorer apa jer yang dia suka... berani, tegas, cepat dan bijak.... emm, nak kata garang pun boleh jugak...tapi, dia sangat manja.. (maklumlah.. bongsu setakat nie).. nak kena layan selalu.... menjadi2.. kalau dilayan.... Dia lah yang selalu mem'buli' abangnye... yang abangnye baik.. x melawan.. tapi nangis.. aduh pening gak kalau mereka nie buat hal berdua... tapi merekalah penyeri hidupku... tanpa mereka, sunyi seketika rumah kami... tapi, bila berdua, jiran2 pun dah tahu.. tu suara mak dia melayan kerenah hero berdua nie.....
Apa pun alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberikanku zuriat yang comel dan bijak... Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh yang sentiasa beriman padaNya... Amin...

2 comments:

Nida n' Hanafi said...

tak terhandle klu semua anak sedara berkumpul..last2 mak juga pening kepala

fairullah_apai said...

hahhahaha.... nie tunggu ejai laks dapat anak

Jom tengok gambo2.........