Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, June 12, 2012

aPaKah CeRiTa PrOdUa AnDa??.....

Malam tadi tengah tengok berita TV3 tetiba nampak iklan untuk berkongsi cerita tentang Produa?... Macam best jerkan nak share cerita. Apalagi seorang blogger, memang kalau boleh cerita yang simple pun nak dimasukkan dalam blog.... Apalagi cerita besar2 cengini!!... mana tahukan, kalau2 Produa berminat dengan cerita aku nie dia nak bagi kereta sebijik?... Urrmmmm, kereta VIVA pun jadilah.... dapatlah aku koleksi baru untuk Viva aku kat rumah tu. Cian Viva aku kat rumah tu tak der geng, kalau dia ada geng dapatlah dia teman setia disisi.... hi hi hiiii hiiiiii......(Mulalah tu mengarut...)


Hah!!!.... tentang cerita produa nie... Jom  klik sini untuk kongsi cerita....  Tujuan utamanya adalah untuk mendengar luahan dan komen-komen dari pengguna produa. Pengguna yang lagi lama lagi bagus sebab banyak pengalamankan.... Selain nak dengar komen, Pengarah Urusan Produa Datuk Aminar Rashid Salleh juga ingin mendengar sebarang cadangan untuk penambahbaikan Produa diMalaysia. Kan bagus gitu, mendengar luahan pengguna then mana yang patut diambil solution bagi sebarang masalah yang diajukan!..... Bukan ke itu dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti Produa!!!... Aku memang sokong sangat2 kempen nie..... So, jom kita join reramai........

Jom tengok cerita aku kat bawah nie...... zaaaasssssssss........................

Pertama sekali aku nak cerita kereta yang pernah aku beli dan pakai. Actually, kereta pertama aku adalah Toyota Avanza yang aku beli pada tahun 2005. Kereta tu atas nama aku dan totally aku yang bayar sepenuhnya. Kemudian, pada tahun 2007 hingga KINI aku telah menukar kereta Avanza kepada kereta VIVA 850cc. Kenapa makin tukar kereta kecik?... Memang ramai sangat yang pertikaikan persoalan tersebut daripada pihak keluarga, jiran2, teman2 mahupun rakan opis!.... Mereka terkejut, sepatutnya kereta Avanza bertukar kereta yang lebih hebat, lebih mahal dan lebih bergaya.... ini tidak, semakin ditukar kereta kecil.... uppmh!!... apa yang mereka tahu?... komen... komen... dan komen..... yang membayarnya aku... yang membawanya aku... yang menanggungnya juga aku!.... Bagi yang bertanya tu aku bercerita juga.... jawapan tetap sama... alasan tetap sama..... akhirnya, cerita kami bertukar kereta senyap dan sunyi.....

Harus Membuat Pilihan :
Masih segar lagi diingatan malam itu...... sebelum ini memang kami dah plan, tapi dihati nak ke tidak... nak ke tidak tukar kereta Avanza nie kepada kereta Viva. Bertanya kawan2 semua , sangat ramai yang menceritakan tentang kebaikan kereta Viva..... sangat sedikit yang menceritakan kelemahannya.... Maka, keputusan harus dibuat.... Perlu ke kami menukar kereta Viva waktu itu?.... SANGAT2 KEPERLUAN memilih Viva waktu itu kerana Mr hubby ditolak gajinya hampir 70% selama 2 tahun akibat terlebih bayaran gaji sejak tahun 2000. Masa tu gaji Mr hubby dari RM2500 lebih kurang, tinggal RM500 sahaja ditangan setiap bulan..... Nasib baik bayaran rumah sudah ditolak... kalau tak... nak bayar pinjaman rumah sahaja sudah RM650 sebulan.... Bayangkanlah, dengan gaji RM500 sebulan nak sara anak 2 orang yang masih kecil, susu dan pampers sahaja sudah cukup RM500 yang tinggal.... abes, bil elektrik, air, telefon, makan, minum dsb mana nak tanggung?. Gaji aku lebih kecil dari gaji cik hubby... bayangkanlah, aku nak bayar semua bil, bayar pengasuh anak, ansuran kereta dsb. Apalagi masa tu kami (suami isteri) sama2 sambung belajar hujung minggu. Setiap minggu perlu ke JB untuk sesi kuliah.... minyak lagi, kos pengajian lagi... memang rasa nak nangis masa tu..... Maka, dengan sebab2 itulah kami memilih VIVA sebagai jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang melanda waktu itu.....

Kenapa Pilih Produa?
Sebelum membuat pilihan untuk menukar kereta, kami memang survey satu persatu kereta demi kereta. Bagi pilihan yang paling tepat waktu itu adalah samaada Produa atau Proton. Kenapa? Sebab kedua2nya adalah product Malaysia. Sudah semestinya keluaran negara sendiri adalah lebih murah dan menjimatkan!!!.... Tidak semestinya keluaran Luar Negara itu berkualiti!!... Buktinya, Kereta Avanza yang aku beli dulu tu boleh pulak kurang satu piston??... Logik tak?... Tak tahu silap dimana.... tetapi itulah hakikatnya. Walauapaun, aku tak menyalahkan Toyota sebab ia juga ada kelebihannya yang tersendiri... Mungkin, nasib kami kurang baik waktu itu. Iyalah kan.... kadangkala manusia nie tetap ada melakukan kesilapan!.. itu hakikat yang perlu kita terima.... Alhamdulillah, sejak aku tukar kereta Produa Viva tahun 2007 yang lalu hingga kini tiada masalah besar yang berlaku. Beberapa perkara kecil tu biasalah, akan aku ceritakan juga nanti........

Produa Viva Pilihan Hati :
Ingat lagi petang dihari kami booking kereta Viva. Masa tu anak2 kami tak bawa. Hanya kami berdua sahaja ke Produa Plentong, Masai. Kalau ingat memang kelakar sebab sampai nangis nak melepaskan Avanza kami!!.... Masih terfikir2, betul ke pilihan kami?.. Betul ke tindakan kami?... Mahu tak nangis?... sedih beb kereta besar nak ditukar kepada kereta kecil!.... Sedih sangat2 sebab aku tahu aku bakal memikul 1001 persoalan dimata orang lain. Apakan daya, terpaksalah ku relakan.......... Setelah difikir2 dan dipertimbangkan, lebih banyak kebaikan yang bakal aku perolehi dengan menggunakan Viva. Daaannnnn................ Kebaikan itu kami telah nikmati hingga kini, iaitu 5 tahun kami bersamanya...... JKR958 tetap besama kami selamanya, insyaAllah.
Aku dan Viva kesayanganku......
Apa kelebihan yang ada pada Viva kami???...

1) Sangat2 Menjimatkan Minyak
Perkara ini tak boleh disangkal lagi!!!..... tiada kereta lain yang lebih menjimatkan selain produa Viva. Tak payah nak pening kepala fikir soal minyak!!!.... dengan RM60 jer aku dah boleh bawak Viva aku dari Pasir Gudang sampai Kuala Lumpur!!!... Kereta lain boleh?... Sejak ada Viva aku dah tak pening kepala lagi nak hantar anak2 sekolah tiap2 pagi. Isi minyak RM30 boleh tahan sampai seminggu!!....  Memang sangat2 seronok!... happy jer rasa...... Nak balik kampung kat Kota Tinggi pun tak payah pening2 kepala fikir minyak. Isi RM20 jer dah boleh sampai rumah parent pergi dan balik..... memang seronok!... Sejak ada Viva, 2 minggu sekali aku balik!... memang best!...

2) Mudah Parking
Oleh kerana aku hanya ada satu kereta jer, maka ke mana jua aku dengan Viva. Paling seronok bila ke Jusco ke, Tesco ke, Giant ke..... mana2lah, mudah sangat nak parking!!!... Kalau kereta kiri dan kanan rapat, aku masih boleh menyelit ditengah2. Kalau kereta besar tentu susah nak nyelit!!.... Sooo easy...... tak ler terpusing2 mencari parking... Memang mudah!!!... Kalau parking saiz tu besar, lagilah.... sekali masuk terus cantik jer parking!... Tak ler aku terpusing2 stereng tu sampai basah ketiak dibuatnya... ho ho hooo.....

3) Senang nak cilok
Ha ha hahaaaa..... dengan tak malunya aku mengaku yang dengan membawa Viva sangat mudah nak cilok milok. Apa tu cilok milok nie?... hi hi hiiiii... malu nak jawab... Maklum ler aku nie kan pompuan.... boleh lagi buat perangai gitu yer?.... Hah!!... Kalau Pasir Gudang nie memang selalu jem apa lagi waktu peak hour!... So, bila bawak Viva..... dengan berani aku selit menyelit antara kereta... iyelah, saiz Viva kan kecil molek.... itu yang senang jer nak menyelit kalau tersangkut dalam jem!... Kalau naik motor lagi senangkan nak nyelit?... gitu ler ibaratnya..... jangan jelezzz yeerrr...... memang syok habes dapat nyelit.... siap senyum2 malu i taw sebab pompuan boleh nyelit2 dalam jem.... i'm sorry..............

4) Stabil walaupun laju
Oleh kerana dimana jua ku pergi Viva tetap disisi...... Maka highway plus menghala utara-selatan memang menjadi laluan kami terutama cuti sekolah. Walaupun menggunakan Viva, aku masih boleh membawa dengan kelajuan 140km/j..... jangan tak percaya!... Pernah... bukan selalu yer.... Bukan aku tak berani nak bawak 140km/j..... tetapi aku lebih sayangkan anak2 dan suami. Kenapa kerajaan hadkan kelajuan dijalanraya?... Tentu ada sebab musababnyakan?... Bukan takut dengan en.polis atau takut kena saman.... tapi Nyawa tiada galang gantinya!!... Iye.... walaupun dengan 140km/j memang tak terasa.... alih2 kena tegur dengan Mr hubby..... "Slow sikit As... Nak kejar apa nie..". Hah!.... bila dah kena sound dengan Mr Hubby... isteri kenalah taatkan!.... So, tarik pelan2 pedal minyak tue... kasi turun meter tu...... Walaupun dibawa laju, masih tak terasa.... relak jer.... tak bergoyang ke...apa ker.... kira mantoop beb Viva nie.... macam cili api ler.... walaupun kecil, ia lebih pedas!..... ummmph!!!....

5) Saiz dalam yang flexible
Daripada anak 2 hingga kini dah anak 3, kami masih menggunakan Viva. Walaupun saiz nampak kecil, tapi ia sangat sesuai dan sama seperti kereta2 lain. Sangat selesa...... walaupun aku duduk disebelah driver dan mendukung anak, memang boleh muat untuk aku yang bersaiz besar nie dengan anak kecil. Tak ler sempit bagai.... susah nak berpusing ke... tak pernah pulak rasa macam tue.... Memang selesa lah.... susah nak describe macam mana..... Anak2 pun tak pernah merungut sebab yang 2 lagi akan duduk belakang. Kira muatlah untuk kami sekeluarga. Kadang2 kami bawa mak dan abah naik viva.... pun masih muat walaupun agak sempit sikitlah kalau dah sampai 4 orang kat belakang... he heheeee heeeee....

6) Maintainance murah
Alhamdulillah, setakat nie kereta Viva aku belum pernah mengalami kerosakan yang teruk. Setakat tukar tayar, servis, tukar lampu depan, tukar bumper tu pernahlah. Kira kalau maintainance Viva nie nie tak ler berat sangat sampai pening kepala nak keluar duit!.. Berbaloi ler kalau nak bayar kat tukang kedai tue kalau nak banding kereta lain...... urrrmmm... tok sah pening2 kalau pakai Viva nie.... tak caya try ler.....

7)  Roadtax dan Insuran yang sangat2 tak membebankan
Penat dah menaip.... dan aku rasa ini ler yang terakhir buat kali nie kenapa kami memilih Viva?.... Of course setiap tahun Wajib dibayar roadtax dan insuran!!!.... Kalau dulu masa pakai Avanza, memang agak terbeban dengan gaji cik hubby yang dipotong lagi. Bila tukar Viva, alhamdulillah..... Semua bebanan tu berkurang sedikit demi sedikit...... Tak ler sakit kepala nak cari duit bayar road tax dan insuran sebab MURAH!!!... iyelah... harga kereta pun MURAH..... CC Viva pun kecil!!... secara tak langsung Roadtax dan Insuran dapat dijimatkan...... Sangat seronok beb!!!....

Akhirnya inilah pilihan kami yang paling tepat!!....

Okey, seperti yang aku janjikan aku nak juga cerita beberapa masalah kecil yang berlaku :
1) Servis
Cik Suami banyak  menguruskan berkaitan hal-hal servis. Aku just mengikut jerk.... dan aku dah tahu dah dari dulu, cik suami hanya memilih tempat servis yang betul. Kalau beli proton mesti ke proton!.... kalau Toyota wajib ke pusat servis toyota walaupun jauh nun kat Larkin masa kami pakai Avanza dulu..... dan kalau produa MESTI ke produa!!!..... bukan apa, kadang2 ada rasa kurang yakin kalau servis kat kedai2 biasa nie... yelah kan, kalau kat pusat servis yang betul semua peralatan yang ditukar adalah yang original!.... memang tempat dan kualiti servis yang AMAT memuaskan. Beberapa kelemahan yang kadangkala kami rasakan adalah masa menunggu dan bayaran kadar servis yang agak mahal berbanding kedai. Tu jerlah kelemahan yang aku rasa. Lebih2 lagi kalau musim perayaan, pusat servis lebih sibuk... kadang2 dari pagi sampai petang baru siap.... hi hii hiii.. tu kira naseb2lah kan kalau time tu ramai sangat orang.....

2) Menunggu Order yang lama
Berkaitan dengan pusat servis juga, pernah kereta Viva aku mengalami masalah nak buka bonet kereta. Nak tukar barang tak ada... maka kenalah tunggu order. Mak aiii... tunggu order tu sampai 2 bulan baru barang sampai... lama tu!.... Itu jerlah kenangan pahit yang aku rasakan dengan kereta Viva kesayangan aku ni......

3) Lain-lain
Urrmmmm... apa lagi erkkk masalah dengan Viva nie... oh yer.... kereta nie agak rendah!!.. Selalu kalau aku balik kampung rumah mak dan abah aku kan bawah bukit, kalau turun okeylah tak jejak... kalau naik bukit, buatlah gaya mana pun.... kalau naik ramai sure jejak punya. Kadang2 bendul2 jalan tu pun selalu jer kereta kami cium..... urrrmmm.... suka sangat ker dia nak cium bendul tue.....

Okeylah... cukup panjang lebar aku dah ceritakan tentang VIVA kesayanganku ini.... Alhamdulillah, kini kami sudah mampu memiliki 2 kereta. Gaji cik suami kini lebih besar dari gaji aku...... Maka, cik suami mampu menambah kereta lain.... Nak dijual Viva kami???..... Takkan kami jual hingga akhir hayat kami!!!... Viva yang banyak berjasa...  banyak meninggalkan kenangan buat kami sekeluarga.... Kami tetap bersamanya selamanya..... InsyaAllah......

6 comments:

Cikgu Nana said...

Viva kesayangan... Speechless, sama ler cam kelisa aku tu heee..... Kecik, senang nak selit.

Asmida said...

ha haaaa.... betulkan... senang sangat2 nak nyelit... iyelah bakat masa sekolah dulu2 masih ada hingga kini kan... aku kalau jalan2 lebih selesa bawak viva bebenonya....

Unknown said...

terbaekk

Unknown said...

terbaekkk

Asmida said...

TQ Mohd Fairullah... jom ler sertainya....

Mar Mansor said...

macamana suami akak gaji boleh dibayar terlebih ye?saya tak faham..

Jom tengok gambo2.........