Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Friday, March 29, 2013

Umrah Hari ke 10

Sejujurnya aku memang tak sangka yang kami akan balik pada hari ini..... Sabtu.... uissshhhh, dah nak balik ke?.... pertama, aku rasa masa berlalu sangat pantas dan yang kedua aku rasa seingat aku masa tengok pakej dulu macamnya 12 hari 10 malam?... eh cukup ke 10 malam nie??....  Bila kira2 balik 10 malam tu memang betul tetapi 11 hari sahaja.... urrmmm..... what to do.... suka tak suka tetap kena lalui juga...... sedihnya nak meninggalkan bumi Mekah ini......

Selepas solat Subuh, sekali lagi.... ha ha haaa.... ye sekali lagi kami semua shopping lagi. Tapi aku tak ler sebab teman abah mencari kurma. Actually, kat Mekah nie aku rasa agak sukar nak cari kurma yang pelbagai jenis.... Kalau Madinah is more choise and lebih berkualiti. So, puas juga pusing2.... last2 belilah juga apa yang ada...... Aku dan cik suami cukup.... pusing2 pun tak de yang berkenan lagi..... Akhirnya dalam pukul 10 juga kami balik hotel dan siap2 packing dan letakkan beg di lobi hotel untuk diangkut ke bas. Dalam pukul 10.30 ada staf hotel ketuk bilik siap tanya belum nak keluar lagi ke?.... uishhhh dah halau kami ke?.... hi hi hii... Masa nie mak dah mula batuk dan selesema.... Yelah memulakan agak pening2 sikit. So, mak nampak kurang sihat masa nie... Nasib baik juga dah nak balik.  Pasal pekerja hotel tadi tu aku cakap aku keluar dalam pukul 11 nanti sebab Zuhur pukul 12.30.... Dalam 11.15 aku pun keluar, check out bagi kunci kat Mutawif dan terus ke Masjidil Haram..... Sedih sangat kali ini ke Masjidil Haram seolah2 terasa sampaikah aku lagi ke sini... panjangkah umurku..... memang saat2 nak balik nie aku terasa sangat2 sedih.... Selepas solat Zuhur, kami membuat solat jamak dan seterusnya menunaikan Tawaf Wida'. Masa tawaf wida' kali ini aku betul2 berdoa pada Allah.... antaranya semoga Allah diberi keizinan supaya dapat aku beribadah lagi di Baitullah ini... Amin.... Setelah selesai semua, kami terus balik Hotel makan tenghari dan terus naik bas pulang ke Jeddah..... 

Perjalanan dari Mekah ke Jeddah tidaklah lama dalam 2 jam je.... Sepanjang perjalanan rupanya inilah antara kawasan Padang Pasir. Bas yang kami naiki pun pemandangan kelabu asap je dek pasir2 halus berterbangan...... Sampai di Kota Jeddah, kami singgah sebentar di Laut Merah berlatarbelakangkan Masjid Terapung.... Memang cantik... Jom layan gambar2 kami....

Sibuk jer Zaki selit kat belakang... hi hi hiiii... dialah antara penceria kumpulan kami... peace yo!....
My Lovely Family...
My Lovely Parent
With My beloved Husband
Alhamdulillah!!!....
Kaum Hawa....
Setelah puas bergambar dan mengirup udara tepian pantai laut merah, kami pun naik bas semula. Masa dah sampai Jeddah nie baru terfikir kat anak2. Rindunya..... Tak sabar nak peluk mereka.... Baru terfikir dan yakin bahawa kami tetap kena pulang juga.... urrmmm... Semoga kami sampai ke sini semula suatu masa nanti. Amin.....

Sampai di Airport Jeddah, memang ramai sangat2 orang tidak seperti waktu kami sampai dulu. Berbeza banggat!!... Kerusi semua penuh.... last2 dapat 1 bahagian untuk kami berkumpul ahli kumpulan 1. Kumpulan kami terdiri dari 43 orang kalu tak silap.... penuh untuk 1 bas.... Sampai di Airport Jeddah, pihak mutawif memang dah bahagikan kerja buat kaum lelaki yang muda untuk membantu angkat2 beg. Bukan tak nak suruh Pak Arab sana, tetapi kena ingat ini beg 'keluarga' kami. Kalau ter'hilang tercicir bagaimana??.. Makanya, biarlah kami sendiri yang uruskan. Dan, kes hilang beg ini juga telah berlaku pada ahli kumpulan kami trip dari Madinah ke Mekah. Sampai hotel Mekah cari beg tak jumpa.... Tak nak lah kes nie berulang lagi. Maka, baiknya kami buat sendiri. Bayangkan semua orang pakai beg yang sama... So, pandai2lah korang tagging supaya kenal beg masing2.... dan kami naik kapal terbang yang sama untuk 350 jemaah. Maka, aku dari Malaysia memang dah Tulis nama dan alamat serta no telefon pakai marker dan jahit pakai kain putih.... Then, tag lagi.... letak tali kuning lagi... biar dari jauh  nampak dan kenal beg kami. Itupun sampai Airport Senai... puuhhhhh, berpinar bijik mata carik beg.....

Kumpulkan beg bersama dari bas kami ( kat sebelah tu )
Tempat Ahli kumpulan 1 berkumpul
Makanan dah tapau dari hotel tadi
Beg untuk 43 orang jemaah ( tu belum yang hand lugage lagi tue )
Beg hijau pun kami punya yang punjut/ cerut je tue...  pun senang nak kenal dari jauh...

Kami sampai di Airport Jeddah nie dalam pukul 5.30 petang.... Siap2 wrapping barang lagi sebab ada beg guni x boleh lepas gitu jer... jadi kena wrapping.... Kos wrapping nie dalam 25 rial katanya. So, bagi aku tak payahlah pakai beg nie... siap2kanlah beg roda besar.... tak pasal2 bayar 25 rial kat orang tue.... Aku tak wrapping, so detail aku tak pasti ler... ini info yang aku tahu.. tak tahulah kalau sampai menyampai info berubahkan......

Sampailah Azan Margrib.... Kami solat jamak... Lepas tu perut nie memang dah menyucuk2 lapar.... Terus terang aku cakap, sejak aku mengerjakan ibadah umrah.... perut aku terus kembali mudah lapar..... Entah kenapa... cuaca ke.... ketahanan badan aku ke.... Sejak sampai madinah lagi aku nie selera bebeno makan....  bagi apa jerlah... kompom aku bedal sepuas2nya..... apapun aku terima apa yang Allah bagi untukku...  Sampai sekarang masih tak berubah, suami pulak boleh tahan perut dia... aku nie asyik ajak makannnn jer....  Ya Allah... semoga berat badanku tidak mencanak2 naik seperti mana seleraku kini... sampaikan aku terfikir lain... mengandungkah aku?.. ha ha haaa haaa... tapi tidak sama sekali ye sebab bendera merah dah berkibar.....  

Dan lagi sejak aku balik umrah nie... aku nie agak kuat tido.... Nak kata Jet leg dah masuk 2 minggu aku balik Malaysia... Mungkin ini dugaan dan ujian dariNya... aku harus terima semoga aku tidak lalai dengan kerja2 dan tanggungjawabku.... Amin....
Penat menunggu aku dan mak.....
Bayangkan dari pukul 5.30 petang sehinggalah pukul 1.00 pagi nanti flight kami!!!!.... perrgh, mau tak kebas montot nak tunggu.... Bila dah masuk boarding, kerusi pulak penuh sebab ada yang dah baring dulu... Mak Abah aku suruh baring dia tak nak.... last2 dah tak de tempat... Maka, duduklah kami semua sampai pukul 1.... Kesian mak abah aku... kompom penat... sedangkan aku yang muda nie pun terasa2.. apa lagi mereka....  Cerita pasal Airport Jeddah nie... agak straight jugak berbanding Malaysia daris segi check up. Perempuan akan dicheck didalam bilik, dia akan raba semua badan kita.... Yang lelaki pulak, jangan sesekali pakai besi... jam pun tak boleh sebab cik suami 2~3 kali kena scan, sekali jam dia punya pasal..... Tapi, botol air mineral lepas pulak... kalau tempat kita mau kena buang dalam tong plastik hitam!... Hampir pukul 1.00 pagi, kami dibenarkan masuk flight.... untuk ke flight kena baik bas, ala-ala macam kat KLIA gamaknya.... Sampai di Kapal Terbang, terus aku zasssss..... tidur..... baru nak lelap datang pulak cik mek molek tanya.... ye cik nak makan apa cik???.... heeemmmmmm kacau betullah....
Dalam flight kami.... NAS AIR
********** To Be Continue **********

Wednesday, March 27, 2013

Umrah hari ke 9

Alhamdulillah... Penghulu segala hari.... bertemu Jumaat di Mekah Al Mukaramah.... Syukur atas nikmat dan anugerahnya diberikan kesihatan dan kekuatan lagi.... Alhamdulillah. Hari ini telah diberitahu oleh pihak mutawif banyak program yang perlu dilaksanakan. Program apa tu?.

Bagi kaum lelaki, mutawif kami membawa mereka jalan-jalan di sekitar Kota Mekah. Mereka ke Makam Siti Khadijah ( Isteri Nabi Muhammad S.A.W ) di Maala. Kenapa tak bawak kaum wanita??.... Sebab kaum wanita memang tidak dibenarkan masuk dikawasan perkuburan di sini. Samalah juga di Madinah.... Lagi pulak, mutawif kami hanya bawa kaum lelaki menaiki van yang disewa oleh beliau sendiri. Urmmmm... nak ikut........... nak ikut......... Apakan dayaku.... takkan nak ikut sorang2 perempuan dari 13 orang kaum lelaki?.... hi hi hiiiii..... Mereka dah pergi seawal 7.30 pagi lagi... dan lebih kurang pukul 10 dah sampai hotel semula... dan lagi pihak mutawif dah pesan, sila ke Masjid sebelum pukul 11 sebab Jumaat akan penuh!.... Jom tengok gambar2 mereka....

Sekitar Perkuburan Di Maala
Sekitar Perkuburan Maala
Hah... ini aku kenal baju siapa tu... hi hi hiiiii.... Mutawif kami yang baik hati....
Yang berpagar ini Makam Siti Khadijah
Hanya ditandai dengan batu... tiada nama seperti di Malaysia...
Dan lagi....
Insan yang sentiasa bertakhta dihati.... love u all....
zoom dari dekat Makam Siti Khadijah
berlatarbelakangkan Makam Siti Khadijah
Ahli2 kumpulan 1 yang sangat2 best.....
Mana suamiku?...
Untungnya korang semua...... Alhamdulillah....
Yang ni aku diberitahu lubang yang telah siap2 digali... tunggu untuk di 'isi'...
Takutlah pulak aku.... Semoga amalan2ku diterima Allah... Amin
Tengok lagi dekat...
Eh... 15 oranglah pulak?.. dengar semalam kata 13 orang jerk.. hi hi hiiii...
hai... nak kemana pulak tu?...

Abah nak bawak bas semula ke?...
Siapa2 tak faham baca sila tanya ustazah ye... Aku pun tak faham daaa......


Dalam masa mereka menziarahi perkuburan, aku dan mak bertungkus lumus gigih mempacking barang2 yang tak tahu nak sumbat kat mana lagi.... proses melabel.. menanda beg dsb sibuk dilaksanakan..... Hanya tinggalkan untuk pakaian esok sahaja.... urrmmm.... sedihnya rasa... dah nak balik dah...... :(

Suami dan abah ke Masjid untuk solat zuhur pukul 11 dari hotel. Sekali balik mereka cerita yang mereka tidak dapat masuk sebab dah di halang dengan polis2.... ciannya... ada tak der terpaksa solat dibahagian bumbung. Kalau malam mungkin agak selesa..... tapi dah ini rezekinya terimalah.... Oleh yang demikian, sesapa yang berada disini pada hari Jumaat dicadangkan supaya datanglah lebih awal ye..... Kalau solat di bumbung memang agak kurang selesa di waktu tengahari.... Kesian mereka, dan mungkin dengan sebab suhu maka esoknya abah mulai batuk dan selesema.... Nasib baik dah perjalanan balik....

pemandangan dari atas  pada waktu malam
Aku tak pernah pulak sampai sini sebab setiap kali aku nak naik bahagian atas polis wanita dah tunjuk suruh masuk bahagian tengah... Aku terlupa pulak ada ke perempuan naik atas tu yek?... Suami dan abah ada juga beberapa kali solat dibahagian atas dan banyak juga bahagian lain mereka cuba pergi. Tapi, aku dan mak agak penakut sikit.... Ada 2~3 tempat je diulang2 tempat yang sama.... takut nak explore tempat lain... apa jer kan aku nie... hi hi hiiii....

Selepas solat Asar, kami ada program yassin dan tahlil untuk jemaah Tiram Travel kumpulan 1,3 dan 5. (Hotel yang sama). Ada juga yang membuat akikah sebanyak 6 ekor kambing dari ahli jemaah kami. Alhamdulillah... inilah yang seronoknya jika ke sana dalam kumpulan yang ramai. banyak faedahnya juga.... dapatlah kami makan kambing sepuasnya masa nie... banyak betul..... Selepas solat Isyak pulak selepas makan kami diberi taklimat tentang packing barang, berat lugage, tawaf wida' dan macam2lah yang diterangkan oleh pihak Mutawif kami. Setelah abes penerangan dan taklimat kami pun kembali ke kedai2 beli lagi barang2 untuk kali terakhir... Takut menyesal pulak tak beli lebih2.... Esok, dah tawaf widak kami dah tak boleh beli lagi. Nanti batal tawaf yang kami lakukan..... Okey.... Jumpa untuk hari ke 9 kami... dimana hari terakhir kami di Tanah Haram, Mekah untuk trip kali ini.... sob sob sob......


Umrah hari ke 8

Urrmmmmm.... diam tak diam rupa-rupanya dah masuk hari ke 8 Umrah kami..... Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Bila mengingatkan yang hari ini adalah Umrah terakhir kami untuk trip kali ini aku berasa sangat2 sedih. Bilalah masanya akan aku dapat kesini semula.... Dapatkah aku ke sini semula....... panjangkah umur aku.... diterimakah segala amal ibadahku sepanjang disini..... semuanya dibenak fikiranku... Ikutkan rasa hati ingin aku lanjutkan masa trip Umrahku ini... belum puas aku duduk di sini... terasa baru semalam kami sampai disini... sedih sangat2.....

Seriusly aku cakap.... ibu mana yang tidak sayangkan anak.... Semua @ ketiga-tiga anak kesayanganku ditinggalkan. Sudah 8 hari aku langsung tidak pernah bersuara @ menelefon Aleesya. bermesej @ telefon akak aku yang jaga Aleesya ada lah.... Bukan aku tak mahu cakap, tapi aku khuatir tetiba dia sebak dan menangis mahukan kami.... Tetapi bujang dua orang tu pulak berlainan, wajib telefon setiap hari......kalau tak telefon mulalah merajuk....  Namun, alhamdulillah ketiga2 anak2 aku dikhabarkan sihat.... tidak menangis dan mereka seperti biasa.... tidak ada mengigau atau apa jugalah..... Dan aku disana, rindu tu memang tidak dinafikan. Tetapi tidak sama dengan keadaanku ketika ke NZ dulu.... 10 hari ke NZ memang tak sabar2 nak balik teringat2 kat Afiq yang ditinggalkan. Tetapi, berbeza kali ini..... aku tenang tanah suci.... sehinggakan aku memang rasakan aku ingin sahaja tinggal disini.... dan sebenar2nya aku rasakan aku ingin sahaja mati disini.... ( Tetapi, aku masih ingin menunaikan tanggungjawabku... masih ingin dipanjangkan usia untuk beribadah.... masih belum cukup amalanku.... belum puas mengasihi anak2ku....Ya Allah panjangkanlah umurku dan semua ahli keluargaku ). Betul, agaknya kalau aku nie dah berusia ingin sahaja aku berdoa begitu...... wallahualam...

Okeylah... panjang beno intro aku nie... berbalik pada program hari ke 8. Seperti biasa, program dimulakan seawal jam 7 dan kami juga disarankan terus memakai pakaian ihram. Tapi, kali ini suami tidak terus memakai pakaian ihram sebab difikirnya akan ke ladang unta. Maka, harap ada kesempatan di Masjid Hudaibiyah untuk menukar pakaian ihram....

Bersiap untuk ke Hudaibiyah
Dihadapan hotel kami... menunggu bas...
Perumahan disana kot nie?....
Berebut semua nak merasa dan beli susu unta segar...
Haiiii.....
Unta yang jinak2 belaka.... ehem ehem..... buat apa tu ya unta!.....

ayah bonda tersayang..... I Love U So Much.....
Suami tersayang....
Jangan lepaskan peluang.....
Ini ler untanya.... baru nak ambil gambar terus dia bangun melindungi kami semua..... :)
Sepanjang perjalanan ke Hudaibiyah kami dijamu dengan pemandangan Padang Pasir yang saujana mata memandang. Ingin sahaja aku berhentikan bas ini dan ambil gambar ditengah2 padang pasir sana.... macam cantik jer..... Perjalanan ke Hudaibiyah aku rasa macam agak jauh juga dalam 1 jam ada kot..... kemudian, sampai di Ladang Unta kami bergambar bersama.... Masa nie konon2 nak ambir gambar bersama semua jemaah kami kumpulan 1... Sekali baru nak ambil gambar unta nie boleh bangun dan melindungi muka2 kami semua.... ha ha haaa..... dah tak dapat amik gambar ramai2..... Kat sini juga ada jual susu unta fresh baru diperah. Harga dia 5 rial sebotol... Kat sana abes terus cik suami telan tanpa meninggalkan aku walau sedikit pun... urmm.... kecik ati betul.... aku bukan nak banyak pun... sekadar nak merasa jerk.... Last2 beli lagi sebotol untuk aku.... Tapi, aku tak ler minum time nie.... bau unta2 tu masih melekat kat hidung aku nie..... belum nak lagi.... Balik hotel simpan peti ais dan petang tu aku jamah je sikit.... Walaupun bau unta dah hilang kat hidung nie tapi bila nak minum terngiang2 balik bau unta tue.... hu hu huuuu.... comel betul unta tue..... Susu tu tak tahan lama sebab tanpa pengawetkan.... So, ia boleh bertahan dalam 4~8 jam sahaja macam susu ibu juga..... bergantung pada suhu persekitaran.....
keadaan di Masjid Hudaibiyah. Sumber dari gugel...

Setelah melawat ladang unta, kami terus ke Masjid Hudaibiyah. Masa nie tangan, kaki dan muka  aku rasa macam dah kotor dengan pasir dan unta. Walaupun ada wuduk lagi tapi aku tak puas sebab kami macam berpasir. Maka, aku masuk toilet dan berwuduk semula.... walaupun ramai orang tapi boleh pulak time aku nak masuk toilet tup tup pintu toilet terbuka. Maka, aku ambil kesempatan masuk terus ler... Mak tunggu aku diluar... Mak tak masuk sebab ramai sangat orang.... bila keluar dan berwuduk aku dah rasa agak selesa untuk solat....  tapi sayangnya semua orang dari kumpulan kami sorang pun tak lepas masuk masjid lagi. Pintu memang agak kecil dengan wanita yang sangat2 ramai dari segenap negara semua ada..... Sekali mereka semua rupanya dah pakat tak jadi masuk dan balik semula ke bas... sebab solat sunat tu 'sunat je kan..'. Maka, mak pun kata dah jom ler balik.... Kita niat je kat sini. Maka, kami berniat Umrah disini dan terus naik bas. Sampai di bas, aku nampak akak2 tadi duduk dibas dan solat sambil duduk. Maka, terus aku pun buat perkara yang sama hanya bersolat didalam bas sebab keadaan memang sangat2 tidak mengizinkan....  Masjid agak kecil tetapi jemaah memang sangat2 ramai. Apapun alhamdulillah, yang penting kami dapat berniat Umrah disini. Sampai dihotel lebih kurang pukul 10 pagi... Masih awal. Kami balik bilik, suami hantar beg baju... kami membersihkan diri sedikit dan berwuduk terus ke Baitullah untuk Umrah kami. Sampai di Baitullah, aku dan makabah berpisah sementara dan janji ditempat biasa iaitu Bukit Mar'wah. Maka, kami laksanakanlah Tawaf dan sa'ie kami. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Tetapi Umrah kali ini aku buat dengan semangat.... kerana aku berasa sangat2 sedih kerana inilah Umrah terakhir kami untuk trip kali ini. Aku berdoa supaya segala ibadahku diterima yang maha esa.....  Aku puaskan berdoa.... aku puaskan dengan solat sunat dengan khusyuk.... Semoga Allah mengampuni dosa2ku.... Semoga Allah menerima amalanku.... Semoga Allah mengizinkan aku ke sini kembali untuk beribadah.... Amin... Mudah2an.....

Setelah siap tawaf dan solat, aku dan suami agak lama duduk didepan kaabah kali ini....  berdoa.... kami pun terus melakukan sa'ie....  Rupa2nya kami saing mak dan abah masuk ke ruangan sa'ie.... he heee hee.... Maka, kami mulakan dengan niat dan berjalanlah kami perlahan2 dari bukit saffa ke bukit mar'wah sebanyak 7 kali. Apabila pusingan yang ke 3 aku tengok jam dah menunjukkan pukul 12.... alamak sempat ke nie nak habiskan sebelum zuhur?..... Maka, kami tukar gear dan terpaksa lajukan sikit tahap kami. Harap2 sempatlah kami siapkan Umrah kami sebelum zuhur... senang.... Setiap pusingan tengok jam... 12.05... 12.10...12.15...12.20 sebab Azan zuhur lebih kurang pukul 12.30....  Akhirnya, tepat waktu Azan aku dan suami terus mencari tempat untuk ruang rehat @ solat dan untuk bercukur @ tahlul.... Masa nie ler ada anak orang arab tu gunting rambut cik suami dengan cas 20 rial.... selepas siap semua.... Aku dan suami cari tempat untuk solat. Ada yang solat atas batu dsb... tapi aku solat atas mozek sebelah batu... sebab orang dah mulai penuh. Telefon abah... rupanya mereka baru 5 pusingan terpaksa berhenti untuk solat zuhur. Maka, aku janji dengan mereka untuk tunggu di hotel sahaja.

Selepas solat zuhur, aku dan suami terus balik hotel dan makan tengahari. Tunggu mak dan abah tak sampai2... Lama jugalah tunggu. Risau dah nie.... baru nak telefon mereka pun sampai.... tapi masa nie mak tak makan banyak sebab penat sangat katanya.... Iyelah... kesian sangat2.... Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan pada mereka... Amin. aku rasa jemaah paling berusia mak dan abah kot.... tapi nampaknya merekalah yang sihat.... ada yang sebaya mereka sudah berkerusi roda... ada yang hampir lupa... macam2lah... syukurlah Allah bagi mereka kesihatan dan kekuatan.... Alhamdulillah.... Sedih sangat tengok mereka yang telah berusia ke sana.... oleh itu, kita yang masih muda nie jika mampu dan mudah... pergilah..... jangan tunggu berumur baru nak kesana.... sebab, aku tak sangka juga... balik dari umrah tempohari aku berbuallah dengan sorang kakak nie... Umur dia 40an....excited bercerita disana aku tak sangka pulak pandangan dia berbeza.... dia kata... "Kita eloknya pergi umur 60 keatas tu okeylah kan... lepas pencen ke.... bla bla bla...". Uik??.... begitukah?.... terkejut aku dia buat penyataan begitu.... terus aku tutup cerita... Seriusly aku tak sokong langsung pandangan itu... panjang umur... merasalah kita... kalau tak?... wallahualam.....

Lepas makan tu aku banyak berehat... tak keluar pun sedangkan waktu balik hampir tiba. Esook ada taklimat tawaf wida' dan majlis akikah @ tahlil.... jadual esok memang padat.... maka, lepas solat isyak aku kembali tawaf kedai untuk cari barangan2 terakhir kami disini.... Esok kami akan bungkus beg dan jemaah lelaki akan ada lawatan @ ziarah terakhir dibumi Mekah ini.....


Tuesday, March 26, 2013

Umrah hari ke 7

Pada hari ke 7 ini, kami sekeluarga banyak menghabiskan masa untuk berbelanja dan jalan2 disekitar hotel dan Masjidil Haram. Hari ini aktiviti bebas untuk semua jemaah. Disekitar hotel, memang terdapat banyak deretan kedai2 yang menjual segala macam yang ada... gelang, ubat, inai, baju, kasut, teko, sejadah, minyak wangi dan apa2 jerlah. Memang sangat2 banyak... sediakan RM jelah.... money changer pun mudah didapati disini... tak perlu risau.... Tapi bank aku tak tahu.... Pergi sini tak perlulah bawak banyak sangat2.... setakat paling banyak RM2k seorang melebihi dari yang cukup.... aku habis RM1k jer.... banyak boleh dapat.. puas belanja....sebab makan minum semua dah ditanggung... tinggal duit kocek dan belanja jek. Tapi, cik suami memang kaki shopping. dia... lebih ler sikit belanja dari aku..... Actually, aku dah habis shopping di Madinah lagi.... kat sini hanya menambah2 jer.... beg pun dah beranak dari awal dan sarat. Aku malas nak bawak beg berat2... walaupun bukan aku yang angkat tapi aku tak mahu dibebani rasa bersalah orang yang angkut beg aku tu nanti... kesian.... dah tu lagi sepatutnya berat beg jemaah hanya 20kg.... Agak2lah jugak kan kalau nak berlebihan2..... x sampai hati pulak nak pentingkan diri sendiri.

Time to shopping...  bawah hotel kami je nie....
Dibawah2 hotel kami begini ler suasananya...
Masalah komunikasi tiada masalah disini....
Yang bangunan tinggi2 tu adalah deretan hotel dimana bawahnya adalah kedai....
Yang pasti menu wajib kami disini hampir setiap kali balik Masjid..... marvellousssss......
Setelah puas shopping pagi tu, tenghari seperti biasa solat zuhur. Ingat ye, kalau nak solat kena pergi awal 1 jam sebab kalau lambat Masjid dah penuh.... Nanti susah dapat tempat sebab dah sesak dan lagi kena bawa sejadah sendiri. Takut tempat yang ada karpet dah penuh.  Waktu makan di sini dan Madinah sama iaitu selepas solat zuhur, isyak dan subuh. Bukan ikut timing okey..... Kemudian kami berehat dibilik sekejap dan pukul 3 ke Masjid semula sebab Asar dalam pukul 3.50petang.... Selepas solat Asar aku dan cik suami berjalan2 disekitar Masjidil Haram sebab ada orang mengidam Nasi Arab dari kedai Pak Arab.......

Banyak bangunan diruntuhkan dan banyak pembangunan tu yg agak berhabuk....
Biasanya lepas Asar aku jarang sekali balik hotel tetapi kali ini kami berjalan2 keluar. Kalau setakat makan aiskrim dan jus tiap2 hari wajib beli.... Memang mantop dan terbaik aiskrim dan jus dia.... Biasanya kalau beli 2 menda tu harga dia 8 rial....  akhirnya dapatlah cik suami beli nasi arab sampai 2 bungkus.... tak terhabes.... aku jamah secubit jer sebab aku kenyang lagipun aku belum teringin lagi nak makan.... Nasi Arab dia nampak kering.... seret orang kata kalau makan x berkuah.... urmmmm..... Dalam waktu tu, baru aku tahu kalau petang2 banyak burung2 merpati nie.... Ya Allah.... rupa2nya waktu ini mereka berada di hadapan Masjidil Haram. Sebab biasanya Asar hingga Isyak aku di Masjid... balik kompom dah gelap... kalau subuh pun tiada burung2 nie... Subhanallah.... cantiknya pemandangan.... Kalau ada anak2 tentu mereka suka. Kalau nak bagi burung makan boleh sedekah bagilah beberapa rial kat 'orang yang bawa makanan burung tu...'. Dapatlah kami ambil kesempatan ini untuk mengambil gambar bersama burung2 merpati yang cantik.... Alhamdulillah....

Kesian... ambil gambar sendiri...
Sekali ada akak arab nie sukarela bantu nak ambil gambar kami... Alhamdulillah... Terima kasih banyak2....
Cantik tak hasil tangkapan aku????...  ( sebab ada orang tu asyik komplen aku tak pandai amik gambo jeee..)
Hasil tangkapan cik suami... ( Hah... mana lagi cantik?...)
Hah.... hotel aku sebenarnya nampak dari sini. yang kat bangunan ada signboard Hotel Saraya Iman. Kalau malam, nampak lampu warna biru dari sini.... Ini adalah hadapan Masjidil Haram....  Dari dataran Masjidil Haram akan nampak bangunan hotel kami... Alhamdulillah tak jauh sangat dalam 5 minit dah sampai... Hotel Seraya Iman. Alhamdulillah, dari jemaah 350 orang kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. Kumpulan 1 hingga 5 kali ini Alhamdulillah dari Madinah ke Mekah dapat hotel yang paling hampir dengan masjid berbanding kumpulan 6 dan 7 agak jauh sedikit dari kami. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan. Bukan apa, kesian juga kalau jauh apa lagi sebab bawa mak dan abah kan.....

Setelah puas jalan2.... kami pun sempat balik hotel sekejap dan kemudian bersiap untuk solat margrib pulak.....  Margrib memang kami tak pernah balik, pasti akan tunggu hingga selesai isyak.... Alhamdulillah, syukur atas nikmat dan anugerah dariNya dapatlah aku tengok keindahan bumi Mekah ini.... Alhamdulillah.......... Semoga Allah memberikan keizinan padaku lagi untuk menjadi tetamunya dan dapat beribadah kepadaNya... Amin.....

Okey... jumpa esok untuk lawatan terakhir kami untuk trip kali ini.... Lawatan ke Hudaibiyah dan Ladang Unta.... Ya Unta lah... unta lah....


Jom tengok gambo2.........