Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, June 27, 2011

3rd Day - Auckland & Hamilton



Selamat Sampai Di Auckland
Baru je turun dari Kapal Terbang Air New Zealand
Air Port Auckland.... Abang Anep lama dah tunggu kami.. TQVM

Hari kedua kami masih lagi dibumi Christchurch. Seawal pukul 4.00 pagi kami sudah bertolak ke airport untuk Ke Auckland..... Cuaca disini memang sejuk terutama pada waktu malam sehingga mencecah suhu -1 celcius!...... Kereta Honda Stream milik Hanif dan Kak Sabar pun dimandikan dengan Air panas akibat Froze menutupi keliling kereta.... Angin dari Kutub selatan memang menusuk ke tulang sum sum!.... Maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam....... Aku memang jenis tak tahan sejuk... Aku memang x boleh tinggal NZ... Syukurlah aku jadik rakyat M'sia.... yang beriklim khatulistiwa... yang tiada bencana alam... alhamdulillah.... dan Alhamdulillah aku merasa dan berpengalaman merasai musim winter di NZ dan merasai juga gempa bumi disini. Sekurang2nya dapat aku menginsafi diri ini yang sering alpa dgnnya..... Alhamdulillah...... Berbalik cerita tadi, Air NZ dijadualkan berlepas jam 5.40 pagi... tetapi hampir 45 minit kami tidak dibenarkan berlepas oleh pihak penerbangan NZ.... Kenapa??... semua tertanya2.... Aku hanya mampu berdoa pada yg esa semoga perjalanan kami dipermudahkan..... padahal kami sudah bersedia, duduk dengan rapi beserta tali pinggang, tapi masih lagi belum boleh terbang?... Pramugari menyediakan minuman menenangkan semua penumpang2 yang ada.... Hati memang berdebar2.... banyak berdoa dan bertawakal pada Allah. Akhirnya kami dapat juga berlepas selepas 45 minit dan akhirnya sampai juga di Auckland dengan selamat. Alhamdulillah.... Sampai di Auckland abang ipar sedia menunggu.... Leganya hati ini bila kami selamat sampai ke Auckland dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang.......
Sampai je disini, Abang ipar menjemput kami dengan Estimanya.... Azim masih buat hal tak nak duduk car seat dan pakai seat belt. Sini, undang2 memang ketat supaya kanak2 bawah 6 tahun memakai car seat..... alhamdulillah Aleesya ok dan boleh terima semua keadaan. Kami terus mengambil van sewa dan suami membawa van itu..... terus menuju kerumah kakak ipar... Sampai dirumah, Mee goreng udang baru jer keluar dari kuali.... Memang dengan perut yang lapar, aku melantak sepuas2nya mee goreng udang yang sedap itu.... selera betul aku makan.. Maklumlah, hati pun baru jer lega rasa..... rasa selamat sampai di NZ....... Lepas makan dan solat zuhur kami memulakan perjalanan ke Hamilton. Kami menaiki 1 van besar ke sana yang boleh memuatkan 10 orang.... yea ha........ seronoknya!..........
Ini lah pemandangan sepanjang perjalanan kami ke Hamilton. Perjalanan dari auckland ke Hamilton mengambil masa lebih kurang 3 jam.... sepanjang perjalanan kami dijamu dengan bukit bukau yang indah nian, pokok2, lebu dan kambing2 merata2 tempat... memang cantik dan bersih!!!......
Inilah Hamilton Garden... detsinasi pertama kami... Taman yang cantik, bersih, dengan cuaca yang sejuk.... memang memukau hati....... Inilah New Zealand....

Setelah hampir 1 jam kami di sini, kami kerumah Kak Azila untuk menumpang tidur. Selepas makan malam, aku dan anak2 terus tido... penat di perjalanan belum hilang lagi...... Esok pagi2 kami akan meneruskan perjalanan ke Lake Topu iaitu Tasik Terbesar di New Zealand yang merupakan bekas tapak Gunung Berapi.... Ok, Nak tidur dulu.... babai......

No comments:

Jom tengok gambo2.........