Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, October 10, 2011

Hantar pengantin belah lelaki pulak


Majlis : Persandingan sepupu belah suami 
( Kat belah lelaki pulak.. yang lepas belah pompuan )

Nurashereen Bte Mustapha
&
Mohd Farid Bin Datuk Zainal Abidin

Lokasi : Dewan Mawar Johor Bahru
Tarikh : Sabtu, 8 Oktober 2011 8.30 Malam

Bergambar kat rumah sebelum bertolak. Aku dan anak2 mengenakan serba oren. Cik Hubby tak dapat join coz dia ke Melaka.. Camping!!...

Aku, Nini ( Adik ipar ), Mak Mertua dan Su (Biras)
yang duduk tengah2 tue still available single... he3

Bertolak dari PG pukul 6.00 petang duduk dirumah Mak Cik kat depan Danga Bay tu.
Lepas Margrib kul 7.30 kami semua ( Mak Lang, Mak Cik, Mak Usu ) bertolak ke Dewan MAWAR.

Meja nie keluarga belah mak mertua aku jer...

Pelamin yang dihiasi indah konsep ala2 garden... campur guna bunga hidup...

Sementara menunggu pengantin sampai dapat jajan2 untuk kanak2

Ku biarkan dia syok mengadap coklat... asalkan dia diam.. tapi budak nie ok... bujang 2 orang tu... masya'allah..... penat dah bebel.. puas dah cubit... rasa serik nak bawak ke majlis formal gini. Malu!

ini pun still available single... sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak penaja...
he heee.. (gurau jer..) adik ipar paling bongsu... dulu2 kecik jer dak nie ... besar dah pun...

Kumpulan Ghazal sri Melati.... memang glamour...

Gurau baik2 tau... jangan sampai patah kerusi tue... he he heeeee...

Selepas ketibaan Datin2 dan Datuk2.... ( Actually adik beradik dan datuk pengantin lelaki ) kini ketibaan pengantin yang diraikan..... diringi adik yang hensem dan cute2....

Selamat Pengantin Baru.... Tahniah dari kami....

Pengantin yang diraikan menuju ke tempat persandingan

Selepas bersanding.. Majlis Berinai... Lepas tu baru makan2... Majlis yang sangat2 teratur rapi..

Memula Parent pengantin perempuan inaikan.. then parent pengantin lelaki.
Mereka ini (baju biru) adalah ibu2 kepada pengantin lelaki.

Menuju ke tempat makan pulak....

Dan lagi....

ini dia tempat makan mereka.. sangat cantik!..

Dengan muzik yang sesuai.. pengacara yang bagus.. dimulai dengan intro menu makanan kepada pengantin.. nampak tu pembawa makanan??... memperkenalkan masakan pada tetamu dibarisan terhormat...

Meja pengantin.. belah kanan tu Pok Teh.. (bapa pengantin perempuan)

Sementara kami makan, di iringi alunan lagu2 yang merdu....

Zapin pulak... Zapin dari SK Sri Melati memang glamour. Pernah membuat persembahan bersama artis Siti dan Noraniza Idris... tak tipu taw!... sampai ke Luar Negara peresembahan mereka nie...

Acara memotong pulut Kuning....

Selepas majlis selesai.. kami pun balik... dapatlah buahtangan yang gambar bawah nie... masa nak balik nie... pengantin dan ahli keluarga dah bersusun keluar dudu then mengmbil tempat bersalaman kepada tetamu yang nak keluar balik.... Aku dan Nini sibuk gak nak amik gambar dengan pengantin.. aku suruhlah Afiq amik gambar... tak ada2 flash.. nape??.. Suruh Sue pulak.. tak boleh jugak.. (malu dah nie..) last2 su kata "dah".. (dalam hati aku tahu tak ok nie)...Rupa2nya anak aku amik gambar video.. sabo jerlah.... harap kat kamera pengantin lelaki jer lah.. setakat muka aku dan Ninie kompom kena delete... kah kah kah.....  aku try ok je.. ( nie ler gambar yg aku try...).

Sudahnya, buahtangan tu hilang tah mana afiq letak.. sedihnya rasa.. 2 biji tue... 1 aku punya 1 Afiq punya... hai... susah betul nak harapkan budak nie... aku dah kendong Aleesya.. botol lagi... ciankan kat aku tak de suami.... Harapkan Abang Long... hai merungut x sudah2... he he heeee.... Aku sampai umah Mak Mertua dah kul 11.15 malam.. Last aku tido jer sini.. konon nak balik esok pagi... sudahnya pukul 6 petang baru balik rumah...


2 comments:

Unknown said...

wah.. betul2 gilang gemilang majlis perkahwinan nie.. rugi tak dapat attend

Asmida said...

len kali kena join family event ok...

Jom tengok gambo2.........