Actually, dalam entry kali nie aku nak share tempat tinggal sepanjang percutian 10 hari kami ke New Zealand.......Pada hari pertama dan hari kedua aku tinggal dirumah Kak Sabariah dan & Hanif di Christchurch. Rumah mereka nie lebih kurang 30 minit dari Airport. Kak Sabariah merupakan pelajar Phd disini yang juga merupakan pensyarah UTHM di Malaysia. Dia nie berasal dari Yong Peng. Suaminya Hanif pula mengikut isterinya belajar disini. So, dia bekerja disini dan mempunyai 2 orang puteri yang memang comel berusia 5 dan 3 tahun... Mak Kak Sabariah juga ada bersama ketika ini dah 3 bulan kot dia sampai di Christchurch.....
Dihadapan rumah Kak Saba... rumah kat sini semua rendah2 jer dan design rumah lebih kurang sama je.....
Nyenyak betul mereka tido sejuk2 kat sini...
Setelah 2 hari di Christchurch, kami terbang ke Auckland dan terus ambil van sewa dan terus menuju ke Hamilton. Di Hamilton kami menumpang dirumah rakan Abang ipar juga iaitu Kak Azila. Kak Azila juga merupakan pelajar phd disini yang berasal dari Sarawak. Satu (1) malam disini dan esoknya kami teruskan percutian kami ke Lake Topu......
Pada Malam ke-4 dan ke-5, kami tinggal di Homestay yang telah kami sewa. Memang cantik dan selesa disini..... Boleh bagi 5 bintang.....!. Kami tinggal 2 malam disini. Kalau disini, aku rasa ada sedikit perbezaan di M'sia..... Kat sini memang semua kerja atas dasar kejujuran..... Kakak Ipar sudah menempah rumah nie dari awal lagi.... Masa nak check in bukan seperti biasa.. jumpa tuan tanah baru boleh ambil kunci... Kat sini, dia letakkan kunci di sesuatu tempat yang telah diberitahu (Contohnya: bawah rak kasut ke, atas siling ke dll) kita cuma ambil dan masuk.... Lagi satu, seperti mana kita masuk... seperti itu juga kita keluar... kena bersih seperti sediakala.....
Dapur yang serba serbi lengkap.... Nak Oven.. heater pemasak...kettle.. semua ada... Lengkap mesin basuh siap pengering.. boleh terus pakai baju tue... tak payah sidai2.....
Almari dapur penuh dengan semua peralatan..... Sudu, pinggan cawan... wei bukan cikai2 punya pinggan... mahal2 woo yang boleh masuk oven tue....
Ni pulak bilik kat ruang atas... ruang bawah ada 1 bilik master dan ruang garaj dan mesin basuh... kami x guna pun ruang bawah sebab terlalu sejuk... semua dok mengerumun sama2 kat ruang atas jer.....
Then, pada hari ke-6, ke-7 dan ke-8 kami tinggal dirumah Kakak Ipar aku.... Kak Long dan Abang Anep & family.... Abang Ipar aku nie juga mengambil phd di Auckland... rumah mereka nie 2 tingkat (tepi sekali). Rumah kat sini sewa mengikut minggu... dan kalau nak sewa tu dia akan tengok bilangan anak... bukan boleh suka2 nak sewa rumah jenis 1 bilik ke... 2 bilik ke.. dsb. Sewanya tu pulak.. mak ai.. memanglah mahal!!!... $350++ seminggu... kiralah kalau sebulan!... apa lagi kalau diconvert dengan duit Malaysia!.... memanglah kalau jalan sini, x der maknanya nak convert2 duit... memang x boleh.... kalau convert mau x bergerak dibuatnya..... anggap jer lah 1 dollar NZ sama dengan RM1 di M'sia....
kata 10 hari....? Mana lagi 2 hari tue?.... Hah.. jangan buat2 tak tahu pulak... yang dalam kapal terbang sampai kebas montot tu apa? 12 jam tu..... Kira 1 hari perjalanan pergi dan 1 hari lagi perjalanan balik.... Cukuplah 10 hari percutian kami ke New zealand.... Memang AMAT2 menyeronokkan... pengalaman tidak sama dengan kita mendengar cerita atau menonton TV atau membaca buku!.... Semakin banyak kita mencari pengalaman, semakin banyak ilmu yang kita ada.... Oh yer.. sebelum menutup entri kali nie, aku betul2 nak mengucapkan jutaan... billionan... terima kasih yang yang terhingga pada Kakak Ipar & keluarga, pada keluarga Kak sabar dan Kak Azila kerana sudi menumpangkan kami tidur.... dan pada keluarga2 rakan Abang Ipar yang sudi menjemput kami kerumah mereka untuk dinner.... puas jalan dan makan2 rumah kawan2 mereka.... Terima kasih yang tak terhingga kerana melayan kami sebaik2nya... Hanya Allah yang akan memberikan ganjarannya... Semoga kalian berjaya dengan cemerlang di sana walau apa jua bidang dan kerjaya yang diceburi..... Terima kasih daun keladi... panjang umur kita bersua lagi.....Insyaallah...
1 comment:
yups.. sememangnya memang puas semasa holiday di NZ,, terima kasih
Post a Comment