Dari semalam suamiku tak sihat. Asalnya dia kata kena cirit birit. Last2 badannya sakit2 dan diikuti pula dengan demam. Semalam petang terus terlepak tak boleh bangun sebab sakit2 badan. Kemudian petang pergi rumah mak sementara tunggu Afiq balik dia mintak urut.... Suruh pergi klinik punyalah susah.... Sudahnya selepas makan ubat malam tadi dan demam masih tak kurang, pagi tadi dia minta aku bawa ke klinik. Kesian Papa... Papa sakit... Papa tak sihat.... Selepas pemeriksaan doktor dan ujian darah yang telah dilakukan, Doktor kata suamiku suspek denggi..... Memula dengar terkejut jugak sebab tak pulak terfikir tentang itu walaupun tempat tinggal aku memang dah musim menda tue sejak sebelum puasa yang lalu... hampir tiap2 petang kena sembur... tapi sejak raya nie dah tak de pulak.... Bila terdengar semula "Suspek Denggi" tu yang aku mula terkejut.... Tapi menda2 nie tak mustahil.... Hari nie Papa dah makin terlepak.... Suruh MC banyak keje katanya.... tapi tak larat nak bangun.. Macam mana tu????.... Kesian Papa... Moga Papa cepat sembuh. Sambil2 tu aku cuba cari maklumat tentang denggi dan penwarnya.... Bacaan Platlet darah Papa tadi masih dalam kwalan tapi kena berjaga2.... Jumaat nie datang semula Klinik amik darah dan check up... Semoga papa cepat sembuh dan sihat seperti biasa dengan CEPAT. Mama dan anak2 sangat sayang kat Papa..... Jom tengok maklumat berkaitan Demam Denggi....
"Jangan Biarkan Bacaan Platlet Darah Menurun Lagi!"
"Penawar Demam Denggi yang Terbukti Boleh Mengembalikan Bacaan Platlet Darah Dalam Masa Kurang Daripada 24 Jam!"
Masalah nyamuk aedes atau jangkitan demam denggi
sudah semakin serius dan menular tanpa kawalan. Pihak yang berkaitan
cuma fokus pada bagaimana menghapuskan nyamuk aedes yang merupakan agen
pembawa penyakit ini dan mengabaikan usaha untuk mencari penawar bagi
mereka yang sedang kesengsaraan dalam demam denggi dan sedang terbaring
di dalam hospital sambil menunggu nasib.
Hakikat yang
menyedihkan adalah bahawa nyamuk aedes ini tidak mungkin akan dihapuskan
dengan sepenuhnya. Sudah berpuluh-puluh tahun kita bergotong royong
untuk membersihkan takungan air dan menyembur minyak nyamuk yang beracun
itu, tetapi kes-kes jangkitan denggi masih meningkat!
Kita biasa dengar
bahawa demam denggi ini tiada ubat untuk merawatnya dan tiada vaksin
yang boleh mengelakkannya. Kalau ini adalah betul-betul benar, kenapa
terdapat pesakit yang mati perdarahan sementara pesakit yang lain sembuh
daripadanya?
Platlet Darah & Demam Denggi
Platlet
darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia.
Fungsi-fungsi dan sifatnya masih tidak dikenalpasti dengan sepenuhnya
oleh para saintis. Setakat ini, fungsi platlet darah yang diketahui
secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.
Ramai
orang (termasuk doktor-doktor) masih tidak tahu dengan jelas bagaimana
jangkitan denggi boleh menyebabkan penurunan bacaan platelet darah yang
mendadak. Cuba tanya doktor anda dan kemungkinan besar jawapan yang anda
akan dapat adalah jawapan yang kabur dan tidak jelas.
Saya
rasa sungguh kecewa dan marah dengan hakikat ini dan mengambil
inisiatif untuk mencari jawapan dan penyelesaiannya. Selepas
bertahun-tahun membaca artikel-artikel dan journal perubatan, barulah
saya sedari bahawa sebenarnya terdapat cara semulajadi yang boleh
mengembalikan tahap platlet darah pesakit denggi.
Satu
piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam
denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah (platelet). Bagi
seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah
sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter).
Bagi
mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula
turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan
platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL,
pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi.
Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut!
Kenapa Platlet Darah Pesakit Demam Denggi Turun?
Menurut kajian
terbaru yang dilakukan oleh kerjasama antara saintis Amerika dan
Thailand, mereka berjaya membuktikan bahawa wujudnya virus denggi di
dalam platlet darah pesakit denggi.
Video berikut menerangkan dengan jelas bagaimana virus denggi memasuki sel platlet darah merasakkannya...
Sila ambil perhatian pada ayat dalam masa 0:26 video di atas yang mengatakan "...the reduced pH of the endosome..." yang
bermakna bahawa kemasukan virus denggi ke dalam sel akan menyebabkan
keadaan sel menjadi berasid (pH rendah) yang merupakan faktor utama
untuk perubahan struktur dalaman sel yang akhirnya menjadikan sel
tersebut pecah dan melepaskan 'anak-anak' virus denggi yang akan
menjangkiti sel-sel platlet darah yang lain.
Dengan kata lain, virus denggi perlu keadaan yang berasid
untuk merebak dan menjangkit sel-sel platlet yang lain. Maka, dengan
mengurangkan kandungan asid di dalam darah, rebakan virus denggi boleh
dihalang atau direncatkan. Pertumbuhan virus denggi mesti perlu disekat
dahulu supaya sistem pertahanan imunasi badan dapat melawan dan
menghapuskan sisa-sisa virus denggi di dalam badan.
3 comments:
Ya Allah... kesiannya Yu... As carilah air yg beralkali, sebenarnya air zam zam yg paling bagus sekali.. kena banyak minum air supaya badan tak panas.. sedih pulak Along baca ni.. Jangan ambil mudah isu denggi ni tau... kadang2 memanglah kita rasa macam takde apa2, tapi ia makan dalam.. sel2 darah merah akan banyak pecah (cth macam arwag Din Beramboi).
Moga Yu cepat sembuh dan kalau rasa tak sihat janganlah pergi kerja.. kesihatan lebih utama. Badan yang sakit jangan dipaksa bekerja.. kesian badan tu, dipaksa bekerja walaupun sakit.. kalau apa2 jadi sendiri tanggung bukannya boss tempat kita bekerja tu yang tanggung.
Assalamualaikum...As, adik ezreen pernah kena demam denggi tahun lepas platlet darah memang dah turun sangat bawah 10 sampai doktor kata kalau dia jalan n terjatuh akan membawa maut...dan member ezreen pernah bagi petua minum air batang saleri yang diblend. Alhamdullillah bila adik minum platlet darah dia bertambah dan jgn lupa minum air banyak2. Memang pada kebiasanya pesakit demam denggi nie akan rasa mual bila minum air tp kena beri juga minum...mudah-mudahan hasben As akan cepat sembuh ye
Terharunya... TQ Kak Long dan Ezreen mengambil berat ttg masalah yg sedang aku hadapi... Semalam puas cari ketam kata boleh jugak membantu.. tp x jumpa... Air Zam2 mungkin boleh membantu... Batang Saleri juga mudah dicari... insyaAllah As akan cuba... Terima kasih sangat2 coz bagi info... sebab mmg sedang dan sangat memerlukan cara2 dan petua2 untuk meningkatkan platlet darah... coz Jumaat nie check up semula mmg amat takut kalau platlet darah tu makin menurun... Mudah2an semua ok dan kita SEMUA berada dalam keadaan sihat dibawah lindunganNYA... TQ banyak2 coz bagi info yg berguna utk As....
Post a Comment