Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, November 23, 2011

Keputusan sudah dimiliki

Aku sangat2 suka dengan sistem baru ini dimana ibu bapa boleh menyemak keputusan anak2 mereka melalui laman web... senang aku nak pantau.... he he heeee..... macam nie ler paparan dia setelah kita masukkan no IC... boleh tengok keputusan dan markah keseluruhan...... bagus2...



Inilah keputusan Afiq @ Abang Long @ Anak yang mama sayang........  Nanti bila Afiq dah besar Afiq boleh tengok sendiri pencapaian Afiq disini..... Bagi reader yang lain keputusan ini bukanlah tujuan untuk aku menunjuk2 @ bangga diri @ rendah diri @ sewaktu dengannya.... tiada kaitan langsung! ini adalah blog pribadi aku yang semata2 tujuannya untuk paparan untuk aku dan anak2ku suatu hari nanti... Agak2 kalau dalam hati dah ada rasa sikit perasaan 'lain' tu leib baik tutup sebab aku pun tak suruh korang baca.... kalau nak baca dipersilakan .... terpulang......harap jangan dijaja cerita yang negatif sudahnya... itu dah lain jadinya.....

Berbalik pada keputusan Afiq untuk Akhir Tahun 2011..... Aku 'tak boleh' marah sebab masa periksa :
1) Afiq demam
2) Aku tak guide dia langsung untuk exam
So, aku tak boleh menyalahkan dia 100%.... itu yang mampu dia buat apa lagi dalam keadaan demam.... Afiq dapat 1B  sahaja dalam Exam kali ini... iaitu BI!.... PJ, Muzik, PI atau PS semua dapat A... Alhamdulillah.... 

Pasal harapan mama kat sekolah agama juga kecundang.... tapi seperti yang mama cakap mama tak marah.... jangan keputusan @ markah teruk itu memang mama marah.... Afiq dapat no4 dalam kelas.... masih belum ada rezeki lagi untuk melihat Afiq naik ke pentas untuk tahun 2011... Aku tanya no 1 lelaki ke perempuan?... dia jawab 'perempuan'... no 2?..."perempuan".... No 3?..."Perempuan" jugak... hai hai hai......  tu ler.... banyak no main.... susah nak ngadap buku.... semoga Tahun depan Afiq dapat yang terbaik seperti yang mama harapkan......
Cerita tentang keputusan lagi... Aku baru jer sejam yang lepas menyiapkan jumlah markah pelajar2ku.... alhamdulillah kali ini ada yang dapat A- (first time tau) iaitu Mohd Ikhmal - DEP1D... Tahniah... dia juga markah PB paling tinggi... dan markah final paling tinggi... cukup membanggakan aku.... yang lain?...... sedikit kecewa kerana...... Biasanya dalam subjek aku ada 2 @ 3 orang sahaja yang gagal... tapi kali ini!... 6 orang gagal...... cukup2 menyedihkan aku..... Padahal aku siap janji dengan budak DEP1D, siapa dapat A jumpa aku tuntut hadiah.... tak nak jugak sahut cabaran tue..... aku tahu Ikhmal cuba buat yang terbaik... tapi, tak dapat A (4.00) juga.... Tak per lah.... apa yang dimiliki itu juga akan dibawa hingga ke semester ke 6... Semoga anak2 didikku semakin cemerlang dimasa akan datang..... Amin...

No comments:

Jom tengok gambo2.........