Sama jer resepi aku tu?... tapi mungkin air tangan aku kot?... atau aku yang tak suke.... tak per2... buat ahli keluarga terutama Cik Hubby perlu baca khasiat sup ketam nie yer....
Source : http://cikmin.com/2011/01/sup-ketam-penawar-demam-denggi/
Sup Ketam Penawar Demam Denggi
cuba teka crabby jantan ke betina?
Salam readers,menu Sup Ketam yang cikmin
masak ni tiada kaitan dengan ahli keluarga cikmin, takde yang disuspek
denggi, cikmin masak sebab dah lama sangat rasanya tak makan ketam
ni.Malam sebelum tu dok sembang di YM dengan kakngah, dia suruh cikmin
bawakkan bujang kenit tu pi cek darah, bimbang jugak kot ada denggi,
lepas tu dia suruh masakkan Sup Ketam bagi faheem makan.Hasil dari
sembang di YM tu lah, buat tekak cikmin ni teringin sangat nak makan sup
ketam.Punyalah mahal ketam ni, sekilo RM21.90, takpelah sekali sekala
makan.
Masa hubby bawak balik ketam ni, masih teragak-agak nak masak apa,
bila cikmin sebut masak Sup, muka dia dah berkerut, katanya masak sambal
lagi best.Cikmin berdoa dalam hati sambil buat alasan kat hubby, kata
anak-anak suka sangat makan sup-sup ni, mujur lah pass.Kalau tak
terkilan jugak sebab hati meronta nak buat sup.Rupanya dia saja ngetest
cikmin, bahan-bahan untuk buat sup ketam tu semua dia dah beli, takkan
lah batang celery tu dia nak campur dalam sambal ketam kan..Jom layan Resepi Sup Ketam kami berdua..
mahu kena sepit ketam?
Resepi Sup Ketam Ala Cikmin
4 ekor ketam – dibukak cengkerang atas dibersihkan dan potong 2(bahagian jejari ketam tu kita boleh ketuk2 dengan lesung, senang nak makan nanti)
3cm halia – hiris halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk halus
Rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + cengkih + buah pelaga)
Karet – potong ikut suka
Batang Celery – dihirs menyerong
Cendawan Shitake – direndam seketika, bersih dan hiriskan.
Serbuk Knor Pasti Sedap
Garam secukup rasa
Air – untuk kuah sup
Hirisan daun bawang
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 beradik bersama
bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan
kekuningan.Masukkan air ikut banyak mana yang kita mahu.
Setelah air mendidih, masukkan batang celery,karet atau boleh tambah
kentang jika suka.Setelah sayur agak layu, masukkan cendawan shitake dan
baru masukkan ketam.
Masukkan serbuk knor pasti sedap, garam secukup rasa dan renehkan
seketika sehingga ketam masak sepenuhnya.Angkat Sup Ketam kedalam
mangkuk, taburkan hirisan daun bawang.Siap untuk dinikmati panas-panas,
nyumm..nyumm!
cengkerang atas tu buat eksyen jek
Info Mengenai Ketam Penawar Demam DenggiKajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.
Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak
dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.
Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak
sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi
yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam
(500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang
mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam
sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.
Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang
cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya.
Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga
berkhasiat untuk tujuan ini.Malah proses pemulihannya amat pantas
berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana
pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun
magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu
mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.
Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi
tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam
sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.
Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang
kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5
hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri
juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8
jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006
lalu.Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang
mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa
ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu
yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk
merawat denggi.Sumber Ketam Penawar Denggi
Nota Kaki : suka makan ketam kalau ada orang tolong kopekkan kalau tidak menu ketam memang tak masuk senarai wajib.Read more: http://cikmin.com/2011/01/sup-ketam-penawar-demam-denggi/#ixzz1bDIckTdw
No comments:
Post a Comment