Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

"SELAMAT TAHUN BARU 2013"

Setahun yang lepas masih segar lagi azam aku..... ada satu perkara ini tidak tercapai malahan semakin kritikal gamaknya.... iaitu misi mengkuruskan badan.... Bak kata orang... Kalau nak buat jangan kecoh2... buat jer diam2... bila dah success baru boleh diwar2kan... betulkah?. Owhhh.... itu orang lain... bukan aku.... bagi aku nak kecoh ke tidak ke terpulang pada individu tu. Bagi aku yang penting "Bukan Sekadar Berkata2...." Kena kuat semangat dan melaksanakan azam tersebut baru boleh tercapai apa yang dicita2kan.... urrmmm... aku akui bahawa memang aku sekadar berkata2.... nak kurus.. nak kurus... tetapi tiada tindakan yang aku lakukan!!... cit poooodaaah.... maka, tahun ini azam tersebut masih dihati TETAPI!!! aku tak mahu perkatakan lagi!... sentitif u!... betul2 seriau bila tengok diri sendiri.... eh... boleh gitu?... abes macam mana nak tengok cermin?... bak kata "cik loya"... kita pecahkan jer cermin tu dan buang jauh2....  haaaaammmmmpeeeh.....

Okeylah.... tak nak bercerita tentang azam 2012... Kini 2012 telah melabuhkan tirainya.... muncullah 2013.... Urrmmmm.... Apa azam baru korang tahun nie?.... Seronok baca azam dan matlamat 2013 korang semua... bolehlah dikongsi bersama... dijadikan panduan.... dijadikan semangat.... mahupun dijadikan harapan bersama...... Azam aku tahun nie?.... owwwhhh..... Oleh kerana ada satu perkara yang telah disebutkan tadi tidak berjaya tahun lepas... malah sibuk di heboh2kan... MAKA... dengan rasminya azam tahun ini Biarlah Menjadi Rahsia...... Bila dah success... InsyaAllah satu persatu akan aku masukkan dalam blog kesayanganku ini...... Hah!.. cerita pasal blog.... lama dah terfikir nak berpindah blog... kenapa?.. blog niekan macam tak privacy langsung bagi aku..... Taip nama aku je kat gugel boleh nampak semua cerita tentang aku sebab nama blog nie atas nama aku!!..... urrrmmmmm...  malulah pulak.... dulu2 masa buat blog nie aku tak terfikirlah pulak... main buat jerk.....  macam  best jerkan tahun baru... blog baru.... nama baru..... urrrmmmm tengoklah kalau aku rajin......

Perut dah lapar nie..... pagi tadi makan roti bakar dan roti canai x habes....(aik... makan2 lagi??). Masalahnya aku nie kalau x makan kompom satu badan  berangin.... mulalah terbaring dek melayan sebu dan senak perut.... pastu semua kerja tak jadi... aduh!..... nak buat macam mana kan.... memang dah lunch time... sebab tu perut pun dah tahu masa untuk diisi.... oklah.... aku nak blah makan dulu..... Aku pun dah mula kelas.... anak2 pun akan mulakan sesi persekolahan esok.... aku juga akan memulakan kehidupan menghantar/mengambil anak2 esok coz 2013 akan memisahkan aku dan suami dari bersama2 satu kereta ke tempat kerja. Dari awal perkahwinan hingga kini (10 tahun dah...), esok bermulalah episod baru dimana terpaksa menggunakan 2 kereta yang berlainan... arah yang berlainan... waktu kerja yang berlainan..... urrrmmmmm....  Aku akan masuk kerja pukul 7.30 dan cik suami pukul 8.00. Aku akan menghantar si kecilku Aleesya di Nusa Damai sebab akak aku dah pindah kesana.... jem tu nak masuk dan keluar..... dan cik suami pula akan ke Kota Masai menghantar Azim ke Tadika..... Kemudian tengahari akan aku ambil Afiq dari sekolah, mengantar beg dan baju sekolah agama pula..... dan sambung kerja. Kenapa aku ambil 7.30? sebab Afiq akan balik sekolah agama pukul 4.15... Maka aku akan punch out 4.30 supaya Afiq tidak menunggu lama..... tapi okeylah jugak kan... maknanya lepas nie aku boleh balik awal dari menunggu cik suami terconggok lama kat parking kereta bawah.... Menunggu yang kadang2 sampai nak balik jalan kaki jer balik rumah.... dah nie... senang cerita... nak balik awal ke lambat ker kunci kereta ada pada aku..... bukak pintu start enjin jalannnnn.............

Aduhlah hai... kata nak stop makan... boleh bebel lagi..... okey2.... kali nie betul nak stop nie.... Akhir kata.... Selamat menyambut tahun 2013... semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas... Semoga dipanjangan usia, diberikan kesihatan, dilimpahruahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala impian, cita-cita dan harapan. Sekian.... Wassalam....


No comments:

Jom tengok gambo2.........