Hari ini genaplah sebulan semua umat islam didunia berpuasa, dan sudah tentunya anak2 paling gembira sebab esok mereka dapat makan disiang hari, dapat pakai baju baru, kasut baru, serba baru dan paling syok bagi mereka adalah Duit Raya!!!..... owwwh... kenangan lalu sungguh mengembirakan aku bila teringat kesungguhan kita mengutip duit raya dari rumah kerumah... tapi sekarang, keadaannya tidak sama seperti dulu2. Anak2 pun malas nak beraya dan lebih suka main game atau menonton televisyen....
Tahun ini giliran kami menyambut syawal disebelah suami. Makanya, tak adalah konsep balik kampung seperti orang2 lain. Kami balik Taman Kota Masai yang mengambil masa lebih kurang 10 minit jer... he heheee..... Aku balik rumah mak mertua aku pada hari Isnin tengahari. Hari nie suami masih bekerja. Konon2 nak simpan cuti lah tu. Nak balik kampung pun dekat. So, tu yang dia kerja. Aku memang amik cuti. Kalau keje pun memang fikiran dah tak dan kan opis. Pagi Isnin tu aku kemas2 rumah, baju, siap2 gosok semua dan tengahari cik hubby ambil kami dan zaaaas ke rumah mak mertua.
Sesampai kami di sini semua baru jer sampai. memasing tengah sibuk menyiapkan bahan2 untuk memasak. Menu hari ini, rendang daging, sambal kacang + ayam, lodeh, ketupat dan untuk BBQ sate, ikan caru, sotong tepung, udang sambal, sosej dan nasi goreng. Sempena malam terakhir berbuka untuk tahun ini, Mak Lang sekeluarga turut bersama kami menyambut besday Mak lang disini.
Keluarga aku dan mertua masing2 ada trademark yang berbeza. Kalau keluarga aku... menu sampingan wajib adalah sup tulang lembu segar. Bapak aku akan masak seperiuk besar untuk anak2 dan cucu2 dia. Perrgh... memang tak pernah miss!!!.... aku sangat suka..... maklumlah dah 32 tahun hidup macam tu, kalau tak ada rasa kurang jer raya.......... dan trademark belah mertua aku pulak adalah BBQ. Mesti buat BBQ pada malam raya.... tapi yang kelakarnya tahun nie lah.... Mula buat bara pukul 6 petang. Konon2 nak bakar sate.... sudahnya sampai buka 1 batang sate pun tak dapat lagi sebab api tak mahu nyala..... Ikan caru pun kami bakar kat gas... sotong nasib baik goreng tepung!!!...udang pulak buat sambal.... Makanya, kami pun makanlah apa yang ada dulu kecuali sate... bila perut dah kenyang.. dah terbontang... sate baru siap dimasak.. masa tu dah tak dan nak makan.. aku jamah jer seketul... ditambah pulak... sate yang mak mertua aku order dari jiran dia (x sedap... x der rempah). Mahal pulak tu!!.... Uish... mengumpat sudah...... nanti aku beraya dan mintak maaf lah kat ex-jiran aku nie... hu hu hu.... bukan apa, aku just nak menceritakan yang sebenar agar akan datang ini menjadi bukti kenangan raya tahun ini......
Malam raya tu, anak2 excited nak main mercun dengan sepupu dia... tapi sepupu dia lambat sampai sebab masih berniaga bazar dan ambil order masakan. Penat katanya.... sudahnya, malam tu kami borak2 dan tengok TV jer lah sebab dah siap masak..... Adik2 ipar ramai yang keluar shopping lagi dimalam raya.... tinggalkan aku sefamily dan mak mertua aku kat rumah...... yeah2.. esok raya..... kita tengok pula apa cerita tentang raya pertama..... babai....

No comments:
Post a Comment