Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, November 1, 2011




Majlis PRS Nite


Atas rasa tanggungjawab dan keihklasan diri, aku gagahkan diri membawa anak-anak ke Majlis PRS Nite pada Khamis, 27 Oct 2011.  Kebiasaannya Cik Hubby sahaja yang akan pergi ke Majlis seperti ini terutama yang melibatkan waktu sekolah dan waktu malam. Oleh kerana kali ini undangan bertalu2 dari Ketua Penyelaras Bimbingan Kaunseling Kerjaya (PBKJ) dan Cik Hubby yang rela membawa aku dan anak2, maka aku pun sampai juga ke majlis ini untuk semester ini. Sebenarnya rasa malu kalau reramai sangat ikut ke Masjlis yang agak formal ni... (terasa macam dah ramai sangat anak aku nie... ha ha ha haa.....). Tu yang aku rasa berat nak ikut. Aku rela jaga anak2 dirumah sahaja. Tapi, kali nie... entah ek... tengokkan jerlah kalau orang nak kata apa... Tapi aku tak dengar pun mereka berkata2, aku jer yang perasan sendiri... he heheeee......


 Yang nie adalah ahli2 meja aku..... ada gak geng Aleesya kat sini tapi Aleesya datang2 dah menunjukkan tanda2 mengantuk!... diam minta dipangku aje.... hu hu hu.....

  Akhirnya dia pun Zzzzzz...... Zzzz.....Zzzz....


Sebelum meninggalkan Restoran Baiduri, PJB... Kami mengambil gambar kenang2an...... Terima Kasih buat Pegawai Psikologi PJB coz sudi menjemput saya selaku PBKJ JKE, juga buat ahli2 PRS (tapi rasa ramai yang aku tak kenal kali nie). Kalau batch yang lepas2 aku lebih rapat dan mesra. Mungkin kerana batch lepas cik hubby juga rapat dengan mereka. Opsss... jangan pula tak tahu yang secara kebetulan tugasan sampingan aku dan cik hubby sama..... cuma jabatan jer yang berbeza.... he heeee heee....

No comments:

Jom tengok gambo2.........