Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, September 8, 2011

Raya Pertama dan Ketiga

Memula aku nak mintak maaf sebab aku masukkan entry nie bertebur. Kejap raya kedua.. pastu sebelum raya dah nie pulak raya pertama dan ketiga... bukan apa, semua gambar nie pada hset cik hubby. Makanya, aku terpaksalah menunggu beliau upload gambar nie. Oklah aku masukkan cerita raya pertama dan ketiga serentak je lah sebab tak banyak pun cerita.....

************************************************************************************

Pagi2 pada 1 syawal kami telah bangun..... bersiap mandi. Tapi bukan nak berebut bilik air macam kat umah mak aku, kat Kota Masai nie ada 4 bilik air dan 4 jamban. Korang pilih jerlah nak masuk yang mana satu.... tapi kalu kat AT5 hanya ada 2 bilik air dan 2 jamban. Tu pun yang kat luar semua orang tak mahu pilih sebab jarang sekali digunakan. he he heeeee....... tapinya anak2 aku sibuk nak main mercun lagi... lagi2 mercun dan mercun... mercun segala!!!....

Selepas kami makan dan solat raya.... kami mula bermaaf2an. Dek kerana masih ada yang belum bersiap lagi, maka aku sefamily ke kedai gambar dulu coz nak mengambil gambar keluarga. Aku ambil kat Bacang kedai kodak... then, aku rasa macam mahal jer kedai nie ambil???.. RM220 bukan gambar besar mana pun. Saiz gambar konvo. Itu jer... kalau konvo pun aku bayar RM200 siap ada frame 8R dan beberapa keping gambar lagi!.... entahlah, memang harga tu atau aku kena tipu aku pun tak tahu coz dah lama x amik gambar. Aku ambil saix 11R???....Tapi katanya, frame yang mahal... entahlah......


Hah!... inilah gambarnya... aku copy dari blog cik hubby.. mana cik hubby dapat?. Dia dah ambil ke gambar tu?.... ini ker hasilnya???? dia tak edit ker???... uisssshhhhh... kalau inilah hasilnya, kalau aku ikut cik hubby ambil mau aku haruk kat tokey tu!!... dahlah mahal... main cuci jer tak edit pun kiri kanan atas bawah dia kan??... korang nampak tak?... korang puas hati tak gambar ni?... siap nampak dinding dan lantai segala.... hampeh tol kedai nie!!!.... Geram!..

Selepas sesi bergambar dikedai, bermulalah sesi bergambar dirumah mertua aku pulak.... Inilah family mertua aku... happy... kami memang suka bergurau... selalu gak menyakat mereka... main2 kena2kan mereka... saje2 nak meriahkan suasana.... seronok rasa..... hilang segala tekanan bila bergelak ketawa....

Selepas sesi bermaaf2an dan bergambar... lebih kurang pukul 11 kami memulakan perjalanan raya kami.. konvoi 4 buah kereta. Memula kami ke rumah mak lang di Air Biru... pastu ke Air Baloi....Then Ke Batu Pahat dan akhir sekali ke Kluang... perrrggggh, lepak giler!!... dari Kluang dah pukul 9 malam. Cik Hubby seperti biasa mula menguap sana... terhayun sana... terbrek sini... errmmm sabo jerlah... akhirnya sampai Plaza Tol Senai dia menyerah diri... nak tidur. Jam dah pukul 10.15 malam. Kalau nak tido sampai AT5 pukul berapa??? Esok pukul 7 dah nak ke Segamat.... Last2 aku bawak keta sensorang Cik Hubby terus berdengkur kat sebelah dengan semua anak dah kepenatan!!... perrrgh, boring sungguh drive sensorang.. dah tu malam lah pulak!.. kang jumpa pape kang aku pun penakut gak.... mana tahu... kang terserempak dengan ssst yang aku tak mahu lihat ker?.. atau lembu melintas ker?.. sebab highway baru nie ke Desaru banyak betul vendalism!!... Pagar2 habes kena potong... bukan 1 atau 2.... lebih dari itu!... gilerlah.. pulak tu ramai yang bela lembu sekitar tepi highway ni!.... memang aku takut kalau lalu sini malam.. siang bolehlah nampak segala... sudahnya pukul 11.45 malam aku sampai AT5.... huh.....

************************************************************************************

KISAH RAYA KE3

Malam tadi kami tidur di Muar setelah majlis perjumpaan hari raya tamat. Pagi kami terus beraya di Muar. Saudara mara belah aku banyak disini. Selepas beraya, dalam perjalanan balik kami singgah disini... jom tengok kat mana sini tueeee ????
Ceteka... dimanakah kami pergi pada raya ke3 ini?... setiap tahun beliau akan buat Majlis Open House di sini.. tempat lahirnya... di Sg Mati, Muar. Tapi, kali nie baru aku pergi dek setiap tahun aku hanya mampu lalu coz malas nak singgah. Ramai giler orang tu kalau lalu sini time raya ke 3. Oleh kerana sekarang aku aktif dalam memblog, makanya kaki ini ter'rajinlah pulak singgah pada tahun ini..... tapi sayangnya, aku masih belum tercapai hasrat nak mendapatkan DSLR. Kalau ada kan syok....... kih kih kih....

Aku sampai sini lebih kurang 2.15. Majlis tamat pukul 3. Nampak ada kesusutan pada kenderaan dan orang ramai, makanya aku pun singgah disini sekejap. Macam2 menu ada. Dia buat stail macam hotel tu yang ada stall Mee Rebus, Nasi Minyak, Kuih Muih, Rojak, Soto dan macam2 lah... tapinya aku just amik Nasi Mintak sebab tempat nie jer yang paling lengang. Yang lain kena beratur panjang.... tak kuasa aku nak beratur lelama. Anak2 lagi... malas.. malas.. malas.. nie dah terajin singgah pun dah kira ok... Janji ada pengalaman.. cukup bagi aku....

Sedang menikmati hidangan.... nasi dan air aje yang kami ambil. Tinjau2 gak mana tuan punya rumah ni.. Tak nampak2. Nampak 2 buah kerusi diletakkan (mcm pengantin tu) tetapi tiada orangnya. Tup tup nampaklah beliau berbaju melayu pink ditingkat atas rumah pusaka beliau. Alhamdulillah dapat jugak kami jumpa tuan rumahnya. Agak2 dah dapat tahu jawapannya???.... Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Bin Osman lah yang aku maksudkan tu... Adakah jawapan anda tepat??.... Kalau tepat boleh ke segmen seterusnya... he heeeee.....

Hah nie bawah rumah beliau... rumah papan yang tinggi. Bawah rumah pun dijadikan tempat makan. Siap ada buaian segala.... Besar betul rumah pusaka beliau.....
Budak kecik nie melantak tidur dari aku sampai.. aku angkut.. sampai aku balik naik kereta semula dia tak sedar2... ngantuk sangat gamaknya!. Dia pergi sini pun dia tak tahu kalu ditanya... muah ha ha haaaa..... Makanya dapatlah aku makan dengan senangnya sambil mengepak2kan ketiak aku yang mula basah.... ha ha ha haaaaaaa..... panas beb... ramai orang pulak tu....

Ini dia.. sambil kami makan merekalah yang menghiburkan kami... siap menari zapin segala..... sekali kami nak balik mereka pun nak balik dah. Sebelum mereka balik, mereka ambil gambar dengan MB dulu.... Nampak tak sebelah MB tue?.. korang kenal tak siapa?... Oh bukan.. bukan... bukannya laki aku yer.... salah tu!!!!.... Beliau adalah A Rahman Hassan guru besar kepada penari2 tu.... kih kih kih..... kalau tak kenal siapa beliau... silalah melayari laman web carian yer......

Lepas jer amik gambar dan perut pun dah kenyang, kami pun blah... keluar jer dari pagar rumah beliau... tup tup sangkutlah bujang berdua nie kat mamat jual belon nie!.... ish2... geram jer aku... sempat lagi jual belon kat sini... saje nak menjerat budak2.... aduhailah hai... korang faham2 jerlah anak2 bujang aku nie kan... Makanya, dari menonton babak menangis dan malalak... belikanlah jugak belon nie sorang satu... kenalah jugak RM10 kat sini!.... urrrmmmm.... dahlah hilang RM10, boringnya aku dok dalam kereta belon nie terbang sana terbang sini... paling aku risau terlindung mata Cik Hubby yang tengah drive... mau sakit jantung aku dibuatnya!!..... lepas tu kami blah balik Kota tapi kami singgah di Kulai coz pergi rumah besan parent aku yang sedang sakit. Kat sini, si Azim boleh sesuka hati melepaskan belon yang beli tue..... konon2 nak tengoklah dia boleh terbang tinggi ke tidak lah tu!... akhirnya lepaslah di awan biru belon tu sampai tak kelihatan dek kami lagi... babai belon... babai.... (sabo jer aku tengok kerenah anak2 aku nie...). lepas dari rumah Kulai ni... tu yang aku singgah kat Gear Box tue.... ingatkan tak bukak... rupa2nya bukak..... makanlah lagi kami gear box disini... muah ha ha haaaa..... ok... dah abes dah cerita raya... sampai raya ke 3 dah.....


No comments:

Jom tengok gambo2.........