Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, September 5, 2011

dah naik kerjaaaaaa.................

Memula aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN".

Kedua nak ucapkan selamat Hari Merdeka... rasa sangat2 bersyukur duduk dibumi Malaysia yang aman damai aman sentosa iklim sederhana tak panas dan tak pulak sejuk dan jarang sekali ada bencana alam yang teruk.... ( coz teringat kami mengalami gempa bumi di NZ dan suasana negara luar yang telah kami lawati NZ @ Indonesia. Ditambah pula dengan kejadian baru2 ni wartawan M'sia mati ditembak di Somalia..... rasa ngeri jer kalau nak ke luar negara kalau dengar berita macam nie...). Syukurlah kita duduk di bumi Malaysia yang tiada penjajah... yang harmoni... yang kurang bencana alam cuma sesekali berlakunya masalah politik yang suka hentam sana hentam sini... apa salahnya kita semua bersatu kan..... uuuwwwh!......

Seterusnya aku nak mengundur diri dulu..... segala gambar, idea semua belum masuk dalam otak lagi... mata pun berpinar2 coz sakit tekak gara2 makan kuih raya, ketupat rendang, air batu, air gas dan macam2 masuk dalam perut nie dah bercampur baur makanya jadilah perut nie rasa semacam... kepala senoneng dek batuk.... dan suara pun jadi rockers!!!!.... mak aiiii..... dugaan di hari raya pula...........

Ok, nanti kalau kepala otak aku nie dah ok aku upload segala gambar2... segala cerita2 dan segala kenangan di bulan raya tahun ini...... jap ke aku nak ke kelasssss..... aduuuuh, berat jer rasa nak menunaikan tanggungjawab dihari pertama selepas bercuti seminggu... selepas beraya sakan... selepas keletihan melayan tetamu.... owwwhhhh...... oklah... buat kenalan2ku meh lah jemput datang ke rumah... nak tunggu buat open house tak pasti lagi nak buat tak coz minggu ni kami sekali lagi ke Segamat kerana ada kenduri kawin... kalau ter' rajin nak buat open house pun akhir2 raya..... ha hah ahah... entah rajin ke tidak aku pun tak tahu... bergantung pada masa dan kesihatan diri.....

Ok... sebagai penutup sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..... HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM DAN SEGALA DOSA2 YANG TELAH AKU LAKUKAN KAT KORANG HARAP DAPAT DIAMPUNKAN.....

No comments:

Jom tengok gambo2.........