Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, March 4, 2009

Menghadapi peperiksaan PTK


Saat ini aku sedang menghadapi sedikit tekanan akibat peperiksaan PTK yang bakal menjelma tidak lama lagi.... Bukan apa, selama ini aku tidak merasakan tekanan yang seperti ini kerana aku akan tetap menghadapi peperiksaan walaupun ilmu tidak mencukupi didada.. Tapi kali ini aku berasa berdebar-debar kerana ini merupakan peluang terakhir untuk aku menduduki PTK. KPT telah menetapkan sekiranya kita sudah mendapat Aras 3, kita tidak dibenarkan menduduki exam ini selagi tidak diberitahu.. Aduh, kalau tak dapat aras 4 kali nie, bermakna lepaslah peluang aku nak naik gaji P2..... uhuk..huk..huk... (sedih nie)...

Tak pe lah, ini bermakna kali ini aku kena berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh harapan semoga kemenangan berpihak padaku pada kali ini.... Walaubagaimanapun aku bersyukur pada Allah kerana telah meluluskan Kertas 2 (Khusus) aku pada PTK yang lepas .. Ogos 2008 (Aras 4)... Alhamdulillah... sebenarnya aku pun tak tahu kenapa pada exam yang lepas aku betul2 study paper 2 je.. rupanya ini hadiah dari Allah untuk hambanya yang lemah ini.. Syukur....

Bukan apa, bermula PTK mac ini, DH41 paper 2 dah kena esei... bukan ke lagi susah.... syukurlah aku paper umum.. So, terlepas lagi dari paper esei nie.. lagi susah rasanya... Lagi satu kalau tak lulus PTK 11 Mac ini, berkuatkuasa April 2009.. format dan silibus baru pula lagi lagi.. susah.. coz ada exam, kerja kumpulan, displin dsb.. boleh rujuk www. mohe.gov.my.... Tu yang aku berharap sangat semoga kali ini aku lulus Aras 4.. Amin.. Mak abah restui lah anakmu ini untuk menduduki Peperiksaan Tahap Kecekapan.... Buat suami tercinta dan anak-anakku, doakan semoga mama melepasi exam PTK kali ini ....Amin...

4 comments:

fairullah_apai said...

abang doakan sayang dapat cemerlang dalam PTK kali nie.. study smart, jgn tido je taw heheheheh

Asmida said...

Alamak.. jgn pecah rahsia... malu jerk...Ok x per.. ada masa g nak studi nie... 4 hari lagi.. cayuk!2x

Nida n' Hanafi said...

nasihat dari yang dah dapat 4/4 ni (alamak awat lah kembang idung nih...hehehe), as kena belek gak buku perintah am. nak baca memang x mampu...tapi walau apapun...as boleh! boleh! boleh! (afiq n azim jangan kacau mama tau, t mak long cubit idung yang mancung tu)

Asmida said...

TQ coz bagi advise pd insan yg lemah ini.. (Ceh wah)... InsyaAllah i will try my best.. TQ coz give a support... TQ.. TQ.. TQ...

Jom tengok gambo2.........