Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, December 28, 2011

Gempa lagi????.....

Christchurch yang sering dilanda gempa bumi

Kesan gempa bumi

Subhanallah....
 Gambar diatas : dari en.google

Berita semalam mengejutkan kami sekeluarga yang sedang menikmati makan malam.... Cik hubby memanggil2 aku didapur..... "As... cepat As.. cepat tengok nie..."..... rupa2nya berita Christchurch digegarkan sekali lagi dengan gempa bumi yang agak kuat..... Ya Allah... tetiba teringat kenangan lama kami di bumi Christchurch pada 21 Jun 2011 yang lalu.... sangat mendebarkan dan sangat menakutkan bila mengingati masa itu......

Ketika kami di Airport Chrischurch
Kenangan lalu..... kami begitu excited sejurus sampai dibumi Christchurch.... di Airport kami disambut dengan bunyi-bunyian burung kiwi diserata tempat... sangat2 menakjubkan. Hanya ucapan syukur tak terhingga perjalanan kami selamat tiba di New Zealand dengan Air Asia.... Sampai di Airport segera aku menefon mak memberitahu kami selamat sampai. Masa tu jam disini pukul 11malam dan di Malaysia pukul 7 malam..... Mak terus menceritakan yang rupa2nya semua penerbangan New Zealand ditutup sebab letusan gunung berapi di Chilie... mak amat risau sebab flight kami sahaja yang dilepaskan ke sana... Ya Allah... baru aku tahu.. patutlah Airport nie lenggang semacam je.. dan kak long juga tak dapat menyambut kami disini sebab dia juga terkandas sebab penerbangan Jetstar dari Auckland juga dibatalkan... Ya Allah.. syukurlah kami semua selamat...... tapi, kami disambut oleh rakan kak long ( Kak Sabariah ) disini.... 

Esoknya, kami dibawa berjalan2.... dibawa ke bandar Christchurch. mukabumi disini penuh dengan gunung ganang yang amat2 cantik... dari kapal terbang dapat lihat salji dihujung2 gunung memutih... sangat2 cantik.... kami dibawa oleh Hanif ( suami kak Sabariah ) mendaki gunung (tapi guna kereta lah) untuk melihat seluruh Christchurch dari atas.... memang sangat2 cantik. Sekali lagi kami teruja dengan keindahan Christchurh yang memang glamour dengan negara paling cantik di New Zealand!.......
Dalam kereta nak bersiar-siar di town Christchurch

Atas bukit... dan bawah gaung yang sangat2 curam...
Selepas teruja dengan kecantikan dan kesejukan disini, tiba-tiba bumi yang kami pijak terasa bergegar.... masa nie aku, mak, anak2 dan suami berada dalam keadaan yang berjauhan antara satu sama lain... Suami + Azim jauh ke atas sebab dia orang nak lalu lereng bukit jugak.. aku memang dah seram tengok tempat curam!.. ngeri beb.... Maka, aku balik dulu nak tengok Aleesya di dalam kereta yang sedang tidur dan ditemani oleh Hanif. Mak mengekori di belakang. Gegaran tadi aku dah terfikir juga... eh, gempa bumi ke?.... lori ke yang lalu kat bawah bergegar2... grrrrrrrrr macam bunyi lori lalu gitu ler gamaknya...... tapi, jauuuuuuh ke bawah jalan raya?....

Selepas gegaran pertama... semua keadaan menjadi kelam kabut ....

Sampai di kereta, Hanif sedang menelefon kak Sabariah bertanya berita... rupa2nya yang bergegar tadi adalah gempa.... masing2 risau sebab di rumah gegaran lagi kuat! Kami di puncak gunung kurang sikit rasanya..... dah, terus ambil keputusan jalan di city jer....

Aleesya yang sedang tidur.. langsung tak tahu apa yang sedang berlaku...

Jetlag lagi nie..... melantak tido..... ada aku kisah?
Sampai dicity, anak2 dah tidur.. pemandangan memang sangat2 cantik... teruja dengan itik yang ada di taman... baru jer turun kereta nak snap gambar, sekali lagi gegaran yang lebih dahsyat berlaku.. jauh berbeza dengan yang tadi!.... Kami berdiri dekat sambil berpelukan antara satu sama lain.... Anak2 aku didalam kereta pun hanya mampu aku lihat sahaja.... TAK BOLEH JALAN!.... bergoyang2 rasa nak jatuh.... Ya Allah, masa nie lutut2 ku tersa terus longgar.. menggigil2 ketakutan!.... gegaran tak lama.. mengambil  masa dalam 3-5 minit sahaja.... tapi, korang tengok ler, kami parking kereta disebelah bangunan!.. bangunan ni dah melentok kekiri kekanan.. lampu jalan tu?... dan berayun2 nak mencecah bumi... subhanallah... Maha suci Allah... pengalaman yang sangat2 berharga yag Allah beri..... bertapa bersyukurnya aku dilahirkan di bumi Malaysia yang tiada banyak bencana Alam...... Alhamdulillah.

Selepas gegaran ke 2 yang lebih dahsyat dan membuatkan lututku terus dan terus menggigil.....
Masa gegaran tu, handset masih ditangan... cik hubby suruh aku rakam apa yang berlaku!... hati dah tak senang masa tue... fikirkan anak2 didalam kereta yang melambung2... bergoyang2... (masih ku ingat lagi bagaimana rentaknya...). Hanya Allah yang tahu..... hati seorang ibu yang sedang menghampiri sakaratulmaut ....... Alhamdulillah kami selamat....  Selepas gegeran berhenti... 1 gambar pun tak jadi nak snap... (bayangkanlah debaran jantung nie dah laju tak fikir apa dah), aku dapat snap 1 keping nie jer kenangan sebelum masuk kereta..... nak balik rumah.... masa nie siren dah bunyi2... kereta bomba sana sini... paip mula pecah... jalan raya mula pecah.... bekalan elektrik pun tiada.... banjir lumpur ( lumpur sebab bekas tapak gunung berapi @ air bawah tanah ) mulai keluar....warna hitam!.... jalan mulai jem. Sampai rumah kami hanya mendengar berita. Duduk rumah sahaja dan mulut tak berhenti dari menceritakan detik-detik cemas tadi.....  Flight semua cancel.... kami juga tak dapat ke Auckland yang sepatutnya flight hari ini.... Akhirnya, kami terpaksa beli tiket baru menggunakan Air New Zealand yang jauuuuh sangat2 mahal harganya... demi keselamatan kami bertekad..... masa tu ibarat keluar mulut naga masuk mulut buaya... kenapa?... sebab semua penerbangan dibatalkan sebab keadaan risiko tinggi gunung berapi diChilie tue.... Masa tu dah redha jer dengan ketentuan Tuhan.... Kalau kami mati sebab gempa .... di daratlah ia..... Kalau kami mati sebab letusan gunung berapi.... di udaralah ia..... hanya doa berpikul2 yang tak lepas dari mulut sampailah kami selamat mendarat di Auckland..... Bila sahaja selamat sampai di Auckland nie terasa macam lepas dari satu bebanan yang amat berat!.... Alhamdulillah... Allah masih panjangkan usia kami..... tapi, inilah pengalaman kami. Kak Long yang duduk New Zealand lebih lama pun belum tentu merasai pengalaman gempa yang kami rasa.... hanya insan yang dipilih Allah sahaja akan merasai.... Mungkin, Allah nak mengingatkan aku yang sering Alpa denganNya....  Semoga diriku insaf dan mengambil iktibar dengan pengalaman ini.......

Nak tahu cerita2 dulu tentang gempa... cuba klik link disini.....

Ngeteh.....

Bersama abang kesayangan.......Semoga hubungan anak2 mama begini ke akhirnya...

Nasi paprik....
 
ye cik.. nak order apa cik?....

Satay lokan.....

Merangkap makan malam sekali yer.. mama malas masak!...

Satay dah sampai.... satay lokan 80sen... ayam & daging 60sen....

mmm.... marvellous....

jemput makan semua.....



candid time.....

Sweet corn pun ada jugak.... he heeeeee.....

** inilah aktiviti kami cuti sekolah.... jalan-jalan cari makan.... sambil dapat jalan2 cuci mata... buang angin ... ambil angin.... makan2 lagi best.... (aduh.. macam mana berat tak mencanak2 naik?) makan.. makan.. makan.... sebab tu azam untuk diet kena bermula tahun baru.... 2012 sebab cuti sekolah akan berakhir...  bila berakhirnya tahun ini, maka berakhirlah musim jalan-jalan cari makan... daaaaaan, aku pun bolehlah memulakan proses untuk diet... diet ... dan diet...... kalau tak, meleleh beb air mata.... jalan2 tak makan... tak lengkap percutian @  jalan-jalan tue..... hu huuuuhuuuu....

** Gambar2 diatas adalah gambar pada 2 minggu lepas kami mengeteh di Hong Kong.... ops.... KONG KONG!...  saje2 jalan2 minum petang konon... last2 nie ler kami.. ter'order makan jugak....  tetiba teringat pulak ceritera cik bunga kat sini ada satay lokan... Maka, aku juga mencubanya.... tak pulak liat seperti yang diceritakan tapi.... lagi sedap ayam dan daging dia ler.... ok.. sapa2 yang belum cuba.... bolehlah mencubanya disana... disanaaa.. diiii saaanaaaaa........

Tuesday, December 27, 2011

Water Park School Holiday....Tiram

Hanya ke sini pada Chrismasday yang lepas setelah keboringan dok rumah.....

Beli tiket dulu... Nasib baik ada baju sebab konon2 nak balik AT5....

Mula2 cengini..... keringkan?... keriiiing.... semua x nak layan dak nie mandi...

Tunggu abang long dan abang ngah jer mandi.. ramai gilerssss orang...

Tunggu bebudak nie mandi ... hu huuuuu

Akhirnya papa kena gak join sebab Aleesya dah merengek nak mandi....
 
Bolehlah.... dah x der Water Park yang terdekat kan....
 
Mandi puas2 yer anak2 mama.....
 
layan kan anak2....

last2 papa pun kena mandi gak layankan bebudak nie...


Keriiing dah jadi basaaaah..... yeaa haaa....

dah puas mandi makan pulak....

Di Kota Tinggi
 
2 set medium pizza ... habisss....

Nampak tak?... dia asingkan feberet cheese dia... ha haaaa hahaa...

Info2 tentang Diet.....


Penurunan Berat Badan

  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .

Objektif Pengurusan Pemakanan

  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori. 
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
·  Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
·  Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
·  Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
  1. menggunakan sedikit minyak semasa memasak
  2. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
  3. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
  4. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat

Indeks Jisim Tubuh ( BMI )

Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .
Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.

BMI =
 
     Berat (kg)         
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda adalah
Anda adalah
Kurang daripada 18.5
Kurang Berat Badan
18.5 hingga kurang 25
Normal
25 hingga kurang 30
Berlebihan Berat Badan
30 atau lebih
Kegemukan / Obesiti

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan

  • Saranan Pengpagibilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
  • Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengpagibilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
  • Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

Contoh Menu 1200 kkal

Sarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
  • 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh)
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1 mangkuk sederhana sup sayur
  • 1 keping ikan tenggiri kukus
  • 1 biji limau
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
  • 3 keping biskut krim kraker
  • 1 gelas air kosong
Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1/2 cawan kailan tumis
  • 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
  • 1 potong tembikai.
  • 1 gelas air kosong

Contoh Menu 1500 kkal

Sarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
  • 1 mangkuk sederhana mee hoon sup ( 1 cawan mee hoon ) + 1/2 cawan sawi + hirisan ayam
  • 1 cawan susu rendah lemak
Minum Pagi
(10.00 - 10.30 pagi)
  • 1 keping roti mil penuh
  • 1 gelas air kosong
Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh )
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1/2 cawan bayam tumis
  • 1/2 cawan salad
  • 1 keping ikan merah kari tanpa santan .
  • 1 potong betik
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
  • 1 keping popia basah
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
  • 1 keping capati
  • 1/2 cawan ( dhal + kacang panjang + kentang )
  • 1/2 cawan bendi tumis
  • 1 ketul peha ayam tandoori
  • 1 potong tembikai susu
  • 1 gelas air kosong

Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas

  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur. 

Friday, December 23, 2011

Aku kurang sihat.....

Gambar ehsan en.google





Semalam aku dah mula pening, loya2 rasa nak termuntah..... bukan sekadar tu aje.. perutku mula sakit2 menyucuk2 ditambah juga sakit seperti cirit birit..... Aduh... teringat masa ngandung2 dulu.... bila terjadi seperti ini... seriau meningati kisah silam..... x nak mengandung lagi rasanya... 

Tapi,
ini bukan pasal aku mengandung ke apa..... masa hari Rabu tue aku just makan prosperety kat Mc'd jer..... petang dah mula lapar. Malam nak jugak nasi, tapi perut nie dah tak tahan lapar, sebu, pedih perut lapar yang amat. Then, Khamisnya (semalam) perut aku, kepala aku.. tekak aku semua buat hal...  aku just bersarapan lontong kering jer.. tenghari aku balik rumah kejap just tido sebab x tahan pening kepala!.... Malam tadi juga balik dari keje aku melatak terbaring lagi .... Nasib baik cik hubby memahami... dia yang masak untuk dia dan anak2... aku dah x boleh bangun dah..... adeeeh lah hai..... Maknanya semalam, seharian aku x makan.......

Pagi nie, alhamdulilah rasa pening tu dah kurang tapi perut nie pulak rasa lapar.... aku letak minyak angin banyak2.. ah lantaklah orang bau minyak angin.. yang penting perut aku rasa lega.... rasa pening dah kurang tapi x larat lagi nak melakukan kerja2 seharian.....

Maka,
pada pendapat aku.... semua yang berlaku sebab 'masuk angin'.... macam mana nak diet?... baru berlapar sikit perut dah pedih terus masuk angin terus penyakit lain yang datang..... owh diet... bilalah aku boleh diet?..... dari aku sihat sebab makan terus x jadi keje bila perut lapar.... huhuhuuu...... 

Semoga perut, kepala dan tekakku boleh manahan semua dugaan2... Semoga aku dapat diet... tinggal seminggu jer... ha haaaaaaa hahaaaa..... Nak diet tahun depan!..... Papa dan Afiq juga yer...... hope success!..... ( Buat cengini sebab nak semangat datang! )

Wednesday, December 21, 2011

Pengiystiharan Politeknik Ibrahim Sultan

Layan gambar-gambar jer lah kali nie... Sekitar Majlis pada 15.12.2011
geng2 di JKE...... enjoy!.......


Di Khemah Pameran @ Galeri Projek Pelajar2 PIS

Kenangan gambar bersama YB. Dato' Abdul Ghani Bin Osman

Khemah galeri pelajar-pelajar


Sibuk nak jugak bergambar dengan kereta Sultan Johor

Majlis Pecah Tanah... Respect giler kat Sultan sebab pandai bawak jengkaut nie...

Sangat2 mesra rakyat.....

Sultan Johor

Anakanda Sultan Johor

Bersalaman bersama rakyat jelata..

Nak bergambar dgn Sultan x dapat.. dapat sipi2 pun jadik ler... (Belakang kemeja putih tue)

nak jugak bergambar disini...... yeah!...

wat tak malu jer... bila lagi nak bergambar cengini?.. korang ada?.. he hheeeeee

Jom tengok gambo2.........