Hari ke 9 adalah hari terakhir kami di New Zealand... esok kami dah nak bertolak balik.... memang penuh jadual kami disini.... cuma semalam petang kami berehat dirumah... itupun sebab aku dah kepeningan..... Konon2 hari nie dah tak payah jalan2 dan just packing2 barang2... coz nak timbang beg lagi .. takut lebih muatan kan.... tapi oleh kerana bandar Auckland kami belum jelajahi... Makanya aku yang masih pening2 lalat nie pergilah jugak walaupun cuaca masih berhujan hari ini... tu ler... nasib lah baik dah nak balik kan.... Rugilah kalau tak ikut... kata ke Auckland, tapi kat sini pulak kami tak berjalan2.... Tu yang nak jugak ikut..... Pagi nie kami siap2 dan terus ke bandar. Kami ke Muzium Auckland.... Masuk kat sini dia kira macam just donate $10 dollar/family.... okeylah kan..... Muzium nie besar lah sangat.. penat tue jalan2.... ada 3 tingkat.... dan banyaklah bahagian dia... ada bahagian untuk orang Mouri, binatang2, bencana alam, alat muzik dan macam2lah lagi.... Kalau kat bahagian perang.... dengan sound effect dia tu agak menyeramkan jugak!.... Kalau kat bahagian gempa & gunung berapi siap ada gerakkan lagi kat kawasan tue... kalau nak merasa gempa leh lah datang sini... macam tu ler kami rasa kat Christchurch tapi memanglah ada beza dengan yang realiti kami alami tue.....
Walaupun hujan tetap kami redah sebab esok dah nak balik... rugilah kalau tak jalan kat Auckland nie.......
Selepas jalan2 kat Muzium kami just ronda2 sekitar Aucland city naik Estima kak long aku jer..... sebab hujan kat luar... nak amik gambar pun berkabus segala.... So, kami jalan2 cuci mata jer lah city Auckland nie.... Kalau nak tahu... Auckland city adalah bandaraya bagi New Zealand... kalau kat m'sia kira macam KL lah gayanya..... Kat sinilah kita boleh nampak kenderaan berderet2, bangunan tinggi2 dan kemewahan New Zealand... Kalau kat tempat lain tu, dia agak kecik lah sebab banggunan tinggi tiada.... jem kat jalan raya pun tiada..... Petangnya kami siap2kan packing barang coz esok pagi2 kami dah nak bertolak balik..... Ok... chaw cin chaw!...
No comments:
Post a Comment