Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, September 28, 2011

Aku kurang sihat.....


Selamat penutup syawal.... hari ini genap sudah sebulan kita berhari raya... cukup tak raya tahun nie?.....

Seperti yang aku beritahu... sekarang blog aku mengalami masalah loading yang aku masih belum ketemu jawapannya..... sedih beb tak dapat berblog macam biasa... kalau dah lambat macam siput... malas aku nak ngadap lama2....


Cerita terkini tentang aku sejak seminggu yang lepas adalah.... aku mengalami :

1) sakit-sakit badan. maklum ler makan kuih muih banyak sangat kot.... berat badan pun rasa dah mencanak-canak naik... tu yang mulalah rasa letih.. penat... malas.... kalaulah badan nie diurut2... mesti bestkan....

2) Makin layan sakit kat badan nie... habes satu keje pun tak jadik!... maka, makin bertambah ler berat badan ku ini.... positif... positif.... aku kuat.... x mu sakit2 (padahal memang dah sakit pun)....

3) sakit yang nie agak lain sikit... aku memang ada alahan @ resdung!!... mudah beno nak bersin terutama waktu pagi. Tapi sejak seminggu nie, aduhai...... melarat2.... sampat mata aku ni aku pegang pun sakit!... Check doktor?.. tak pun lagi sebab aku rasa aku dah biasa kalau bersin2, hidung berair nie... tapi, bezanya kali nie sampai ke mata... Ya Allah hanya Tuhan yang tahu.... Mulalah aku rasa takut dan aku cari maklumat berkaitan resdung ni..... Semoga aku cepat sihat dari alahan @ resdung yang sedang aku alami ini.....


JOM KONGSI MAKLUMAT BERKAITAN RESDUNG.....

Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.

Apa itu resdung??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah  mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


petua mencegah resdung;


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.


7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Ok,
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda
ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni,
bolehlah anda share dengan diorang petua ni. 

Sumber :   http://www.sioloon.com/t11013-resdung-punca-dan-petuanya

3 comments:

Cikgu Nana said...

alolo ciannya ko as....amik mc taw....

aku pun alahan, tak tau la resdung ke tidak ke...pantang salah makan sikit, mulalah jerawat mencanak2 pat muka

skarang nie aku bekal ke mana2 ubat alahan untuk resdung...kurang sikitlah jerawat yang macam gunung berapi tu kuar pat muka....

cepat sihat taw

Asmida said...

TQ Yana.. mudah2an... lama dah aku alahan cengini... jumpa doktor dia kata just alahan.. malas dah aku nak jumpa doktor lagi... dah kali nie mcm teruk sikit... mudah2an x de pape.. yang aku takut jgn sampai melarat dah ler.. takut gak kalau baca2 pengalaman org yg teruk tu....

Cikgu Nana said...

yup seafood yang paling tokleh..belacan paling hebat penangannya.....semua tu aku sukeee plak tu

aku makan ubat 'ezede' beli pat farmasi...sehari sebijik....kalau ada makan yang pantang tu cepat2 aku telan....kalau takde, maka takdela aku makan....

now memang ke hulu ke hilir bawak ubat tu....alhamdulillah membantu

Jom tengok gambo2.........