Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Sunday, June 19, 2011

Trip To New Zealand

Sekarang kami masih bercuti di New Zealand... Nak cerita panjang macam tak sempat sebab aku nie memang mengambil masa nak ambil mood buat cerita. He he heee....... Apa pun aku hanya nak tuliskan schedule kami ke sini... yea hah.......

Sabtu (12 Jun 2011) = Perjalanan ke Kuala Lumpur. Tidur di Banting 1 malam dan esok seawal 3 pagi kami akan ke LCCT.
Ahad ( 13 Jun 2011 ) = Jam 3.30 pagi kami bertolak ke LCCT menaiki teksi. Jam 4.15 kami dah sampai ke LCCT. Rupa2nya kami boleh check-in pukul 5.40 pagi. Sementara menunggu kami pergi breakfast dulu di Mc'd. Jam 8.40 pagi kami terbang ke Christchurch dan jam 11 malam kami sampai Chrischurch. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan sistem di LCCT sangat bagus dan mudah tidak seperti yang kami dengar.
Isnin (14 Jun 2011) = Sejuk yang amat di Christchurch. Aleesya merengek kesejukan malam tadi. Kalau bangun pagi disini memang nampak froze di hujung rumput... kat kereta pun ada... memang sejuk yang amat... Aleesya dan Azim bangun lewat sebab tido lambat malam tadi... So, kami berjalan2 disekitar rumah kak Sabariah (pensyarah UTHM yang mengambil PHD disini). Sementara menunggu flight ke Aucland petang nie, kami berjalan2 di bandar Christchurch. Sedang berjalan2 kuasa Tuhan...... Kami mengalami gegaran gempa bumi yang amat teruk.... Memang dahsyat... Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami waktu itu... Terus kami balik rumah dan x sempat nak bergambar2.... Sekali lagi kami diuji, flight kami cancel petang nie.... So, Abang ipar banyak membantu untuk mengeluarkan kami segera dari sini.... Beli tiket baru ke Auckland.... Memang jauh lebih mahal... Alhamdulillah dapat... Besok seawal 4.00 pagi kami akan ke lapangan terbang untuk Ke Auckland... Semoga perjalananan kami selamat....
Selasa (15 Jun 2011) = Alhamdulillah... Leganya hati ini hanya Tuhan yang tahu... Kami selamat sampai di Auckland... Terlepas dari kesejukan winter disana dan gempa bumi yang agak teruk. Sampai jer kami disini disambut oleh abang ipar... Terima kasih Abang Anep & Family. Flight nak kesini pun delay time.... sampai Auckland jam 8 pagi. Terus mengambil van sewa dan kerumah kakak ipar.... Jam 12.30 tgh (selepas zuhur) meneruskan trip percutian kami disini. Destinasi pertama.... Hamilton Garden. Perjalanan mengambil masa 2 setengah jam.... Dan malam kami tidur di rumah kak Azila..... Cuaca sejuk disini.....
Rabu (16 Jun 2011) = Seawal pagi kami dah meneruskan perjalanan..... Ke Lake Taupo... semakin sejuk disini.... Kami meneroka 2 gua!!.... Memang cantik.... Malam kami tinggal di homestay... memang cantik, selesa dan puashati......
Khamis ( 17 Jun 2011) = Hari ni kami ke Tapak gunung berapi..... dan petangnya kami ke Rotorua.... Naik gondola, luge dan swing..... best giler.... cuaca usah dicakap... memang sejuk giler.... Nasib baik Aleesya ok.... Alhamdulillah... Balik tidur lagi di homestay semalam....
Jumaat (18 Jun 2011 ) = Check out seawal2 pagi.... meneruskan perjalanan... Kami ke Coromandel..... Angin sejuk ditepi laut disini....sampai kami makan dalam van aje... ha haaaaaha.... sejuk sangat diluar nu..... Perjalanan memang jauh.... sampai dirumah jam 9 malam... penat.. lepak... tapi memang happy... seronok!....
Sabtu (19 Jun 2011) = Di rumah akak ipar.. berjalan2 di Taman ... Beli sourvinior...dan kerumah rakan2nya Malaysia disini.... seronok!....
Ahad (20 Jun 2011 ) = Hari ni kami nak ke Brown Bay... aku pun x tahu apa tempat tue... ok lah nak mandi dulu.. apa2 aku apdet lagi......Isnin... dan Selasa kami dah terbang balik semula ke Malaysia tercinta......... Rindu kat Abang Long!......

No comments:

Jom tengok gambo2.........