Hari ini merupakan hari terbuka bersama ibu bapa di Sekolah Afiq |
Salam buat semua.... Hari ini masih berkursus PIC sekitar PIS sahaja..... Actually, sepanjang semester pendek berlangsung banyak kursus, seminar, bengkel, mesyuarat yang aku hadiri. Iyelahkan, kalau semester biasa dah bermula semua kerja2 nie tak dan nak buat!!... Masa nie ler kita rebut peluang laksanakan semua kerja2 tersebut!!... sampaikan kelmarin aku menghadiri mesyuarat agung kelab kebajikan staf PIS boleh pulak aku ter'lantik jadi Biro Kebudayaan & Sosial cadangan dari Kak Fazida Akhtar dari Jab. Matematik.... "Kak... Actually akak lebih layak dari saya pegang jawatan tu tau.... daannn ramai lagi yang lebih layak...". Entah ngek?... perasaan bila dapat jawatan tu memang hati ingin mencuba tetapi KOMPIDEN tak ada sebab memikirkan sempat ke aku nak menambah tugas sampingan lagi sedangkan tugasku di Jabatan pun sudah bertimbun2... ada ke masa nak handle benda baru apalagi diriku yang 'tidak pernah' membuat apa2 program sepanjang bekerja di PIS.... Apapun, atas dasar kepercayaan dan sokongan mereka yang telah mengangkat tangan dan mengundi aku... maka, aku perlu percaya dan cuba melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.. insyaAllah.... Mudah2an Allah permudahkan segala kerja2ku... AMIN...
Berbalik dengan cerita hari terbuka Sekolah Afiq, seawal pagi jam 7.45pagi aku dah ke sekolah. Pukul 8.30pagi dah start kursus.... Tu yang pepagi dah pergi tu..... Hati ini berdebar2 nak mengambil keputusan Afiq!!.. Maklumlah Afiq dah darjah 3.. bukannya Tadika.... memang hati seorang ibu sangat mengharap keputusan yang cemerlang dari anak2nya..... Ingat lagi tahun lepas, aku sangat2 kecewa dengan keputusan Afiq.... Aku sungguh2 mengajar... target aku 95% keatas untuk semua subjek.... tetapi, ada 2 subjek dapat 95% kebawah.... memang kecewa... dan Afiq tidak mendapat nombor 1,2 atau 3 di kelas Darjah 2C2 lalu..... Masa tu aku yakin Afiq boleh tapi aku yang 'over' sedih.... sejak tu, aku tak pernah mengharap lagi keputusan yang amat cemerlang dari anak2... sedih sangat rasa macam orang putus cinta.... frustttt giler!.. Akhirnya aku percaya, semua ini adalah kemampuan dari anak2.... dia juga telah cuba yang terbaik..... Tapi kelemahannya pulak, sejak peristiwa itu.... aku malas nak ajar bersungguh2 lagi dah.... dia nak.. dia kena belajar... aku malassss nak paksa2 dah... penat bebel... penat marah... hati sakit.... kepala pening... 'ko nak berjaya kena belajar... tak belajar ko yang malu...". Maka, sejak itu Afiq banyak belajar sendiri.... cuma aku pastikan sekurang2nya masa nak periksa dia ada buka buku!!.... Kalau dulu aku guide... paksa buat latihan... aku tanda dan sebagainya... kini dia baca buku sendiri.....Mama dia just pantau... kalau tak faham tanya.... kira aku nie pulak yang makin malas.. makin tak ter'motivasi.... sebab hati aku memang frust sampai sekarang tau.. lagi2 kalau dah sungguh2 ajar dapat keputusan teruk!!... lagi frust!.... teruk2.... Apapun Mama akan cuba motivasikan diri mama sebaik mungkin..... Mama cuba menjadi mama yang terbaik untuk anak2 mama.... dan mama harap anak2 Mama tidak menghampakan mama lagi ye sayang........
Keputusan pertengahan tahun Darjah 3 |
Okey... kat atas tue ler keputusan Afiq.... Jumpa cikgu Amira..... tanya perkembangan Afiq didalam kelas..... iyelah kan... Afiq kan baru tahun nie sekolah situ, takut2 dia tak de kawan ke.... pemalu ke (macam mama dia).... atau Afiq nie pendiam dalam kelas.... tak berkawan dsb.... risau beb!.... Alhamdulillah, komen yang memberangsangkan..... memang tak dinafikan Afiq agak pemalu tetapi dia boleh bergaul dalam kelas dan bertanya guru jika tak faham.... urrrmmmm... lega dengarnya.
Tengok2 kertas cikgu bagi.... urrmmm... 4A1B... dah tahu dah dari awal keputusan tu sebab kertas dah bawak balik... BM dan apa ngek dia kata dia paling tinggi dalam kelas... Alhamdulillah.... Tapi!!!... tengok BI dia!!!....77% sahaja... geram!!!... aku dah marah dah masa dapat kertas.... tapi Afiq kata ramai kawan Afiq dapat markah lebih rendah dari dia dalam kelas....uik????.... sikitnya markah BI kali nie... teruk... teruk..... Cerita lagi.....Pasal paper yang dia tak amik hari Jumaat masa ke Sabah ( PS dan PJ ). Actually, sebelum ke sekolah aku memang dah fikir macam2 nak tanya.... Kalau markah 2 paper tu x ada.. aku memang sedih... apalagi kalau dikira peratusnya!!... aku tak akan berdiam... (terukkan??)... sebab Afiq dah beritahu, cikgu PJ tak bagi ulang sebab cikgu kata mengelat!... Ikut hati nie... "mengelat apanya???... bukan ke surat aku dah bagi seminggu lebih awal dari tarikh exam??.. tak boleh plan ker suruh Afiq periksa lebih awal dsb.... Bukan aku cuti nak ke Melaka ke... Perak ke....tak pun amik yang jauh Perlis ke... ini ke Sabah... Flight dah tempah!! setahun lebih awal!!!.... tak ada pertimbangan ke cikgu PJ tue?.... Aku pun mengajar juga!... nak tengok anak2 murid aku semua berjaya... bukan makin sesuka hati nak bagi markah '0'!!..... seboleh2nya aku cuba buat yang terbaik nak anak2 murid berjaya!... ini?... ah... malas nak ungkit perasaan aku!!... memang sedih!... Sebab tu, walaupun aku berkursus hari ini, aku tetap nak jumpa sendiri cikgu dan amik sendiri keputusan Afiq!!... Apa2 aku nak luah apa rasa hati aku.... Tetiba..... scroll ke bawah lagi.... scrolll.... scroll.... aikk??... no.1????.... "Cikgu, Afiq dapat nombor 1 ke?...". Alhamdulillah..... perasaan yang tadinya nak 'marah' terus padam.... walaupuan masih ada sisa2 baranya lagi.... dalam hati..."tak pelah, dah dapat no1 pun.... lagi pun dia kira yang 5 subjek tu je... aaah tak perlah....". Naseeeeeb baik tak kira subjek PJ tue..... Kalaulah PJ tu subjek mate ke... aduh!!.... Naseblah baik..... sebenarnya, sesunggunya aku tak tahu takwim sekolah... memang dah search.. tahu time cuti sahaja... time exam tak tahu... bukan niat aku sengaja nak cutikan anak2 dari sekolah!... Tidak!!... anak2 tak sekolah aku mengamuk adalah.... Planning ke Sabah tu aku memang fikir dah abes exam dah... sebab bukan ke biasanya seminggu sebelum cuti budak2 dah rehat (abis exam?..). Kalau boleh biarlah ada lawan web sendiri bagi setiap sekolah... dan laman web tersebut membolehkan ibubapa hubungi melalui email dsb... iyelah, aku tahu sebab minta no telefon 'ada' cikgu yang berat nak bagi!!.... bagilah takwim exam dsb bolehlah ibu bapa tahu dan plan untuk booking tiket flight dsb..... tapi upload takwim tu kena setahun lebih awal... boleh ke?... kat tempat aku pun x boleh... sekolah boleh ke?... haaahhhhh!!... sebab tu dalam kes2 seperti ini harap2 cikgu2 adalah perasaan untuk 'memberi pertimbangan sewajarnya' kepada anak murid!!!....
Tentang result Afiq kali ini... memang mama bersyukur sebab dapat no1 tetapi mama belum dapat kepuasan sebab target mama mesti dapat 5A dan paling kurang markah mesti 90% keatas.... memang mama selalu sebut mesti 95% keatas... tetapi kalau dapat 90% pun mama dah puas hati.... Apapun, tahniah buat Afiq sebab telah berusaha bersungguh2..... dapat result terbaik dalam kelas.... lepas nie... kena dapat result terbaik dihati Mama ye... kali nie Mama tak marah sebab semua nie usaha Afiq sendiri.... Lagipun tahun ini kita banyak sangat berjalan.... Apapun Mama bersyukur atas anugerah yang Allah bagi... lepas nie bolehlah minta papa bawak jalan2 lagi yer... hi hiii hiiiiii....
Tahniah Afiq dapat kedudukan No1 didalam kelas 3 Besstari |
Bagi cikgu2 Afiq... Terima kasih kerana mengajar anak saya..... Bantulah dia... ajarlah dia.... tegurlah dia andai dia ada buat kesilapan.... Semoga Allah memberikan ganjaran yang mulia buat semua guru2..... Saya juga seorang guru tetapi bezanya saya bukan mengajar disekolah... saya juga ada anak didik yang ramai.... anak didik yang perlu diberi ilmu sebaik mungkin...kejayaan mereka kejayaanku jua.... kejayaan mereka kebangganku jua..... Semoga kita semoga berjaya hendaknya.. AMIN...
No comments:
Post a Comment