Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, December 31, 2009

Makan dan menyauk.....

Kalau anda ke Teluk Sengat, Kota Tinggi anda boleh membuat beberapa aktiviti disana... Pertama: Makan2.... makanan di sana sebelah petang kira boleh tahan sedapnyer.....
Kedua: menyauk udang atau memancing ikan
Ketiga: Mengkrup udara segar ditepi pantai...... fuuuh ... besttt....
Nasi Goreng Seafood....... Sedap dan menyelerakan... guna bapak udang yer.....
Mee Goreng Seafood ... Udang memang marvellous punyer.....

Kedai makan disana..... semua ok2 belaka (ngadap laut)
Nie feberet aku kat sini.. mee goreng seafood.... sedap seeehhh...
Aktiviti menyauk udang

Menyauk udang2 geragau ditepi jeti
Boleh jugak menyauk sambil berposing... hi hi hikkkk

Hasil tangkapan kami sebelah pagi

Ikan yang masih melenting2....

Cuti-Cuti Malaysia

Percutian Ke Melaka

Kami Sekeluarga Bersama Adik2 Ipar

Disember datang lagi..... bermakna cuti sekolah yang panjang membuatkan anak2 berasa gembira dan enjoy.... maklum lah... exam dah abis, buku dah tutup, sekolah pun tutup... maka, gembira sakanlah mereka mengajak dan memujuk parent untuk jalan2 sempena cuti sekolah.....
Atas kesempatan cuti sekolah inilah, anak sulungku Afiq sibuk mengajak kami merancang percutian cuti sekolah... seperti biasa, kami yang sememngnya 'kaki jalan' bersetuju untuk cuti2 m'sia yang mana kami mampu........
Percutian kali ini membawa kami sekeluarga ke Melaka pada 18 Dis 2009... Kami bertolak jam 3.30 petang bersama2 adik2 ipar... Kami membawa 2 kereta.... sampai di Melaka jam 6.30 ptg dan terus ke Hotel Seri Malaysia, Air Keruh. Tapi, hotel penuh.... hubby dah muncung sedepa sebab aku x booking awal2.... (Ala, hotel lain banyak lagi...)... So, kami cari lah hotel2 lain disekitar Air Keruh... Penuh... then, kami ke bandar... ke bayview, emperor, orkid dan mcm2 lah hotel yg x pernah kami singgah pun kami singgah... semua full booking.... aduh... perut dah lapar.. badan dah penat.... kat bandar pun penuh.. then, kami ke Bandar hilir..pun penuh... then, kami ke Pantai klebang.... Semua full.... mula lah menyesal sebab x booking hotel awal2.... jelaslah menunjukkan Melaka nie memang negeri pelancongan terbaik di M'sia.... Kami makan dulu sebab perut dah bergendang menanyikan lagu2 pesta.... laporrrr..... Akhirnya...... tepat jam 12 mlm dapatlah kami merehatkan diri dan.. betul2 tinggal 2 bilik untuk kami tinggal di Dragon Hotel.... RM 150/room/day... padahal bukan hotel best.... dah terpaksa.... bolehlah.. dalamnya ada 3 katil single... bilik pon ok... badan dah penat... kami pun tidurrrr.......
Bersama anak2 di Mc'D Air Keroh
Esoknya, selepas kami menyiapkan diri.... kami check-out lebih kurang jam 11 pagi.... terus mencari kedai asam pedas Melaka... pekena asam pedas pari, ikan caru bakar, sayur, tempe goreng, ayam goreng dan asam pedas ikan kembong....mmmm, ok jugak asam pedas melaka nie... ada rasa rempah kari pun yer... daun limau, serai... Suamiku dah berkenan pulak dengan Asam pedas Melaka nie... hu hu hu...... dah balik dia mintak aku masakkan.... aku pun tibai jerlah macam yang aku rasa.. keh keh keh.. bolehlah......
Selepas berjalan2 di Melaka, jam 3.00 ptg kami bertolak ke rumah sepupu kami di Kajang... inilah hajat keluarga Mertuaku untuk meminang anak dara selangor... di Banting.... DiKajang tempat kami berehat dan menyiapkan persiapan terakhir hantaran adik iparku.... Esok rombongan meminang akan diadakan tengahari..... Tahniah buat Iwan dan Sue... Semoga ikatan pertunangan ini berkekalan dan bahagia kejinjang pelamin....


Hantaran (hijau-lelaki) (purple-Perempuan)
Selepas Majlis pertunangan selesai, kami singgah di Nilai 3.... mmm.. boleh tahan jugak murah barangan kat sini... oleh kerana kereta pun dah cukup penuh, so kami membeli apa yang bolehlah untuk dibawa.... kalau tidak mau aku bershopping Year End Sale kat sana!...... Aku just beli cadar dan comforter... cadar Queen kat situ baru RM15 dan comforter set tue (Queen) baru RM49...... Selepas jalan2 diNilai 3.... Malam tu kami terus balik ke Pasir Gudang... sampai di Pasir Gudang jam 12 malam........ penat tapi seronok dapat jalannnnnn.............

Thursday, December 24, 2009

Disember punyer cerita

Disember.... bulan terakhir dalan satu tahun.... Apa ada dengan Disember?????? Apa ada dengan Disember 2009????......
Yang aku ingat dan teringat adalah:
1. 5 Dis - Hari jadi rakan karibku masa sekolah dulu...... Erin...
2. 11 Dis - Hari lahir anak saudaraku yang montel ketika dilahirkan..... Zulfan... aku ingat sebab
masa nie aku baru balik dari Pahang dengan family mertua dari rumah kak long....
petang tu sampai JB, ingat nak gi HSI nak melawat.. dia kata dah nak balik Kota
Masai.... So, kami tunggu kat umah jer lah.... lagi satu 11 hb nie sama dgn anakku,
Azim.... bulan depannyer.... 11 Jan... aku pulak yg deliver....
3. 14 Dis - Hari bersejarah yang menjadi kenangan manis umur hidupKu... aku bergelar isteri....
My anniversary..........
4. 16 Dis - Bermula tahun ini... sebab baby nie lahir tahun 2009... so, lahir lah sorang lagi anak
sedaraku.... Aiman........Anak sulung kepada Ejai dan Ekin....Tahniah...
5. 17 Dis - Besday girl adik iparku Asniwaty.......... umur dia nie bawah aku setahun..... dia lah
adik ipar yang mana kami bersanding serentak......
6. 20 Dis - Hari lahir anak saudaraku.... Hazira... sebaya dengan anak sulungku......
7. 22 Dis - Majlis persandinganku diadakan dirumah mertuaku....

Apa lagi yerk peristiwa yang berlaku di bulan Disember.... yang kata seertinya akhir tahun????

Monday, December 7, 2009

ErTi sEbuAh PeNghArGaAn

Untuk menghargai seseorang terlalu banyak cara yang boleh kita gunakan samada kita mahu memberi sebuah senyuman, ucapan terima kasih, pelukan, ciuman atau pun memberi sebuah hadiah. Penghargaan kepada seseorang amat penting supaya seseorang yang menerima penghargaan itu berasa gembira, dihargai dan akan meneruskan tabiat tersebut pada masa akan datang.
Teringat aku pada suatu ketika dahulu... ketika kita masih bersekolah rendah, sekolah agama dan bersekolah menengah. Pernahkan kalian menerima penghargaan dari pihak sekolah atas kepintaran kita didalam kelas?...... Alhamdulillah, setiap sekolah aku pernah menerima kenangan (hadiah) dari pihak sekolah. Bagi sekolah agama dan sekolah kebangsaan, aku pernah menerima hadiah buku2 dari pihak sekolah kerana aku berjaya mendapat no 1,2 atau 3. Bagi Sekolah Menengah pula, hadiah tempat 1,2 dan 3 tidak mendapat hadiah walaupun aku menduduki 3 nombor terbaik tersebut. Namun, satu kejutan, sebab tidak ku sangka aku mendapat pendidikan seni terbaik keseluruhan tingkatan 2. Tidak pernah terjangkau dek fikiranku bakal menerima penghargaan itu. Sijil tersebut menjadi bukti sehingga kini. Syukur atas kehendaknya... Mungkin ibu bapaku bangga dengan kejayaanKu ketika itu......... Semua sekolah aku merasa setiap penghargaan mereka.
Walaupun sudah tamat alam persekolahan, syukur tidak terhingga berkat kesungguhan demi cita-cita aku turut berjaya mendapat penghargaan dari pihak Universiti atas kejayaanKu. Ketika di ITTHO, aku turut menerima beberapa keping Sijil Anugerah Dekan atas pointer terbaikku ketika pengajian DiplomaKu... Tidak sekadar disitu, ketika aku mengambil Ijazah aku turut menerima beberapa Sijil Anugerah Dekan dari pihak OUM.... Syukur.. Syukur.. Syukur Alhamdulillah.......
Hadiah Hari Lahir + Peperiksaan
Semoga sejarah hidupku ini menjadi pengajaran dan panduan buat anak-anakku suatu hari nanti. Bukan senang untuk mendapat sebuah penghargaan. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berazam untuk mencapai sebuah cita-cita yang kita idamkan.
Kini, cukuplah ia menjadi sejarah dalam hidupKu. Apa yang aku harapkan kini giliran anak-anakku mengecapi kejayaan dan penghargaan(hadiah) yang mereka impikan. Aku tahu, anak sulungKu selalu berbangga sekiranya dia mengaji mendapat L(lancar). Kalau pada buku rekod harian mengaji dia dapat S(sederhana), muka dah lain bila balik dari sekolah. Bukan sekadar mengaji, jika dia menjadi ketua ikrar disekolah, ketua doa dikelas atau sebagainya, dia akan bercerita dengan rasa bangga. Apalagi bila mendapat keputusan peperiksaan, dia akan bangga bila buku penyata dia penuh dengan A. Maknanya, dia juga mempunyai harapan dan cita2 untuk berjaya.
Namun, belum sampai rezekinya untuk meraih hadiah dan tempat 3 terbaik di dalam kelasnya. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana ada peningkatan dari umur 5 tahun hingga 6 tahun. Seterusnya, ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan tengah dan akhir tahun. Pada keputusan yang lepas, dia dapat semua A dan 1B manakala pada peperiksaan akhir dia mendapat semua A. Tahniah Afiq!.... Nombor kedudukan didalam kelas turut menurun kepada kedudukan yang lebih baik. Mama bangga dengan kejayaanMu....... Mama harap, masa akan datang ia akan terus semakin cemerlang dan menjadi kebanggaan Mama, cikgu dan sekolah suatu masa nanti......
Bagiku, penghargaan dan janji perlu ditunaikan pada anak2 supaya mereka akan lebih berusaha pada masa akan datang. Hadiah basikal ini Mama belikan atas kejayaanMu disekolah. Mama berharap Afiq akan lebih rajin dan berusaha untuk lebih berjaya dan cemerlang.

Errmmmm.... hadiah kena dibahagi adil. Oleh kerana abang dapat hadiah, adik pun mama bagi hadiah sebab adik rajin tolong mama masak kat dapur kannnnn?..... So, mama juga harap Adik Azim menjadi insan yang bijaksana suatu hari nanti.........

Thursday, November 26, 2009

Konvo anak beranak.......

Continued from....
Semalam selamat berjalan ke Cameron Highland......Malam tadi penat berjalan disekitar Kota Metropolitan Kuala Lumpur.... dan pagi ini giliran untuk aku dan suami menaiki pentas PWTC untuk mengambil folder yang kiranya 4 tahun berjuang untuk memilikinya..... Tahniah buat diriku.. suami...anak-anak, ibu dan bapa yang banyak memberi sokongan untuk kami meneruskan perjuangan hidup ini.......


Tahniah buat semua para graduan.....

~family tercinta~

Selepas seminggu selamat aku berkonvokenyen di PWTC, kini giliran anakku yang sulung pula untuk meraikan majlis konvokesyennya di Tadika At-Taufik, Jalan Jambu. Tahniah buat Muhammad Asrul Afiq kerana berjaya menamatkan alam Tadika yang mungkin sukar untuk dilupakan.....(macam kita dulu2)....


Semua pelajar Tadika At-Taufik.... 5 thn dan 6 thn.....


Tahniah sayang.....Mama sayang sangat kat Afiq......


Dengan penuh rasa bangganya........

Friday, November 20, 2009

Kabus di kedinginan salju........

Lama benar rasanyer tidak mengupdate blog aku nie yang kiranyer hampir terbengkalai.... Nasiblah baik still ingat cara2 untuk login, update dan sebagainya.... Bukan apa... semenjak last entri pasal raya tu... Aku diserang kebizian dek penangan audit SPP Poly, Audit Sirim dan macam2 tugas yg mengekang untuk aku update blog ni.......InsyaAllah, kini keadaan kembali asal coz silibus sudah aku settlekan cuma markah pelajar sahaja yang aku masih belum siapkan.
Minggu lepas, 12 Nov aku mengambil cuti setelah penat fizikal dan mental menyiapkan semua tugasan di tempat kerja. Selain itu, pada minggu itu juga aku berkonvokenyen diPWTC setelah memerah otak selama 4 tahun semata2 untuk mendapatkan segulung Ijazah. Alhamdulillah, akhirNya...

Semoga Afiq menjadi anak yang soleh......
Perjalananku pada 12 Nov bermula jam 8.30 pagi. Perjalananku kami ini melibatkan ibu dan ibu mertuaku... Al-Maklumlah... kerana mereka kami berjaya... bagi meraikan kejayaan ini, kami membawa mereka ke cameron highland. Apalagi, melonjaklah kedua2 anak bujangku bila dengar ke Cameron highland. Entahkan mereka tahu atau tidak apa ada di situ, aku tidak pasti.. Yang pastinya Ogos 2008 (tahun lepas) aku beru sahaja membawa mereka kesana.........
Kabus yang embuat anakku gembira.. konon dah sampai awan.....
Pada 12 Nov tu, kami ke KL dahulu untuk mengambil jubah konvo...... Selesai mengambil jubah lebih kurang pukul 5 dan diiringi dengan hujan lebat diluar dan didalam kereta.... kenapa????... Anakku Azim boleh pulak merajuk sebab x bawak dia masuk dewan untuk ambil baju. Pening jugak melayan dan memujuk dia.... Nak jugak masuk... suruh jugak kami pusing kereta utk masuk dewan....... Masa tu dah x keruan dengan hujan lebat diluar dan Azim yang merajuk. ansiblah baik kami semua berjaya memujuknya.. rasanya hampir 1 jam dia menangis....dahlah dalam keta.... hanya hati yang sabar mampu menanganinya..... So, kami bertolak ke Perak dengan keadaan hujan lebat yang amat. Sampai di Simpang Pulai lebih kurang jam 8.15 malam.. masih lagi hujan. So, kami buat keputusan untuk menginap dibawah sahaja. Selepas makan malam lebih kurang jam 9 mlm, badan dah mula rasa letih... apa yang penting???... Tidur... So, kami mencari hotel diarea Simpang Pulai to Ipoh ( Lebih kurang 15 km)... Susah jugak... tanpa memilih kami jumpa jugak tempat untuk kami berehat.... Seawal jam 7.30 pagi kami semua sudah siap untuk check-out hotel. Mula terasa kelainan pada tayar kereta.... mula rasa cuak apa yang x kena..... So, kami bersarapan then mencari kedai tayar... Bila tanya semua kata bengkel buka pukul 10... Lama lagi nak tunggu... Kami pun jalan slow2 dan berdoa semoga semua selamat... Syukur, ada ter'jumpa 1 kedai yang bukak. So, kami betulkan tayar... yang rupa2nya kena paku dan mengembang... Last2 tukar 2 biji tayar belakang. Lagipun perjalanan kami masih jauh... terpaksalah mengeluarkan duit untuk cina kat situ......
So, kami sampai di Cameron Highland lebih kurang pukul 12 tengahari.. destinasi pertama ke Taman rama2... (Dewasa RM5 dan kanak2 RM3). Sukalah anak2 aku tu.. dalam tu ada rama2, gonggok besar, ular, arnab, itik, angsa dan mcm2 lagilah.... Setelah puas dalam taman tu, kami ke Brinchang utk makan tengahari. Selepas makan kami ingat nak ke Pasar Malam, tapi yang baru bukak hanya 2 atau 3 kedai aje.. masa tu jam menunjukkan 2.30 petang. Takkan nak tunggu, bila nak sampai KL nanti... So, kami just ke KEA farm aje untuk membeli belah. Aku just beli bunga, jangung, strawberi kering dan buah stwberi.... makanan lain keledek ke, jagung ke, makanan ringan aku dah bedal dalam kereta.....
Sebelum balik, sempat lagi singgah ke ladang teh. Sekadar nak menunjukkan pokok teh pada anak2 ku... Tahu ke dia???... Petiklah jugak anak2 akan daun2 tu sikit untuk kenang2an. Bila dah penat posing dan bershopping, kami memulakan perjalanan untuk turun..... Untuk ke KL mengambil masa 3 jam lebih jugak perjalanan. Tol = RM32.... mmm... boleh tahan jauh... macam nak balik johor semula dari KL... hi hi hi... kalau tak, bila masa g nak jalannnn...... Syukur, kami sampai di rumah kak Intan di TUDM Shah Alam lebih kurang pukul 8 malam. Masa tu badan dah lepak jugak. terima kasih coz menghidangkan makanan yg sedap2.. byk giler dia masak.....Malam tu jugak dia ajak kami (ibu2) ke bandar KL.. tengok gelagat masyarakat KL ditengah malam.. aku pun join sekali.. keluar dari rumah pukul 11.30 dan kami balik hampir pukul 2 pagi... round2 KL... fuh.. penat giler rasa..... namun semua itu pengalaman yang tidak dapat dilupakan...... TQ Kak Intan dan Abg Nazri coz banyak membantu kami sepanjang kami di sana... TQVM....
(To be continue 4 the next day.... Konvo)

Wednesday, October 14, 2009

Meriah Maria Mariahhhhhhhh

Jumaat 9 Okt 2009 - Politeknik Johor Bahru yang terletak di Pasir Gudang telah meraikan majlis sambutan hari raya secara besar-besaran diantara semua jabatan yang telah diadakan di perkarangan tempat kereta pentadbiran. Sambutan telah diadakan bermula jam 8 hingga 12 tengahari yang telah dianjurkan oleh Kelab kakitangan PJB dan Koperasi PJB. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti khemah terbaik, juadah terbaik, pakaian glamor (individu), cabutan bertuah dan banyak lagi acara menarik telah diadakan.

Sabar menunggu untuk acara makan-makan

Semua staf dan pensyarah PJB dijemput hadir bagi meraikan majlis gilang-gemilang ini. Sambutan telah dimulakan dengan ucapan Tim.Pengarah kerana Pengarah PJB tiada masa ini. kemudian acara makan2 sampai kenyang.... semua boleh makan dikhemah jabatan masing2 atau ke khemah jabatan lain..... Boleh pulak menu JKM dan JKE sama!... kes meniru lah nie... konon tema ala kampung!...... Siapa meniru siapa masih dalam siasatan.

Dikalangan ibu2 JKE sedang asyik menikmati hidangan masing2, tidak kurang juga dengan penulis yang sudak melantak kekenyangan (tu yg muka tersenyum tengok kamera!)... menu yang ada di JKE Laksa Johor, Ubi rebus, lontong kering, kuih muih, pisang dll. Hidangan yang amat mengiurkan.Sebelum acara makan, para ibu muka kemasaman sebab perut dudah berdendang2... tetapi apabila sudah makan muka mereka sudah berlainan. Puas aje nampak nyer....
Ini pulak tibanya acara membawa pulang hadiah tempat pertama cabutan bertuah... Pemenang ingatkan dapat basikal yang boleh dihadiahkan untuk anaknya yang bakal menyambut hari lahir x lama lagi. (sebab tahun lepas tempat pertama : basikal yg mahal tuu). Namun, pemenang tetap besyukur kerana dapat bawa pulang hadiah tidak seperti suaminya yang pulang hanya membawa lebihan ubi rebus untuk keluarganya. Namun, kedua2nya tetap bersyukur ada juga sesuatu yang hendak dubawa pulang.

Di sebelah malamnya pula, penulis berasa berbangga kerana suaminya telah membelanjakan sedikit dari wang gajinya untuk meraikan dapat naik gred32. beliau pun amat suka kalau cerita pasal makan free ini. Maka, sambutlah mereka ke majlis makan2 di Kg pasir Putih bersama keluarga tercinta.
Sayur Kailan
Tom Yam Power

Sotong Tepung

Siakap 3 rasa
Inilah dia muka suami penulis yang telah dinaikkan pangkat ke 32. Mudah2an beliau dengan segera lulus PTK bulan Nov ini dan kemudian secepat mungkin dapat naik ke 42. Semoga dilimpahruahkan rezeki untuk beliau dan keluarganya. Amin.
Ini pula Majlis makan lagi di rumah best friendku Yana...Pada malam ini aku telah berjumpa kembali kawan2 yg telah lama tidak dihubungi.. inilah rakan S.M.K Semenchu... Ayu, Adi, Deen, As, Erin,Yana...dan Apai bukanlah orang asing bagi mereka.....Sekian untuk laporan kali ini....

Friday, October 2, 2009

warna warni kemeriahan mata

Perjalanan jauh tak ku rasa... kerna hatiku melonjak sama... ingin berjumpa sanak saudara... yg selalu bermain dimataaa......... Semangat menyambut hari raya tetap akan kita alami terutama dapat berjumpa ibu bapa yg dirindui........
Dik.. akak nak sate 200 cucuk....

Semoga Allah satukan hati2 kami....
With my husband family

Bersama atuk di Kg Baru, Sg Rengit
Berlalulah sudah .... Syawal.... sebulan kita beraya..... ops!... lom habis dan sempat lagi untuk kita berpuasa enam dibulan Syawal ini....... Syukurlah dapat kita menikmati hari raya lagi tahun ini.... Semoga Allah panjangkan umur kami semua dan diberi kesihatan dan dilimpahruahkan rezeki kami semua... Amin....

Friday, September 11, 2009

Siakap Asam Pedas.....

Semalam genap 20 hari umat islam melaksanakan ibadah puasa. Syukur tak terhingga kerana aku berjaya mengharungi dugaan berpuasa bagi tahun ini....... entah lah kenapa kali ini aku berpuasa dengan pelbagai dugaan yang mendatang..... namun aku tetap bersyukur kerana diberikan aku, anak2, suami dan parent kesihatan. Syukur.. syukur..syukur.... Alhamdulillah....
Dugaan??? apa dugaan aku berpuasa tahun ini berbanding tahun2 yang lepas?????.... mmm... biasanye kalau menyambut bulan ramadhan.. aku excited nak makan yang best2...... kerana aku minat masak..(walaupun x sedap), aku akan cuba buat dan terus buat..... Tapi berbeza kali ini, nafsu makanku x seperti tahun2 lalu.... aku akan ikut aje apa yg anak2 dan suami nak makan...... aku x kisah.... lagipun kalau aku makan pun hanya dapat menelannya dalam suku pinggan jer sekadar untuk mengelak lapar..... mungkin cara pembawakan aku kali ini berbeza dengan yang lepas2......

Dah seminggu kami ( ex-schoolmate ) menceritakan masakan2 dibulan Ramadhan... adalah sedikit teruja nak mencuba menu2 mereka..... emmm... semalam aku masak untuk berbuka.... siakap asam pedas dan sotong tepung...... resipi asam penas ini aku dapat dari rakanku Yana.... bukan aku x pernah masak dengan bahan2 resipi darinya... resipi asam pedasnye sama dengan cara aku masak tapi berbezanya.... semua dimayang...(bawang2, halia)... cuma lada aje yg dikisar.... aku pun cuba.....dan inilah hasilnya......(mmm.. siap masuk dalam pinggan bentuk oval lagi tau....)... itu juga cadangan dari rakanku Yana... TQ Yana coz give the resipi....mmm.... apa komen suamiku??????..... sebelum ini aku masak ikan siakap akan ko potong2 dan rempah akan ku blender..... kali ini berbeza.... jawapan yang membanggakan..."sedaplah As... sedap siakap nie.. lain kali bolehlah masak lagi......"padahal sebelum ikan ini dimasak lain bunyinye bila aku tanye nak masak apa... 'Asam pedas... sedap ker ikan nie masak asam pedas????masak 3 rasa lah...' Apa2 pun aku berjaya menghasilkan siakap asam pedas (dari Jalan2 cari makan)-Resipi Siti Rodiahana... hah haha haaa........(sedap2 Yana... marvellous....)...

selain siakap, dapur sebelah lagi tu aku masak sotong goreng tepung...... hah.. itu resipi aku... aku belum success lagi masak sotong nie.....sebab mesti tepung terbuka.... sotong berjoget2 dalam kuali aku... abis penuh minyak kat dapur... tension2.... oleh kerana aku dok bising kat dapur menjeritkan kena minyak jer kat diri aku nie... Allah pun maha kuasa.... boleh pulak gas umah aku abis.... nasib baik dah 3/4 gorengan...... terpaksalah aku tangguhkan masak... masa tu jam dah pukul 7 mlm.... last2.... x sempat aku mengoreng tempe tepung dan sayur .... makan jer lah siakap dan sotong tepung tu.... dahlah anak sedaraku si haziq ada..... aku siap promosi cakap nak masak special ari nie.... boleh pulak gas abis!...... ( dulu ada 2 tong gas.... boleh pulak cian kat student umah sewa.. kami bagi jerlah kat dia satu.... )... Anyway.... Syukurlah ada rezeki untuk berbuka puasa semalam...... Selamat berpuasa... banyakkan beribadat... mudah2an kita bertemu malam lailatul qadar itu......... dan doa kita dimakbulkan olehNya.... Amin.

Wednesday, September 9, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu

Sejak akhir2 ini aku lebih rajin membuka facebook kerana tiba-tiba terjumpa semula kawan-kawan lama....... kenangan lama bersama rakan-rakanku tiba-tiba muncul semula....... Dulu aku bersekolah di sekolah Tadika Felda Air Tawar 5. Kenapa muncul????? haaah... ni gara2 Yana lah nie membuka semula album buruknyer itu..... (sorry ek Yana ... Gurau jer..)... Ala.. bukan apa.. aku tak suka tengok gambo aku masa tadika.... entah apa2 gambo tu.. buat malu aku jerk... (Abis aku kena kutuk abis2an dengan Erin dan Yana.. huh hu hu... )...
Selepas itu, sambung pula ke SK FAT5..... namun aku bukanlah sepandai Rapiah.. Nonon (Aisyah)... atau Zakiah.....yang mana dapat melanjutkan ke sekolah berasrama penuh..... Hah.... mereka semua nie aku jumpa semula dalam facebook lah..... Tapi... Aku berasa bangga kerana aku terpilih sebagai CALON untuk ke Asrama Semai Bakti... (Ingat tak sesapa kawan2 yang dapat masa nie kena ada test???????? )... Ramai2 kena amik peksa... banggalah aku masa tu coz aku sorang yang dapat nak dibandingkan dengan Shiela dan Sarini (My best friend merangkap my neighbour)..... mmmm banggalah jugak... namun UPSR aku x lah semua dapat A..... maka, x dapatlah aku ke asrama penuh macam kawan2ku yang berjaya ini.....
Mungkin bukan rezekiku di sini.. kita kena terima dan reda atas ketentuannya.... Aku menyambung ke SMK Semenchu..... Masa tingkatan 1, aku masuk kelas 1 benar.. bukanlah kelas first.. Ikhlas/Falah... macam Yana, Erin dll...... Namun semangat aku tak pernah pudar untuk meraih kejayaan...... masuk tingkatan 2... aku still x berjaya ke kelas first... aku masuk 2 amanah... tapi masa nie.... aku sering kena puji dalam kelas sebab..... Akulah paling rajin, akulah sumber rujukan kawan2 yg x buat homework.... akulah yg selalu kena puji... dan aku lah yg glamer masa nie... ( hahaaaa... perasan gitu!.... ).... kenangan yg x dapat aku lupakan masa tingkatan 2 nie lah aku mendapat tempat pertama/kedua sahaja dalam kelas bersama Marhayu Jamak...... dan lagi satu.. masa nie jugak aku mendapat pendidikan seni terbaik bagi keseluruhan tingkatan 2.... (bukan senang nak dapat hadiah tau!... hadiah no 1/2 mana dapat hadiah melainkan matapelajaran terbaik keseluruhan tingkatan!... )... Masa nie pun aku tak sangka... aku lukis gambo fanstasi.. konon2 nak lukis raksasa... last2 masa guna water color dah terjadi hantu casper..... masa nie, classmate aku kata aku lukis cantik.... nak gak lukisan aku letak atas sekali sebab cantik.... tapi bagi aku biasa jer....... namun aku bersyukur.. mungkin rezeki namanye..... aku reda.... sebenarnya bakatku lebih pada seni lukis.... masa sekolah rendah dulu ingat lagi.. cikgu elias suruh aku buat model rumah bagi mewakili sekolah pendidikan seni.... (wakil sekolah tu...).... tapi entah... siapa nak bantu aku masa tu??..... ada mak + abah jer yg tak tahu apa2.... last2 kalah.... dan bakat aku abis macam tu aje...... kalau kata minat... aku sememangnye minat buat menda2 seperti ini..... Then, masa form 3 aku masuk 3 Iklas... tercapai jugak cita2ku masuk kelas first... memula masuk segan jugak... maklum ler... siapalah diriKu????????..... namun aku kena terima demi mencapai hasrat dan cita2ku......
Masa berlalu pergi..... Aku semakin akrab dengan rakan2ku... untungnye apa pada diriku???? aku punye ramai kawan.... dari kelas bawah sampailah kelas atas.... semua kawan aku.... aku x pernah memilih kawan dan aku bukanlah dikalangan mereka yang sombong..... aku telah masuk ke 4 Ilmiah... still bersama kawan2 lama dan ditambah kawan2 dari dari kelas 1 Falah..... first class ada 2 ( Falah/Ikhlas... ERT/Pertanian )... aliran yang lberbeza..... So, kelas Ilmiah merupakan satu2nye kelas sains tulen....... bila dah masuk kelas first nie... aku bukanlah orang yg dapat no 1/2/3 dalam kelas........ biasa jer... mmm.. teringat aku pada teman2 lama SMKS...... mungkin ada yang aku terlupa nama tapi ingat rupa... dan ada yang ingat nama terlupa pulak rupanye.... ini lah kehidupan.. usia semakin meningkat.... ingatan semakin pudar.... tapi bila terjumpa kawan2 lama dalam facebook... aku still ingat kat mereka.... suhaili, azman, fauzi, faiz dan banyak lagi lah...... Kalau kawan baik yang memang rapat tu macam Erin atau Yana memanglah dah jadi kawan asyik nak mengene2 jer.... aku lah yg selalu jadi mangsa buli mereka!......... tapi, aku reda kerana aku kenal siapa mereka !........
Namun, kenangan lama bersama rakan2 tetap disanubari...... kalian tetap diingatan..... Setelah aku bekerja di PJB ini, tambahan pula aku sering membuat pameran kerjaya di sekolah2 aku teringat pada SMKS.... lalu aku cari di yahoo mana tahu ada laman web SMKS.... terjumpa blogspot.... tu yang aku add pada aku punye blog.... nak tahu jugak perkembangan terkini sekolahku.... ada sedikit perasaan bangga sekiranya SMKS mempelawa Politeknik Johor Bahru untuk membuat pameran kerjaya mereka..... (seperti sekolah2 lain yang aku pergi...). Hari ini aku menerima mesej dari kaunselor SMKS... nak tahu apa perasaan ini????.... bangga kerana SMKS sekolah lamaku..... tanpa guru2 yang mendidikku.. aku tidak menjadi seperti ini..... terima kasih wahai guru2ku.... Sekiranya kalian ingin mempelawa politeknik untuk pameran, bolehlah menghantar surat kepada pengarah ( En. Shabudin Bin Man ) atau pegawai perhubungan awam ( Pn. Shantini Devi), KM 10 Jalan Kong Kong, 81700 pasir Gudang, Johor...........

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Salam sayang buat suami dan putera mama berdua....... Afiq dan Azim..... Maafkan mama sayang, kerana meninggalkanmu dalam tangisan.... Mama dan Papa nak keluar mencari rezeki dan abang Afiq melangkah keluar demi menunaikan tanggungjawab untuk menimba ilmu agar menjadi insan yang berguna...........Adik (atau Abang Ngah-tapi dia marah kalau panggil abang ngah...adik jugak) kena tinggal umah tok mak jap...nanti Ma Ani ambil dok umah ma eh..... Adik jangan lah nangis sayang... Mama, Papa dan Abang sayang sangat kat Adik......Kalau boleh kami semua nak dok umah sama-sama dengan Adik tapi, ada benda lain yang kami kena laksanakan... Maafkan mama ye sayang......
Sabtu ini kita bakal menyambut bulan mulia.. bulan Ramadhan A-Mubaraq. Semoga dibulan yang mulia kita kita dapat menyambutnya dan tidak melepaskan peluang untuk mengecapi kelebihan Ramadhan..... buat Afiq mama harap abang dapat puasa penuh tahun ini.... Mama juga serta Papa......InsyaAllah..... Semoga Allah menerima segala amalan dan kebaikan kita selama ini dan memaafi segala kesilapan kita.......

Selepas berpuasa kita bakal menyambut Syawal yang mulia...... Pada tahun ini merupakan tahun perjumpaan keluarga Hj Omar yang mana kami akan sambut 2 tahun sekali.... Kali ini giliran Mak Busu aku di Kuala Lumpur... dan Majlis 2 tahun lepas kami adakan di rumah aku (Pak ngah)..... kad jemputan dah diterima..... Surat comfomkan yang kami pergi pun kami dah reply.... Actually, Majlis kali ini disambut selama 2 hari 1 malam.... selama nie kami hanya menyambut nye dalam majlis 1/2 hari sahaja.......

Mengikut aturcara majlis yang kami terima, majlis dimulakan pada raya ke-2 di rumah pak busu...jam 10-12pg... pendaftaran dan bacaan yassin. Kemudian selepas solat zuhur, kami beramai2 akan ke Presscott Metro Inn Hotel, Kajang..... petang acara bebas dam malam dinner meraikan sambutan hari keluarga Allahyarham Hj.Omar. (Pakaian batik/baju raya). Besok pagi nye pula dia adakan majlis sukaneka..... dulu masa 4 tahun lepas rumah mak Itam pun buat sukaneka jugak.... 2 tahun lepas jer umah aku x buat... he he he heeeee.... tentu seronok.... Tapi, sekarang nie musim H1N1.... mungkin aktiviti dan majlis x dapat dilaksanakan semeriah dulu..... Maklum aje lah.......( siapa yang tak gentar dengan wabak maut nie.... ). Semoga Allah melindungi kita semua....

Presscot Metro Inn Hotel, Kajang

Persiapan????... Kalau kami jadi tuan rumah macam 2 tahun lepas... memang lah buzy gak.... meeting3x coz nak cari kata sepakat.... baju, makan, khemah, pengacara dan macam2 lagi lah.... tapi kali ini, persiapan kami hanya penampilan baju seragam keluarga Hj.Wahab..... Emmm cuba teka kaler apa tahun nie.......

2 Tahun lepas.... color green-blue........

adik beradik bapaku..... Anakanda Allahyarham Hj Omar

Untuk tahun ini, keluarga Hj Wahab (Pak Ngah) akan mengenakan busana melayu berwarna merah....... emmm, tentu dari jauh dah nampak kan?..... namun, kali ini kami tidak beli baju satu kayu.... cuma tema warna merah dan tudung putih.....ops... songkok hitam..... he he hee..... dan mungkin kena bincangkan untuk baju masa sukaneka pulak nanti?????..... baru best same baju t-shirt untuk keluarga Hj Wahab..... nampak sket keseragaman..... Namun, bagi yang membaca cerita ini.. bukanlah mudah untuk menguruskan majlis seperti ini... dan nak beli baju pun belum tentu semua ahli keluarga setuju... kang ada yang nak A.. B dan macam2lah..... Biasalah, apabila dalam satu keluarga tu... ada yang rezeki lebih, ada yg susah sket, ada yang anak ramai, anak sikit, ada yg keje, x keje, x suka baju nie, suka pakai nie....mmm... macam2 lah kerenah bila kita dah berkeluarga besar nanti...... aku pun satu.... keras kepala gak nak dengar kata aku jerrrr.....he he heeee......

Friday, August 7, 2009

Sedih atau Suka........

7.8.09. Bulan Julai lepas merupakan ulang tahunku yang ke-30..... Ini menunjukkan usiaku kini meningkat dan semakin berusia....... Pada bulan lepas juga, aku dan suami telah merancang untuk menimang cahaya mata baru......(yang ke-3). Maklumlah anak ke-2 ku sudah berusia 2 setengah tahun... yang abang pulak... dah nak masuk sekolah rendah...... Tambahan pula aku pun telah selamat menghabiskan pengajianku diperingkat Sarjana Muda....... So, aku rasa ini masa yang sesuai untuk menambah bilangan ahli keluarga kami..... Aku merancang agar kelahiranku nanti pada hari lahir suamiku.... bulan April........
Namun....
Apa yang ingin aku cerita disini ialah keadaan sekarang yang terjadi di Malaysia.... Hampir setiap hari pasti akan aku buka laman web kementerian kesihatan untuk melihat perkembangan terkini berkaitan wabak selesema babi yang kini semakin menular di Malaysia....untuk maklumat lanjut bolehlah melawat laman web.................................. http://h1n1.moh.gov.my/
Minggu lepas PJB telah ditutup kena terdapat beberapa pelajar yang telah disahkan positif H1N1.... Masa tu, kelam kabut jugak lah... Mau tak takut??????... Tapi masa tu belum sibuk cerita tentang kematian lagi..... aku pun x berapa kisah....... Tapi kini??? hampir setiap hari ada kematian berkaitan virus ini..... itu yang menjadikan aku semakin takut dan risau....
Risau yang pertama....
Anak-anak ku yang masih kecil dirumah..... dah lah ditinggalkan di taska..... Risiko tentang penyakit berjangkit di taska memang tidak dapat dinafikan lagi...... anak ku yang ke-2 pula di rumah orang jaga (jiranku)... yang selalu berulang ke Singapura... namun, aku setiap hari akan memantau kesihatan anak2ku.... Mudah2an anak2ku sihat2 selalu....Minta dijauhkan dari sebarang penyakit......Amin.....
Risau yang kedua......
Ini lah yang menjadi risau untuk diriku pula.......sejak kecoh berita H1N1 ni lah yang merisaukan aku. Risau jika aku mengandung.... kalau boleh nak cancel jer planning bulan lepas tu.....kerana ibu mengandung mempunyai risiko tinggi..... Aduh.. ini yang memeningkan aku...... boleh ke cancel benda nie?.......
(melalui petikan laman web kesihatan, golongan yang berisiko tinggi ialah...):
1. Children younger than 5 years old
2. Persons aged 65 years and older
3. Children and adolescents (<>4. Pregnant women
5. Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
6. Adults and children who have immunosuppression
7. Residents of nursing homes and other chronic care facilities

Planning untuk mengandung bulan lepas, hari ini telah mengesahkan yang aku positif mengandung......... padi tadi aku telah menguji menggunakan UPT dan terdapat 2 line kat situ..... sesuatu yang aku khuatiri betul2 terjadi...... tapi, suamiku banyak memberi galakkan semenjak minggu lepas lagi (sebab tiap2 hari aku risau kalau aku mengandung sebab kes H1N1 lah nie). Ya Allah selamatkan lah diri, ahli keluargaku dan sanak saudaraku dari sebarang wabak penyakit....
So, adakah ini suatu berita gembira buatku yang sememangnya aku dah plan nak bersalin pada hari lahir suamiku bulan April 2010 nanti........... atau.........
berita duka disebabkan aku tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi penyakit H1N1 ini?............

*** Kalau anda di tempat saya, adakah ini berita sedih atau suka???????????

Jom tengok gambo2.........