Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, October 12, 2011

Mampukah aku menjadi ibu terbaik buat anak2ku?


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: 
Baca dan hayati kisah di bawah ini.... Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.
 
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu



LUAHAN HATI - RABU : 7.30 Pagi

** Buat kali ke berapa mama pun tak ingat Mama telah marah anak-anak mama di pagi hari.
** Perkara yang sama benda yang sama berulang2. Mama kalau benda yang sama tak berubah.. tak mahu dengar mama naik marah!!... Pagi2 abang long bangun dahlah lambat... masih lagi tengok TV... nak tunggu mama marah!! Marah sikit masih lagi tak dengar... nak kena jerit samapai sakit tekak mama... sampai naik darah mama... sampai tention hati mama!!.... baru kerkeseng2 nak mandi.. dah tu lambat2kan lagi nak pakai baju... geram taw!!!.... abang long dah darjah 2... dah nak masuk darjah 3.. kalau macam abang ngah mama masih lagi boleh pertimbangkan tau...
** Dah keluar rumah dengan tak pakai samping... gaduh berebut kipas plastik dengan abang ngah... cubalah abang long mengalah... mengalah bukan bererti kalah... mama sayang abang long....
** Atas kekerasan abang long dan abang ngah .... abang long dah kena belasah dengan kipas tu kan dengan mama pagi niekan?.... Dahlah dah lambat... nak main gaduh2 lagi....
** Akhirnya... hari nie mama punch card pukul 8.01am... dah merah.. dah lambat!... Mama tak suka!..... Mama marah kat anak2 mama kalau main2 pagi..... lewat2kan masa pagi2... 
** Bangun pagi kena semangat... kena cergas.... kena senyum dan bukan nak kena marah... nak lemah2.. nak malas2..... mama dulu kecik2 tak der macam nie tau sayang.... tok mak dan tok bah jeling jer mama dah ada rasa takut... mama diam dan mama terus ikut kata.....

Nanti bila abang long baca blog mama.... abang long dewasa jadi macam mama... abang long akan tahu kenapa mama marah... bukan mama tak sayang tapi hanya satu niat mama... mama nak anak2 mama jadik anak yang baik... anak yang terdidik.... anak yang berguna.....


No comments:

Jom tengok gambo2.........