Hari terakhir untuk trip kali ini ke KK. Konon2 pukul 9 nak keluar nak ke Muzeum dan terus check out. sekali cik hubby nak tunggu kawan dia dari Poly KK kata nak datang. Alamak! Pidot nak datang.... Malam tadi kelmarin mereka sekeluarga datang aku tak keluarkan apa-apa pun. Dok borak2 jer... Masa tu otak aku tengah ting tong... yang mak dan abah pun pening2 sebab baru turun dari Kundasang tu...... Malam tu pun aku just bungkus jer makan kat rumah.... Abes tu, aku pun tak tahu lagi apa ada kat dapur... barang2 kat mana tu yang malas nak mencari aku dok diam pasal menu dan kami just borak2...... So, bila Cik Hubby kata dia nak datang lagi tu yang aku prepair masak2 sikit cover balik malam tue..... Tunggu punya tunggu sampai gak pukul 11pagi... Makan2 last keluar dari rumah dah pukul 12tengahari. Tapi planning nak ke Muzeum aku tak luah kat sesapa sebab semalam kan dah sampai, maka kalau ada masa nak gak ke sana semula. Nie tengok macam tak sempat tu yang aku diam jerk..... Lepas tu cik hubby dah janji dengan Kak Siti pulak nak ke rumah dia..... Kak Siti dan Pidot nie, kedua2nya pernah berkhidmat di Poly JB dulu dan kena tukar ke Poly KK atas kenaikan pangkat..... So, Pidot menunjukkan jalan ke rumah Kak Siti pulak........
kenangan bersama rakan ex-opis cik hubby yang bertugas di Poly KK sekarang.... |
Dalam pukul 12.30 kami dah sampai rumah Kak Siti. Sampai2 dia pelawa makan tengahari lagi kat situ.... pergh.. perut baru jer diisi... orang dah ajakkan... laun pun nampak sedap ada kari kepala ikan merah lagi tue... Maka, aku pun tak melepaskan peluang menjamah semua menu yang disediakan. banyak betul lauk kat rumah Kak Siti... Terima kasih banyak2 sebab menjamu kami sekeluarga.......
Lepas makan dalam pukul 1.30 tengahari, aku pun blah sebab kena pulang kereta jam 3. Si A yang kami sewa kereta tu tipu kami.... konon asalnya boleh pulang pada pukul 5petang dengan harga yang dijanjikan... tiba masa, dia kata kalau nak pulang jam 5 kena tambah RM.... urrrmmmmm RM lagi.... Malas nak tambah RM... Maka, janji perlu ditunaikan........
Sebelum pulangkan kereta kami singgah ke PKK untuk ambil2 gambar sahaja... aku pun tak turun sebab kat luar panas... Afiq dan Cik hubby jer yang keluar saje2 nak tengok keindahan Poly KK. Mana ler tahukan suatu hari nanti kami kena pindah randah, maka kami dah tahu kedudukan Politeknik di setiap Negeri. Masa ke Kuching dulu, kami siap masuk dalam lagi. Rakan classmate masa di ITTHO (En. Gadaffi) membawa kami ke Opisnya di JKE, Poly Kuching.
Kenang-kenangan di Pintu masuk Poly KK |
Kemudian, kami set ler GPS nak ke Airport. Sekali jer dia bwak kami ke Airport apa entah aku pun tak tahu... lain jer dari yang kami sampai dulu... so, cik hubby pun tanya ler orang situ... ini tempat Air Asia ker?... Sebab, kalau kat KL kat lain2..... KLIA lain dan LCCT lain terminalnya..... Kira gitu ler juga kat sini kot?.... So, kami pun hala ler ke Tanjung Aru seperti yang encik tunjuukan jalan tadi cakap. Alhamdulillah, sampai jer kat Airport tepat jam 3 petang... kemas2 kereta dan barang2 kami pun menunggu flight yang sepatutnya membawa kami pulang jam 6.40 petang nanti... hu hu uuuu... lama gak nak tunggu tue...
Main game jerlah nak layan sampai pukul 6 petang.... |
Naseb baik dak nie okey..... |
Cerita tentang Aleesya, balik dari Hot Poring tue malam tu dia mula demam..... Agaknya dia kalah kot mandi kat situ... Nasib ler demam sehari.... dan nasib ler aku dah pulih dari demam... sepanjang disini aku sihat.... syukur Alhamdulillah. Cuma Aleesya jerk..... Malam yang kami lepak tu dia mulai panas.... maka, masa kami beli makanan tu kami singgah farmasi beli uphamol. Naseb ler baik esoknya dia dah okey...... dan naseb baik walupun dia demam dia tak meragam... urrrm.........
Sementara menunggu jam 6, anak2 sibuk berlari sana berlari sini... aku dah lantak dah biarkan jerlah mereka..... beli aiskrim... beli sandwich... beli air tin... dah tak der keje kan..... Akhirnya, jam 6.15 mereka dah benarkan kami masuk kapal terbang!.... Serik!... teringat2 masa nak ke KK dulu.... berlari2... lagi 5 minit nak berlepas kami masih di kawasan Kastam.. bayangkanlah..... nasib... nasib tak kena tinggal!.... kali ini.... hah 3 jam kami tunggu kapal terbang taw!...... ha ha hhaha haaaaa haaa..... Macam nak international departure jek..... ngeh ngeh ngeh......
Aktiviti mereka sepanjang 3 jam disini..... |
Menu semasa pulang...... masa pergi Nasi Cheese?.. gitu ler... tapi x sedap.... hi hii hiiiii.... biskut dia sedap ler... |
Nasi Lemak Pak Naser jugak yang sedap..... |
Okey... aku, aleesya dan mak duduk belakang... tu yang tak dapat amik gambar..... Selera jer kami makan sebab penat menunggu tadi kat Airport.... Sampai Senai jam 9.00 malam..... dan sampai Di PG dalam pukul 10mlm..... Singgah ngeteh @ abah dan cik hubby jer yang makan... yang lain just minum..... dah ingat bantal jer masa nie........ Alhamdulillah, selamat sampai rumah jam 11 malam. Percutian yang amat menyeronokkan... InsyaAllah, ada rezeki aku nak ke KK semula sebab tak puas jalan......... mudah2an akan ke sana semula suatu masa nanti.... babai.....
No comments:
Post a Comment