Syukur Alhamdulillah, dapat juga kami bertemu kembali saudara kami dari Batam, Indonesia. Bukan apa, rasanya dah 2-3 kali mereka datang Malaysia tapi kami tak sempat nak bertemu mereka dan mereka juga tak sempat nak bertandang ke rumah. tetapi, kali ini mereka menginap dirumahku dari hari Khamis hingga Ahad yang lepas... dalam 4 hari jugalah..... Seronok sangat2 sebab dulu masa kami kerumahnya mereka sangat baik melayani kami sekeluarga. Jadinya, seronok sangat dapat membalas semula jasa mereka kali ini... Lagi pulak pada 30 June ini kami sekeluarga akan ke Batam juga atas urusan lawatan cik hubby bersama pelajar2nya.... Aku just nak ikut jer... itupun maybe aku akan ikut Sabtu dan Ahad... balik sendiri dengan anak2 dan cik hubby akan balik hari Isnin. Aku susah nak balik Isnin sebab Selasa aku dan cik hubby akan ke KL untuk ke Bandung pula.... Aku kan stamina dah kureeeng sket, maka aku kena rest hari Isnin tu..... lagi pulak anak2 sekolah!!!.... Dah berapa banyak kali ponteng dah tahun nie... tu yang ada tak ada kena juga balik hari Ahad tue........ (Kalau tak, aku dan anak2 tak payah ikut Cik Hubby ke Batam.... Pilih antara dua... nak atau tidak.....he heee heeeee).
Bersarapan di Kong Kong |
Kebetulan.... memang secara kebetulan masa mereka sampai kami sedang bercuti. Cuma aku hari Khamis tue bekerja. So, hari Rabu sempat juga kami menjemput mereka di Jeti Tg Pengelih, Penggerang. Then, bawa ke rumah atuk di Teluk Ramunia. Keluarga dari Batam ini kami panggil Pak Anjang.... Maka, Pak Anjang nak sangat tidur rumah atuk.... Kami tak boleh nak halang, tapi kurang selesa sikit buat masa ini sebab rumah atuk dalam proses pembinaan semula keseluruhan rumah!... urrmmm... bayangkanlah keadaan macam mana kalau ada tetamu....
So, esoknya hari Khamis cik hubby datang semula mengambil mereka dirumah atuk dan petangnya ke Bukit Indah. Melawat saudara juga dari Batam yang sakit (berubat di Hospital Pakar Puteri, Johor). Aku tak ikut sebab aku kerja..... dan malamnya cik hubby dan Ejai bawa belanja makan kat dek Non......
Jumaat aku masih bekerja.... cik hubby pula bercuti. Walaupun cuti masih sibuk menguruskan kertas kerja ke Batam!!!!... serupa tak cuti.... tinggallah Pak Anjang dan Mak Anjang berehat kat rumah. Tengahari tu kami bawa ke rumah mak mertua (tapi mak tiada sebab ke Tanah Suci). Lepas solat Zuhur balik semula rumah... dan mereka jalan2 sekitar Pasir Gudang dan Kip Mart. Dapatlah jugak mereka sauk Buah Durian..... Pak Anjang dan Mak Anjang rupa2nya sangat2 sukakan Durian. Mereka beli punya banyak.... Petang tu melantak Durian sampai tak terhabis.... sampai bawa ke hari esok!.....
Di Kantin adik ipar di permas Jaya |
Sabtu aku cuti tapi cik hubby pula ada kelas jam 2 hingga 6!!!..... Maka, pagi tue kami bawa mereka jalan2 breakfast di Kong Kong.... Selepas breakfast di Kong Kong kami ke rumah Mak Teh di Permas Jaya.... Sampailah tengahari, kami ker Kantin Asniwati (adik ipar). Bungkus jer nasi jagung sebab dah banyak sangat makan...... then dalam pukul 1.30 kami balik dan rehat..... Cik Hubby pulak ke kelas...... sebab pukul 5 petang Ejai nak datang amik Pak Anjang dan mak Anjang makan di Tanjung Langsat pulak..... Aku menyusul kemudian tunggu cik hubby balik.....
Makan Mee Bandung Udang di Tg Langsat |
Malamnya, Ejai, Iwan dan Asniwati bawak Pak Anjang sekeluarga ke Pasar Karat, JB. Aku, Cik Hubby dan Ekin tinggal kat rumah sebab penat... lagi pulak anak2 kecik nie susah sikit kalau ke sana.... ada kang meraungnya lain, melalaknya lain, merenggek nak menan lain... malas nak layan, maka kami semua tinggal kat rumah jer..... Mereka balik dalam jam 12 malam gitu... then, aku sampai rumah dalam pukul 1 juga......
Gambar kenang2an sebelum pulang ke Batam, Indonesia |
Ahad, Kami semua cuti.... tak tahu apa nak plan hari ini... nak bawak jalan mana?... nak balik AT5 ke?.... bincang punya bincang, akhirnya mereka nak balik Batam hari ini.... So, tengahari tu kami bawa jalan2 di Tesco.... Makan KFC dan planning mereka amik Feri dari Stulang jam 3 petang..... sampai di Kompleks Imegresen Stulang tu lebih kurang pukul 2.50pm. Rupa2nya Feri yang ada pukul 3.30...... dah tak lamalah juga..... lebih kurang pukul 3.10pm mereka dah buka gate, dah boleh masuk feri.... then, kami pun pulang... tapi bukan pulang ke rumah PG... Kami pulang ke Kampung AT5 kejap!... rindu nak tengok rumah mak yang tak siap2.... Kesian mak dan abah... dah 6 bulan rumah masih tak siap2!....
Kami makan tenghari di Tesco Seri Alam.... |
Kompleks Imegresen Stulang, JB |
Selamat Tinggal Mak Anjang dan Pak Anjang...... |
Kami tinggalkan mereka disini.... Semoga jalinan ukhwah saudara sesama kita berkekalan... harap2 mereka tak serik ke rumah aku.... Segala layanan yang terkurang harap dapat dimaafi dan kami ucapkan terima kasih banyak2 atas kesudian kalian menginap dirumah kami...... Semoga kita dapat bertemu lagi..... InsyaAllah......
No comments:
Post a Comment