Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, July 26, 2012

Sambut Ramadhan

Salam Ramadhan ke 6 untuk hari ini........ Bagaimana Ramadhan kali ini?... sudah ada penambahbaikkan berbanding Ramadhan tahun lalu?... bagi aku biasa2 aje dan hajat dihati teringin menunaikan solat terawikh di Masjid tetapi hingga hari ini masih belum tertunai dek kekangan masa, kerja, anak2 dan macam2 lagi perkara lain yang perlu ditunaikan. Alhamdulillah, ada kesempatan dapat juga aku mengaji Al-Quran walaupun tidak dapat menunaikan solat terawikh... Tak perlah, janji kita buat semua ikhlas kerana Allah... Kalau buat semua kerana terpaksa... hati merunggut2... solat pun fikir rumah tak setle pun tak guna juga kan... hi hii hiiii....

Apapun, Ramadhan kali ini aku sambut amat berbeza dengan norma orang lain. Biasanya, aku sambut dengan family, berkumpul reramai, makan sesama tetapi kali ini???.... terpaksa menunaikan janji pada anak2. Cik suamikan rajin sangat melayan anak2... kalau aku tak de ler.... tunggu lepas raya ler kalau nak janji pun!!... he heheeee..... Apapun, aku no komen just ikut ke mana yang terbaik. Tiada halangan pun kalau nak stay kat hotel di awal Ramadhan.... hi hii hiiii...

Actully, 3 minggu sebelum puasa tu aku dan cik suami telah berkursus di Pulai Desaru Beach resort selama seminggu. Tetapi bilik dan makan malam aku abaikan sebab aku berulang alik Pasir Gudang. Tetapi, ada 1 hari tu aku layankan juga anak2 1 malam + dinner kat sana. Tu yang anak2 request nak lagi ke sini... apa korang ingat nak pergi sini semua dapat free ke apa???.... huhhhh.... letih kalau nak penuhi semua hasrat anak2..... sekali jerk borak punya borak dalam FB dengan group sekolah lama rupanya ada sorang member nie dia ada sewakan 1 bilik khas dengan harga kawan2 yang sangat2 murah!!... Bila dengar offer baik punya aku apa lagi... certanya cik suami dan member tersebut.... bayangkan dengan harga bilik biasa RM350++ aku boleh dapat harga less then RM100!!... apa lagi.. cik suami terus kata jadik!!... apalagi... Jumaat balik kerja terus zaass ke sini.. ingat nak mandi kolam tapi tak sempat........

view  dalam bilik di Pulai Desaru Beach Resort.... sangat2 luas ok!...
Ni pulak view diluar bilik kami.....
Sangat2 besar
Ini ler kursus aku dengan cik suami selama seminggu di sini....
Pemandangan waktu malam dikolam renang... lepas dinner kami bersantai kat sini.. best sangat2.. aku suke...
Kemudian.. main kat playground dia pulak!...
Cak!!... Alamak.. baby besooo mama rupanya....
aloo loooo.... ni baru baby kecik mama....
Ok.. gambar2 nie semua masa yang aku pergi memula... gambar masa bulan puasa ada gak tapi tak bawak cable camera lah pulak.... Masa pergi kali kedua iaitu malam 1 ramadhan tu... puas cari kedai makan best kat Desaru... Akhirnya kat deret D'Laksmana tu jugak kami pergi (deret2 kedai buah). Punyalah susah nak cari kedai makan best... Johor nie ler kelemahan dia!!.. kalau tempat lain tak der pun seteruk ini.... Bukan tak boleh dimajukan Desaru tu.. dah ada Highway lagi.... Berniaga memang boleh untung... orang dah ramai kat sana... tetapi masih ramai yang takut nak memulakannya!!!... urrrmmmm.... bilalah kawasan nie nak maju ngek?.... 

Pagi tu kami bersahur Roti dengan fresh milk jer.... Pagi2 bebeudak nie dah menjerit2 nak mandi kolam... aduh!.. kacau betul mama nak tido..... Last2 Papa layan anak2 manakala aku dan Ica melantak tido sampai kul 8.30pagi..... Ica bangun terus cari Papa dengan abang dia... So, aku bawak ler ke kolam layankan bebudak nie sampai puas mandi.... (itukan hajat mereka).... Aku dan cik hubby bercinta berdua.....  tengok2kan mereka mandi sambil berfesbook.... ha haaa haaa...... lepas mandi kolam... kami kemas2 bilik then dalam pukul 12 tengahari kami pun blah balik kampung aku... Yahuuuu... balik AT5..... balik tidur rumah baru mak dan abah... lama betul rumah tu siap!.... Petang tu tolong mak masak kari Ayam dan sayur pucuk ubi kegemaranku..... lain2 semua beli.... anak2 beli sorang sikit then masa buka peerghh banyak betul menu hari ini.... sampai sendat perut aku makan!!... 

Oklah.. penat dah aku menaip.... apapun.. aku rasa tak terlewat untuk mengucapkan salam ramadhan pada semua rakan2 blogger... Semoga Ramadhan kali ini mendapat keberkatan yang maha esa.... AMIN...


No comments:

Jom tengok gambo2.........