Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, May 10, 2012

Ditinggalkan............


Kekanda di Medan Perang....
 Adinda di Medan Seni.....
 Sama-sama BERJUANG... 
Sama-sama BERBAKTI... 
Pada Ibu PERTIWI....
 la la la la laaaa........

Setelah ditinggalkan sejak Isnin yang lalu hingga Sabtu ini (selama seminggu), kami sama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul. Mengapa dia pergi dan mengapa aku ditinggalkan?... masing2 punya alasan dan sebab yang munasabah............

Actually, cik hubby berjuang mengikuti lawatan dan sumbangan dari PUSPANITA ke Cambodia. Bukan saja2 jalan2 nak melancong tetapi berjuang membantu masyarakat Islam disana dan menghulurkan sumbangan yang telah disediakan lebih awal di Malaysia. Memula, lebih kurang sebulan yang lalu cik hubby telah ke Politeknik Metro menghantar barang2 melalui lori PIS dan telah ke KPTM menemui KP menghantar laporan dan kertas kerja ke Cambodia. Rasanya, masa nie dia seorang sahaja ke sana bersama driver.... cian cik hubby. Tapi, cik hubby tersayangku ini lain... dia jenis tak kisah... seorang pun boleh hidup... campak kat mana pun boleh hidup... tu yang ramai yang yang berkata2... PUSPANITA pun dia boleh join..... itu kelebihan yang ada padanya.... (Bukan senang yer nak punyai sikap seperti ini.... aku? jauh sekali sebab aku nie lebih pemalu orangnya... auuwwwww).

Misi menghantar barang sumbangan untuk dikumpulkan di Politeknik Metro, Kuala Lumpur.
Kemudian, minggu lepas ke Politeknik Metro sekali lagi atas Majlis Perasmian bersama KP dan bahagian Pengurusan KPTM. Actually, sebanyak 3 buah politeknik Metro menghantar beberapa pelajar dan staf untuk program ke Cambodia. Setiap Politeknik tu adalah dalan 30 orang. Manakala PIS adalah dari kumpulan PUSPANITA. So, jumlahkanlah kalau ada 3 buah Politeknik. Dalam 100 orang peserta Misi ke Cambodia ada ke sana.... Itu information yang aku tahulah... kalau silap harap maaf dan boleh di komen..... hi hiii hiiii..............


Ketika Majlis Perasmian bersama KP minggu lepas....
Hah.... lihatlah, sebelum ke Cambodia dah berapa kali ditinggalkan.... itu projek Cambodia... projek lain cik hubby lum kira lagi tue.... memang cik hubby aku nie "suka sangat" buat @ join program2 cengini. Tak boleh dok diam... padahal keje kat opis memang tak terhitung dah melambaknya..... tak dan aku nak join buat masa2 nie....

Adakah cik hubby tak ajak aku kesana?. Memanglah, ikutkan hati memang nak ikut.... TETAPI banyak alasan munasabah yang patut aku fikirkan kebaikan dan keburukan apabila ditinggalkan....
1. Pelajar2 Politeknik sedang exam... maka, sibuk menyiapkan markah dan analisis pelajar buat masa nie.....
2. Anak sulungku sedang berjuang dalam Exam di Sekolah Agama. Siapa yang guide dia kalau aku ikut kesana nanti????.... Bolehkah dia belajar sendiri?... (kena paksa baru nak belajar taw...)
3. Anak-anakku siapa yang boleh jaga selama SEMINGGU?... Sanggupkah ibu atau pengasuh (kakakku) nak menjaga anak2ku sepanjang siang dan malam?... Bangun malam buat susu Aleesya?... Kalau mereka sakit, sanggupkah mereka melayani kerenah anak2ku?... Seminggukan lama... sebarang kemungkinan boleh berlaku.....
4. Siapa yang nak hantar anak2 ke sekolah?.. Siapa yang nakambil anak2 dari Taska?.... Takkan nak susahkan orang lain semata2 kita nak bantu orang lain?... Tak ke menyusahkan tu namanya?.....
5. Tahun nie banyak sangat cuti2 apa lagi keluar negara. Takut ada timbul pelbagai spekulasi yang tak baik dari mata orang lain. So, tak naklah berita tak baik ter'dengar2 dari telinga aku nie....

Okeylah, itu antara sebab munasabah kenapa aku tak join. Ikut hati ini memang nak sangat join sebab aku nie pun jenis suka tengok negara orang dan mencari pengalaman baru. Tapi, apakan daya.... biarlah cik hubby seorang kesana... Dia lebih layak.... dan sangat layak..... Apa2pun harap2 cik hubby faham keadaanku bila aku ditinggalkan dalam keadaan sebegini. Bukan senang nak handle anak2 yang masing2 punyai tanggungjawab yang berat buat masa ini. Aku nak hanle anak2 lain, rumah, kerja, abang long nak exam dan macam2 lagi. Abang long nie pulak, kalau dia boleh belajar sendiri tak apa, ini kena guide dan duduk sebelah... aku hilang kejap jer dia dah buat keje lain, dah start main...macam2lah.... pening2.... Kalau time dia dah bukak buku pulak, Aleesya buat hal nak juga buku abang long dia... dah menangis2.... urrmmm.... Hanya Doa mampuku titipkan agar anakku diberi petunjuk dan hidayah ketika menjawab peperiksaan nanti.... AMIN.

saja2 nak paste sedikit info dari PAPA tercinta

Semalam, ribut dan petir yang amat kuat. Masa tu aku masih di Opis. Balik rumah dah pukul 6.30petang.... Keadaan dah gelap... On lampu tak hidup2... On lampu dapur pun sama... Jenguk rumah jiran sebelah, "eh, ada karen ke tak nie".. terus telefon gee sebelah rumah sebab masa tu masih hujan kat luar... Malas nak keluar. Rupa2nya ada karen... Gee pun datang rumah tolong tengok2kan... sama2 godeh2 "db" naik turun naik turun x boleh jugak.... last2 call adik Gee yang juga sebagai wireman. Minta tolong dia datang dari Flat sebelah ke rumah aku.... Check punya check fius problem... then betulkan dan aku bagi upah sikit. Bila dia dah balik, aku pun siap2 kan anak aku nak gi ngaji.... Masak lom lagi nie... Makan lepas ngaji jer lah sebab dah lambat. Lepas Afiq mengaji aku pula siap2 mandi dan masa nie lah baru aku nampak bilik aku habis hangus kena petirlah tue.... Hangus 3 tempat semua kat arial TV atas... Plug pun tak boleh pakai.... suis ter'on lagi masa tue.... Aku pun tak tahu apa cerita TV dan kipas tue... ok ke tak ok... huh!.... Dinding rumah pulak ada berlubang dan hangus dan pecah... maka berteburlah batu2 kat lantai... dugaan... dugaan..... Lepas siap2 mandi cecepat aku cuba hidupkan air cond... Sebab masa mandi tu macam2 pulak terfikir kat kepala otak aku nie..... Nasib baik masih okey..... check kat bilik Afiq.... TV, kipas, lampu, PS2 semua nampak ok..... harap2nyalah..... Then, turun bawah... bukak TV bawah, astro semua tak boleh On!... aduh!..... masalah2..... arial TV atas dah kong.... Astro tak boleh guna juga.... senyap sunyilah rumah aku.... Then, aku tunaikan tanggungjawabku memasak demi anak2 tersayang..... Masa makan, nak On kipas dapur pun tak boleh hidup.... Apakah?... mengapakah?.... Owh... dugaan buatku sekali lagi...... Maka, kami makan dengan limpahan peluh malam tadi... hu hu hu huuuuu........................ Apa harus aku buat?.. Nak panggil lagi ke adik gee semalam? Macam malu..... Nak aku godeh ke "pb" tu?.. tahu tapi tak kompiden.... Nak tunggu cik hubby balik ke?... Lama tu sampai sabtu?... Takkan aku nak bersunyi kat rumah pulak?.... TV atas pun problem... bawah pun problem... cuma bilik Afiq je aku belum cuba lagi.... sebab TV tue untuk PS2 dia... Arial boleh ke?... Sebab arial bilik aku bersambung arial bilik Afiq... kompom sama2 masalah!.... aisshhh..................... PAPA!.... Cepatlah balik...... bertambah boringlah macam nie.... nak ngadap laptop, aku tahu dah.... ada yang tukang tekan lain, tukang tarik lain, tukang cabut lain... urrrmmmm tak keruan jadinya nanti...... Maka, harap2 aku bersabar  atas dugaan ini. Dugaan tatkala ditinggalkan suami..... Namun, amat bersyukur sebab aku tak bergelap malam tadi... he heee heeee hee......

Buat suami tercinta, semoga sihat2 selalu, dipermudahkan segala urusan disana.... dan mendapat keberkatan yang maha esa. Jangan lupa isteri dan anak2 disini. Kami SETIA menunggu kepulangan PAPA tercinta disisi kami dengan selamat, sihat dan ceria.... Kami RINDU & SAYANG kat PAPA....  seperti kata Mia.... PAPA I love U... he hehee heeee.......

Info terkini dari laman web PIS

No comments:

Jom tengok gambo2.........