Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Friday, March 27, 2009

Buat anak-anakku....

Buat anak-anaku...(Afiq dan Azim....)

Untuk tatapan semua terutama buat anak-anakku yang mama sayangi.... hanya kalian dapat merasakan kasih sayang yang mama rasakan tatkala kalian bergelar ayah dan ibu....
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,..."Oh maafkan saya, saya tak perasan...". katanya pula.."Maafkan saya juga, saya tak nampak kamu..."..Kami bersopan dan saling menghormati, saling melambai tersenyum lalu pergi....
Tetapi, dirumah lain ceritanya.... Bagaimanakah kita melayan orang yang tersayang?...tua.. muda... ibu,....ayah...atau suami kita....... Lewat petang, kita memasak makan malam setelah pulang dari kerja.... Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.... Bila berpaling, aku hampir melanggarnya jatuh, jerkahKu... "Jangan buat kacau kat sini, main jauh2..jangan kacau mama....".
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku..... Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata2ku, sedangku berbaring dikatil sambil membaca majalah, terdengar suara halus membisik.."Bila bersama orang yang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri....tetapi dengan ahli keluarga tersayang... sering dimarah dan dicaci......."Cubalah kau lihat lantai didapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur......Itu adalah bunga2 dibawa untuk kamu, dia memetiknya sendiri.. kunig, biru, merah dan ungu... dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu..." Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu...".
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali... Airmataku mencurah ibarat air dikali... senyap2 aku kebiliknya, dan melutut dikatil...."Bangunlah anakku, bangunlah adik..."...
"Apakah bunga2 ini dipetik untuk mama?...Dia tersenyum..."Adik jumpa di sebelah dan depan rumah di semak..."Adik memetiknya kerana ia cantik seperti mama, mama tentu suka terutama yang unggu.... "Maafkan mama sayang, atas sikap mama hari ini... Mama tak harus menjerkah kamu sebegini....Katanya."Oh mama.... itu tak mengapa... Kami tetap sayang mama melebihi segalanya...."... Bisikku..." Anakku, mama pun sayang kamu.... dan mama suka bunga itu terutama yang unggu...."....

Maafkan mama wahai anak-anakku atas keterlanjuran mama selama ini... Bukan mama tidak sayang... hati ini meronta ingin melihat anak mama menjadi anak yang berguna... Sesungguhnya Mama amat sayang pada kamu berdua... seperti mama2 yang lain... sentiasa menyayangi anaknya... Mama mahu kalian menjadi anak yang berguna, anak yang berilmu dan menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mama jika mama dan papa sudah tiada... sentiasa berbakti pada negara agar mampu menjadi insan yang berguna.......
(Kasih mama x terucap dibibir, sayang mama tak boleh dijualbeli.. )
Buat ibu2, ilmu yang dikongsi hari ini adalah ilmu yang aku dapat pada ceramah pagi Jumaat hari nie yang disampaikan oleh Ustaz Nizam, yang bertajuk "Cara mendidik anak-anak....".Harap ilmu ini dapat kita kongsi bersama...dan dapat dimanfaatkan oleh kita... Amin.


2 comments:

Nida n' Hanafi said...

Kesian juga pada Mizah, Azie n Anis....selalu kena marah ngan ibu dia :-(

fairullah_apai said...

papa pun sama.. tappi memang betul2 sayangkan anak2 kita

Jom tengok gambo2.........